Ibrahim Hussein


Foto diatas; Wajah saudara Hussein pernah dijadikan nukilan seni dan dinamakan 'Senyum SeOrang Monyet' oleh Ibrahim sendiri. Ramai orang melenting kalau mereka dikaitkan dengan monyet atau makhluk seumpamanya. Bagi saudara Ibrahim, dia menggunakan lontaran sinis sebagai inspirasi seni tanpa dendam kesumat.

Secara tidak sedar, saya dikejutkan dengan keberangkatan Ibrahim Hussein ke rahmatullah pada 18 febuari tahun lepas. Ramai karyawan seni kita pergi tanpa diuar-uar tentang pemergian mereka. Pendek kata, tidak ada apa yang puitis tentang pemergian seseorang itu kerana selepas tertutup liang lahad itu, maka itu adalah urusan si-mati dengan tuhan. Tapi, bagi saudara Hussein Ibrahim ini tidak wajarlah pemergian itu dibiarkan berlalu begitu sahaja. Malah pemergian Brittany Murphy yang tak sampai dua dekat dalam industrinya pun mendapat liputan berita, apa salahnya old timer pelukis kebangaan kita ini dikenang pemergiannya.

Kepada sesiapa yang masih tergaru-garu kepala siapakah saudara Ibrahim Hussein, beliau adalah adik kepada penulis kegemaran saya Abdullah Hussein. Adik beradik Hussain ini memang bagaikan mahaguru seni. Abdullah Hussain bijak dalam bidang penulisan dan kesusasteraan melayu. Ibrahim berkeupayaan menzahirkan lukisan yang penuh makna manakala abang sulung mereka; Ismail Hussain pernah dilantik sebagai pendita untuk GAPENA (Gabungan Penulis Nasional)




Dalam adik beradik Hussein, boleh dikatakan saudara Ibrahim Hussein adalah yang paling liberal dalam mentafsir seni. Latar belakang pengajian seni saudara Ibrahim Hussein membawa beliau ke merata dunia. Pelbagai Scholarship yang dianugerahkan kepada seniman yang kuat tersengih ini, hingga dia tidak perlu . Kerana itulah Bangsar Village II sanggup melakukan sebuah pameran khas untuk karya beliau yang belum ditatap penglihatan orang biasa.

Iyalah, bila saya berjalan-jalan di perkarangan Bangsar Village, apa agaknya respons melihat snobbish rich kids yang melepak disitu tatkala waktu malam sambil berkata “Who is this Malay man with black songkok with his head? Must be one of those hardcore NEP advocator… such an irrelevant look!”

Tapi itulah nasib bangsa agaknya. Bila ada foto orang Melayu berpakaian kemeja bersama songkok, mesti si-polan itu dikaitkan dengan UMNO, songkok itu bagaikan membawa imej busuk, atau objek yang perpaut pada kepala dan menakluk akal kita untuk berfikiran jumud dalam era yang serba ‘buta-warna’ dan global. Samada UMNO atau pendapat kolektif yang membuat songkok berimej sedemikian, saya tidak mahu menunding jari pada mana-mana pihak. Anggaplah nukilan atas sebagai contoh situasi.

Secara rambang, saya melihat saudara Ibrahim Hussein mengikut peredaran zaman dan kehendak persekitaran sambil mengekalkan nilai-nilai tertentu dalam kehidupannya. Dia seorang seniman, semestinya kadang kala perlakuannya bersifat eksperimental atau keterhadapan (avant-garde), berbanding abang-abangnya, saudara Ibrahim Hussein lebih cenderung bertindak diluar konvensional. Al-Maklum, selaku anak bongsu, mestilah manjanya pun lebih.

Paling kurangpun, saya menjemput saudara-saudari sekalian memeberi sedekah al-fatihah kepada beliau dan juga seniman Negara kita yang pergi terdahulu. Agama kita tidak melarang kita berseni dan mengembangkan ilmu hingga tercatit dalam sejarah bahawa eropah ketandunsan ide hingga mereka menyeludup serba sedikit tema dari tamadun Islam hingga terbit ‘arabesque’ dalam vocabulary mereka.

Bangsar Village II sedang menganjurkan pertunjukan koleksi lukisan terakhir saudara Ibrahim Hussein dari 12mac 2010 hingga 4april 2010. Marilah kita kesana dan jikalau terserempak dengan rich snobbish kids disana janganlah pukul mereka atau meragut beg tangan Gucci kekasih mereka, sebaliknya, beritahu mereka bahawa karya nasional is the new cool seagung karya Andy Warhol mahupun Salvator Dali.

Dan sang pemakai songkok hitam itu kadang-kala boleh berhijrah hingga ke separuh dunia dan lebih terbuka fikirannya dari yang disangkakan. Seperti saudara Ibrahim Hussein kita. Al-Fatihah.

Gambar dibawah: anak tunggal Ibrahim Hussein, kiri, Alia Hussein (30) dan ibunya, kanan, Datin Sim Hussein


Untuk bacaan selajutnya sila lawat http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=44442 atau http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/19/nation/20090219102338&sec=nation




0 comments: