0 com

Inas Tatin (Bahagian 1)


Cerpen ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu, organisasi atau pertubuhan dahulu, kini dan selamanya

Mat Rodzhi naik kuyu mata merenung, Anje duduk diatas peha. Tahu haram disisi ugama untuk seorang bukan muhrim duduk dalam keadaan berkompromi sebegitu, namun Mat Rodhzi makin teruja makin kuyu mata disertai dengan senyum senyum nipis. Anje tersenyum pada Mat Radzi dan menyoal teman lelakinya“ Apa yang you fikir sekarang?”

Mat Rodhzi lembik menggeleng kepala, cuma untuk ditembak oleh Anje soalan yang serupa “Apa yang you fikir sekarang? ” . Mat Rodhzi tak faham mengapa  dia punyai riak muka seorang pemikir. Sedangkan otaknya tenang bak air dalam lopak memandang wajah Anje yang anggun itu.  “ Apa yang you fikir sekarang? “ sekali lagi Anje menyoal sambil memintal mintal hujung rambutnya.

You! “ Anje menjerkah sambil menjolok bahu Mat Rodhzi.Kuyu matanya diganti dengan mata terbuka luas. Jelas, Anje sudah naik meluat akan perangai kebudak-budakkannya. “ You… kita dah lama ada relationship”

“Habis tu? “

you masih duduk diam macam katak bawah tempurung berahsia dengan semua orang..” Anje muncung sambil membelek hujung rambut yang dipintalnya, berkerut dahi seumpama masalah itu amat kronik. Hebah? Kenapa perlu hebah? Mat Rodhzi hairan mengapa perlu hebah. Dia mahu hubungannya bersama Anje serba low-profile. “ Kita dah lama duduk diam-diam, I rasa dah sampai masa you berterus terang dengan orang sekeliling you yang kita ada relationship

“ Orang nak tahukah kita ada relationship? “ Tanya Mat Rodhzi. “ Sayang, I buat internship ramai jantan jantan tempat kerja tu tanya I ni sudah berpunya atau belum… Semua ushar I daring saja… Sebelum apa-apa, baik kita suluh dan terangkan keadaan “ sekali lagi Anje menjolok dada Mat Rodhzi, kali ini dengan lebih keras menunjukkan dia serius.

“ Orang perlu tahukah kita ada relationship? “ Tanya Mat Rodhzi “Sayang, ini commitmentseriously I rasa macam incomplete bila I ada boyfriend yang malu-malu kucing nak mengaku satu benda yang obvious” Anje yang masih diatas peha Mat Rodhzi sambil menggerunas keluar tahi kuku jarinya pula.

Mat Rodhzi menghela nafas panjang. kemudian melihat pada Anje: “ Okay, I buat announcement on our second month anniversary ”, reaksi Anje tersentap sebentar dan jelas tampak gembira. Terkinja sebelum memberi kucupan pada pipi Mat Rodhzi. Dia kemudian bangun dan menarik tangan Mat Rodhzi “ Lepas tu kita sama-sama pergi Bali okey? Okey? Okey?

Di zaman serba canggih, sekali klik dan satu dunia tahu dia sudah ada hubungan dengan sesiapa.Namun sengaja Mat Rodhzi menunda hingga sepuluh haribulan kerana ada hati yang hendak dijaga dari terguris.Ada kawan lama yang dia tidak mahu hilang.Ada kisah silam yang kembali menghantui.

Ah! Ada satu nama yang terlintas. Mat Rodhzi membelek telefon untuk mencari nombor seseorang. Ya… seseorang yang perlu mengetahui permasalahan dirinya. Ya… D… DL….DLM….Doctor Love Melbourne… seorang pakar yang sering menjadi tempat rujukan Mat Rodhzi. Untuk sebarang kemusykilan dan was-was dalam soal perhubungan.Dialah yang afdhal hingga ke Melbourne untuk menimba ilmu cinta. Pasti DLM akan ketawa hu ha mendengar masalahnya. Kerumitan Mat Rodhzi pasti dijangkakan seperti sisa makanan celah gigi.Namun, Mat Rodhzi menebalkan azam dan terus merujuk kepada DLM.  

“ DLM… aku ni Mat Rodhzi… dimana aku boleh cari kau? “

“ Sentiasa boleh, mana-mana jua kau mahu… Kalau tak mengapa orang panggil aku Doctor Love Melbourne? “

“ DLM… aku mahu minta pertolongan dan nasihat kau… Aku ada kesulitan…”

“ Bertenang dahulu… ambil nafas dalam dalam… cerita satu per satu “

“ Aku dah gembira bercouple dengan seseorang perempuan bernama Anje… “ terang Mat Rodhzi.

“Ahhh… bagus…dulu kau komplen gersang enam tahun. Kau monyok solo-molo, sekarang dah ada teman wanita… tahniah“ DLM dari hujung talin mengangguk.

“Tapi aku nak kena hebah dalam fesbuk dan semua kawan yang aku ni bercouple dengan Anje. Itu adalah permintaan yang sulit untuk dilaksanakan “ jelas Mat Rodhzi dengan suara seperti meneran tahi keras.

“Sulit? Mudah saja Mat Rodhzi kalau kau nak simpan dua… ada kaedahny….”DLM meraba raba dagunya.

“ Bukan aku nak simpan dua… masalahnya Inas Tatin “

Inas Tatin. Perkenalannya dengan Mat Rodhzi bermula enam tahun dahulu.Ketika mereka menghadiri kem apresiasi kebudayaan kalau tidak silap.Dari situ hubungan mereka menjadi lebih akrab dan intim. Bagi Inas, Mat Rodhzi adalah lelaki yang menghiburkan dan selalunya kelakar. Maka, dia gemar dipelawa Mat Rodhzi kemana saja.Inas ada kemahuan mendengar Mat Rodhzi bercakap dan bercengkerama.Sedih atau gembira, dulu hingga kini, Inas sedia mendengar.Kadang kala Mat Rodhzi ini tidak dapat diduga.Mengikut emosi dan muram.Bebal pun ada.

 “ Kak Yam..apa maksudnya bila lelaki tak reply mesesj kita” memang itulah cara Inas menyebut kerana lidahnya pendek. Rakan-rakannya berkata Inas memang comel kerana dikurnia tuhan sebegitu rupa.

“ Maksudnya, dia sibuk dengan perempuan lain… beralih angin…lelaki ini sepsis lemah nak bahagi perhatian secara adil” kata Kak Yam yang berbadan besar, suara garau dan kulit sedikit gelap. Sememangnya dia tak pernah berhubungan dengan lelaki, bukan kerana Kak Yam sombong. Sesungguhnya lelaki akan takut melihat kelibat Kak Yam. Bila Kak Yam bersuara, tahulah dalam radius 15meter ada hamba tuhan yang sedang bercakap.Dan Kak Yam beberapa kali ‘meghentam’ lelaki yang tidak berlaku adil kepada teman-temannya sampai ada kalanya lelaki itu terkapai-kapai malu besar.Dalam talian telefon mahupun hidup-hidup.

“ Inas jangan mudah percaya dengan lelaki… Inas kena ada set a distance “ Kak Yam menerangkan kepada Inas yang isipadunya hanya separuh dari badannya. “ You know, set a distance” tapak tangan Kak Yam kedua-duanya didepa tiga-empat kali seumpama ada kotak berat yang mahu dilonjak.

“ Kita tak mahu makan hati… Kita tak mahu makan dalam… sakit tau makan dalam! “ terang Kak Yam, sekali sekala berdengus akibat melarat masalah resdung yang dialami sejak zaman sekolah rendah “Kita berfikir pasal X… X pula fikir pasal Y….Apa baruah namanya tu? “ tambah Kak Yam lagi, berdengus, mengenggam kedua-dua belah tangan seperti seorang ahli tinju. Oh! Betapa sengsaranya makan dalam.

Inas terkelip kelip mata.Lantas mencapai telefon bimbitnya.Dengan harapan sedang dia asyik berbual dengan Kak Yam tadi, ada mesej yang masuk. Bagi Inas, tidak elok kalau membuat kawan kita tertunggu-tunggu. Namun, dihembus nafas panjang kerana tidak ada mesej yang diterima. Inas Tatin sambung menulis, ada kerja yang hendak dihantar kepada pensyarah lusa.Musim peperiksaan pun sudah dekat.

“Lolos” – 10 Hari Lagi

Tepat sepuluh hari lagi sebelum Mat Rodhzi harus menunaikan janjinya pada Anje untuk membuka pekung hubungan mereka untuk pengetahuan dunia. Mat Rodhzi singgah ke kediaman Aspalela. Aspalela adalah teman rapat kepada Inas Tatin suatu ketka dahulu, Mereka pernah berjiran dan bersekolah sekali, sampailah zaman universiti dimana mereka berpisah haluan. Aspalela mungkin faham akan fiil dan tata emosi rakannya sudah sekian lama bersahabat. DLM turut serta dalam perjumpaan rahsia ini.

“ Alahai. Kau datang sini cuma nak tanya aku pasal Inas Tatin? “ Aspalela berkerut dahi. Apa tidaknya. Inas Tatin kerana kisah itu macam membuka kembali parut luka lama.Al-maklum Aspalela berebut lelaki dengan Inas Tatin.Siapa lelaki itu kalau bukan Mat Rodhzi sendiri.Si mata kuyu itu.

“ Hai! Kenapa aku ni jadi macam tempat rujukan eh? Kau nak cari perempuan lain ganti Inas Tatin, kau carilah “ awal-awal rasa cuak Aspalela sudah berganti dengan membuak buak nanah amarah kerana Mat Rodhzi bengong itu datang cuma nak melukut dan menanya bagaimana untuk menolak Inas Tatin agar dia tidak berasa kecil hati. Bukankah itu masalah peribadi Mat Rodhzi? Kalau Inas Tatin ditolak ketepi sedangkan dalam kisah lalu, kecil hatinya tidak diambil kira– sejuk juga hati dikira hadir Mat Rodhzi demi meminta rujuk masakan masih terasa kehangatan sayang Aspalela pada Mat Rodhzi.

“ Tolonglah Aspalela… awak sendiri tahu keadaan bila Inas merana? “ demikian pujuk Mat Rodhzi.DLM dari belakang menangguk angguk bersetuju. “ Aku bukan nak minta restu… aku datang nak consult, bukan Inas Tatin pernah jadi kawan rapat kau? Bukan begitu?“

“ Kali terakhir Inas Tatin kena reject dengan lelaki, dia meraung depan kami… kawan rapat dia…ramai pulak tu “ jelas Aspalela. Berlembut hati jua mempelawa DLM dan Mat Rodhzi kedalam rumah “Eee…muka dia macam kena rasuk bila dia teriak” tambah Aspalela. Aspalela bercerita akan insiden Inas Tatin yang menelefonnya pada pukul 3 pagi “That time, when she called me… awal awal dia tak nangis tau… “

DLM mengangguk angguk. Mat Rodhzi menelan hingus mendengar al kisah Inas Tatin ditolak buat kali pertama. “Dia bagitau macamana Ikhlas;; bawa dia ke Pangkor… bawa dia ke Perhentian.. bawa dia ke Desaru…” Aspalela petah bercerita “ Time dia cerita tu I tak concentrate sangat… 3 in the morning…I separuh sedar kot“

“ Lepas tu Inas teriak dalam telefon tau…. Teriak kuat… I fobia siot…I terus terkelu. Inas tengah elok-elok cakap dengan I tetiba suara dia tenggelam dalam teriak dia… I rasa macam nak campak telefon sebab suara dia bunyi scary sangat… sudahlah pukul 3 pagi “

Lepas tu?

“ I rasa bapak dia datang, cakap dalam telefon… bapak dia macam Hello! Hello! I tak berani jawab, I terus letak telefon “ Aspalela meneguk air teh yang dibancuhnya, Mat Rodhzi dan DLM kusyuk memerhati. “ Esok tu I pergi sekolah… that time secondary school… I tengok mata Inas Tatin dah lebam. I rasa dia nangis banyak sangat” sekali lagi Aspalela menghirup teh dan menambah “you tak tau lagi Inas Tatin memang semenjak tu demam tiga bulan berturut-turut, badan dia surut jadi macam aneroxic… Semua sebab that boynama Ikhlas tu”

  “ I rasa itulah perkara yang paling dahsyat berlaku dekat kawan I…. I sendiri penah ada cintan-cintan dengan lelaki, but, in the end of day, bila we broke up, I teruskan hidup saja” sambung Aspalela. “Inas lain cerita… dia ni jenis yang susah nak dapat, bila susah nak dapat susah nak lepas… dia macam obsess tau. Hari-hari bahagia dia kongsi cerita peribadi dia dengan kami… sampai kami naik meluat…Sampai kami panggil dia minah obses“

“ Tapi, bila dia sedih kena aniaya… satu patah pun dia tak cakap dengan kami Dia diam sepanjang masa“

“ Apa kata kau buat tak tahu saja Mat… aku sure satu hari dia lupa… dunia 360darjah, banyak benda boleh jadi sekeliling dia…” kata DLM memberi cadangan.

“ Celupar betul mulut kau… aku takkan boleh tengok best friend aku kena aniaya tau… Walaupun kitaorang memang pernah argue sebab Mat Rodhzi” tempik Aspalela dengan pitching suara yang tajam. Mat Rodhzi membetulkan kolar bajunya dan berdehem selaku subjek jejaka terhangat.

Eventhough kalau kau let go Inas Tatin pun,bila Inas Tatin jiwa kacau, kau wajib berurusan dengan Kak Yam pula ” tambah Aspalela sambil menghirup teh.

“Kak Yam? Aha, Inas selalu cerita tentang Kak Yam. Dia member aku dalam fesbuk? Dia nampak macam friendly saja “ duga Mat Rodhzi.

“ Kak Yam tu macam Kak Long. Dia ni kakak paling besar dan lantang antara lingkungan kawan-kawan Inas Tatin. Silap langkah kau boleh kena malu besar dengan Kak Yam… mulut dia laser kelas A gitu” jelas Aspalela. “ Semua orang tahu Inas Tatin tu budak lembut… tak pernah kata ‘tak’… Tapi, Tuhan Maha Adil, Kak Yam diletak sekampus sebilik dengan Inas Tatin….apa Inas Tatin rasa, Kak Yam tahu… Bila Inas malu, Kak Yam yang serbu!“

 “ Silap besar kau add Kak Yam dalam fesbuk… esok dia tahu Inas Tatin jiwa kacau, kau jangan terkejut member kau turun dari 300 ke 280 ke…270 ke… “

“ Uih! Macam mana pulak tu? “

“ Cara Kak Yam main angin tiada tandingannya, sekejap saja kawan-kawan Inas boleh benci kau macam kau ni si-perogol. Assuming Inas redhalah kau pergi nak berkapit dengan perempuan lain, Kak Yam tak biar kau terlepas macam tu saja” jelas Aspalela, matanya menjegil dan nada suaranya serius. “ Yang duduk diam, ditarik keluar. Yang duduk diluar, diajak bersuara, yang bersuara dimaki-maki! “

Paih! Cukuplah untuk hari itu, Mat Rodhzi keluar dari rumah Aspalela dengan makin berserabut kepala otak.DLM mendiamkan diri. Mat Rodhzi merayu agar tiada sepatah pun akan keluar tentang perbincangan merekadiberitahu kepada sesiapa.  Aspalela memberi jaminan perjumpaan mereka ini kekal rahsia dari pengetahuan Inas.Cukup untuk hari itu.

Inas Tatin dalam hidup Mat Rodhzi – 9 Hari Lagi

Untuk hari kedua, DLM masih bersama Mat Rodhzi memberi nasihat dan kaunseling.Kediaman Mat Rodhzi seumpama ‘pusat operasi’.Petang berkenaan berlangsunglah pertemuan tiga penjuru.Rakan sepersekolahan Mat Rodhzi bernama Zuckry telah dipelawa ke ‘Pusat Operasi’ selaku penasihat nombor dua setelah DLM diamanahkan menjadi penasihat nombor satu.Duduklah mereka bertiga dalam niat baik untuk membantu Mat Rodhzi yang serba tidak mampu itu. Setakat ini tiada formulasi yang terbaik lagi

Komputer senantiasa terpaut pada internet mengumpul feedback orang yang mengenali Inas Tatin dan senantiasa mengawasi statusnya masakan Inas itu kerap meluahkan perasaan melalui fesbuk. Status pada pagi itu: “Inas Tatin thinks she will get what she always wanted, soon”.

“ Apa maksud Inas ni? “ soalan berkenaan dituju kepada para penasihat Mat Rodhzi “ tolong rungkai rahsia disebalik status fesbuk Inas ni…”

“ Mesej ni, mesej biasa… minggu ni orang dapat gaji, aku rasa parents dia nak belikan dia sesuatu, hadiah? Jam? Rantai? dan Inas ni luahkan secara spontan “ jelas DLM,Zuckry mengesahkan jikalau ibu bapa Inas adalah penjawat jawatan awam, mereka mungkin menerima bonus yang diuar-uarkan perdana menteri minggu lepas. Ya! Memang ibu-bapa Inas adalah penjawat jawatan awam.Sah, ada kena mengena dengan pembelian material.

 “ Apa sebenarnya hubungan kau dengan Inas Tatin? “ DLM menyimpang topik melihat Mat Rodhzi yang duduk serba tak diam.

“ Kami? Alamak… macam nilah… kami jumpa enam tahun dulu, kami jadi intim dan kami seronok keluar sama-sama sampai hari ni kami rasa macam berpasang-pasangan “

“ Kira kau tak pernah mendeklarasi apa-apa kan? “

“ Tak, sesekali tak pernah… tapi kami buat perangai macam kami dah declare. Tapi sekali pun kami tak pernah declare…”

“ Habis tu…bila orang soal hubungan korang berdua? “, maka terdiam Mat Rodhzi dengan pertanyaan itu. Diusap dagunya lima enam kali dan biji matanya melilau entah ke mana. Mat Rodhzi menjawab “ Kami jawab on the way

On the way ke mana?”

On the way alam berkasih sayang… Bila ada masalah, kami tak berhubung… dua tiga minggu juga kami tak bertegur …lepas tu okey balik“ jelas Mat Rodhzi.

“ Biasalah dekat Malaysia dan merata Negara-negara maju dan sedang membangun… hubungan kau dengan Inas Tatin ni omputih panggil open relationship

“ Ya…lebih kuranglah…. Apa yang kami buat tu… boleh qualify tahap kekasih, tapi hakikatnya, kami kawan saja“ tegas Mat Rodhzi, “ tapi, aku melayan dia macam kekasih aku…. Banyak juga rahsia aku Inas tahu… Banyak juga rahsia dia aku tahu“ tergaru-garu Mat Rodhzi ketika meranka ayat. Mahu letak dimana Inas Tatin dalam hidupnya?.Kerana hubungan mereka bak laut, ada pasang surutnya dan Inas itu seumpama perahu yang dipaut pada tunggul jeti.Ada masanya tinggi dan ada masanya rendah.Ada masanya kabur, tenggelam dalam kabus.

“ Dalam kes kau Mat Rodhzi, aku yakin selama ni kau buat Inas sebagai cushion? “  DLM membuat satu pernyataan yang membuat Mat Rodhzi tersentak. Apa Kushen? Lucah dan cabul betul mulut DLM.

Cushion… Bila badan mengah-mengah… kau duduk atas kushen… Bila bahu terasa sengal… Bila kaki terasa kebas, kau duduk atas kushen…“ sekali lagi Mat Rodhzi tersentak dengan pernyataan DLM. Apa yang DLM nak beritahu ni?

“ Jangan lah buat muka pelik bila aku sebut kushen kushen ni… bukan aku bermaksud kushen yang kau nak baring betul betul… Cuma orang yang kau jumpa bila kau rasa down… Inas Tatin tu suka dengan kau, hari-hari dia tunggu kau, jawab panggilan kau, balas SMS kau…Yang engkau, ada pula musim-musim nak panggil dia, balas SMS dia “ hujah DLM, “sudah tentu banyak jasa Inas pada engkau…”

“ Tapi sekarang, sudah ada Anje, habis madu sepah dibuang …hehe“ terang DLM.

Celaka! Pedih betul ayat DLM, kalau pungguk merindu bulan; gusi DLM seumpama mengidam penumbuk yang bakal memecah memancanjut nyut nyut darah hidup darah merah. Sial! Inas memang penyeri hidup sepanjang 6-tahun gersang Mat Rodhzi. Dia mendengar rintihan dan melayan pelawaan, dan sekali sekala mengiring sekatil sebantal, tapi, dia kawan yang baik dan tujuan DLM dibawa masuk dalam masalah ini kerana Inas Tatin tak mahu dilukai.

Pit! Pit! Anje menghantar SMS.Sweetheart! I rindu dekat u, nak jumpa! Acap kali Anje menyumpah segala rasa sayangnya melalui SMS dan kebersediaan untuk mencurah apa yang ada demi kebahagiaan mereka berdua. Api yang menjilat-jilat hati Mat Rodhzi tadi muda reda.Tapi kegusaran menyeliputi Inas Tatin masih belum terlerai.Tinggal lapan hari lagi sebelum hubungannya dan Anje bakal dihebohkan sekaligus pasti memutar dunia Inas Tatin 360 darjah.

Enam tahun gersang adalah bila Mat Rodhzi tidak mendapat perhatian dunia, segala usaha Mat Rodhzi untuk mendekati perempuan lain ditolak sahaja. Inas Tatinlah yang sering berada disebelahnya.Demam batuk, Inas Tatinlah yang bertanya. Mat Rodhzi ni seumpama orang batu yang terceruk dalam gua, yang bakal terkejit-kejit pedih mata kalau terlebih matahari mengena mata.Inas Tatin adalah insan yang berlahan-lahan bawa Mat Rodhzi keluar dari gua berkenaan. Dan apabila sudah tidak pedih lagi dengan cahaya luar, Mat Rodhzi berlari bebas.Lupa tangan yang pernah pimpinnya keluar.

“ Dia bukan cushion aku… kadang-kadang pun aku jadi cushion dia dalam keadaan dia bermasalah, aku dengar, aku dengar dan aku dengar… “ jelas Mat Rodhzi “ Kami saling rapat, intim dan mengenali, dan masuk tahun ketujuh… aku dirahmati tuhan untuk jumpa dengan Anje… kekasih aku sekarang… “

“ Samalah tu… habis madu sepah dibuang. Tuhan pun nak duga kau“ balas DLM.

Celaka! Bukan… bukan habis madu sepah dibuang.Inas Tatin bukan kekasih awal dan akhir.Dia cuma persinggahan. Persinggahan? Cheh! Teruknya ayat persinggahan tu….Tidak sesuai…Menggeleng-geleng kepala Mat Rodhzi kerana dia baru sahaja nak tersembul dari mulutnya bahawa Inas Tatin itu ‘persinggahan’.

“ Oh! Dalam bahasa omputih, orang panggil stepping stone…. Inas Tatin itu hanya sekadar batu loncatan sebelum kau sampai ke puncak matlamat kau… iaitu… Anje betul tak?Betul tak?“ jelas DLM.Panas hati Mat Rodhzi terasa DLM ini dari hari pertama seumpama membetulkan Inas Tatin sahaja.Bukankah DLM dipanggil untuk menyelesaikan masalahnya?Zuckry ketawa terkekeh-kekeh.

Pagi pagi cari bala – 8 Hari Lagi

Asal pagi itu, Mat Rodhzi sebenarnya terkejut dari tidur.Kantung air kencing sudah berdenyut-denyut hendak perlu dikosongkan.Terkeng-kang Mat Rodhzi menerpa ke bilik air dengan kain pelikat buatan Indonesia sudah terburai sepanjang jalan.Ah..lega tak terhingga tatkala kantungnya habis menyah segala air kencing. Dalam mundar mandir hendak pulang ke kamar, televisyen kakak pula hingar memainkan rancangan Oprah sambil berteriak sakan tetamu Oprah Winfrey mencerita bahawa dirinya dianiaya kerana cinta.Sekian lama mereka berkahwin.15tahun lamanya sehinggalah ditolak.

Hah! Orang bercinta dah sampai berkawin sampai 15 tahun boleh bercerai? Apa hubungan aku dan Inas Tatin cuma enam tahun takkan melakukan kerosakan hingga begitu radikal kan? Dalam kuyu-kuyu mata Mat Rodhzi, dia berfikir sejenak.

“Yang engkau termenung ni kenapa? “ soal Kak Dora. 

“ Rodhzi… nak kemana pagi-pagi ni? “ kelibat Mat Rodhzi berpakaian kemas dan berbau wangi membuatkan ibunya tersentak “… mahu jumpa Inas ya? “

Ya! Inas yang melekat dalam hidupnya selama enam tahun, sudah tentu melekat jua dalam pengetahuan ibunya tentang hal ehwal mereka berkepit sana sini. Lantas, untuk megelak disoal selidik oleh ibunya dengan lebih mendalam, Mat Rodhzi menjawab “ Ya, mak “

“ Kirim salam mak pada Inas okay… ajaklah dia singgah rumah “ pesan ibu Mat Rodhzi kepada anak lelakinya itu

I think she’s a very sweet girl “ demikian bisik sok sek ibunya dengan kak Dora. Tertangkap oleh telinga Mat Rodhzi yang kemudiannya berkeromot mulut.

Pagi berkenaan, Mat Rodhzi mahu bertemu dengan Ikhlas.Seorang hamba tuhan yang pernah menjadi kegilaan Inas Tatin.Ikhlas mungkin ada jawapan bagaimana dia menolak Inas Tatin, sekaligus meloloskan diri.Bukan dia tidak mengenali Ikhlas.Selama ini cuma ego sahaja yang buat dia tebal muka dengan Ikhlas.Kalau hendak ditambah tolak, memang Ikhlas lelaki yang lebih tinggi tanjak rambutnya, luas bahunya dan tinggi nilai macho berbanding Mat Rodhzi yang bermata kuyu itu.Masakan, Inas Tatin tak menggilainya satu ketika dahulu.

“ Dulu kau pernah ada affair dengan Inas kan? “ selamba Mat Rodhzi membuka topik. Mat Rodhzi eksyen meletakkan dirinya seangkatan dengan Ikhlas, liga-liga jantan hangat yang mampu menolak pujaan seorang peminat.

“ Bukan affair “ tegas Ikhlas. “ Aku tak pernah ada apa-apa dengan dia “

“ Takkan macam tu kot? “

“ Memang, Inas tu kawan yang baik, dia lawa… dia manja, dia petah bercakap, tak boring sebenarnya bercakap dengan Inas … tapi ada banyak perkara yang semua lelaki kena tahu pasal Inas, dia bukan macam perempuan lain“ jelas Ikhlas. Mat Rodhzi mencondongkan kepala dan mendengar dengan teliti.

“Inas seorang kawan yang cerdik. Masa SPM dulu dia ambil 10 subjek tapi dapat 9A, satu lagi B – berkurung juga dalam rumah untuk seminggu berturut-turut“ terang Ikhlas.

“  Lagi satu, Inas Tatin itu anak angkat dalam keluarga dia… Bapa saudara aku doktor mengkhabarkan kerana dialah handle mak Inas bersalin 21 tahun dulu “ jelas Ikhlas “ Bapa dia eksiden malam sebelum Inas keluar perut, kritikal, bapa saudara akulah yang tolong azankan Inas;kena pula ibunya pun tak panjang umur terkena infeksi teruk sesudah bersalin . Innalillah“ terkesima Mat Rodhzi selama enam tahun tidak dikorek pula kisah asal usul Inas.Gadis itu amat kuat berahsia.

“Mak ayah tiri Inas masa dulu pula ada 4 orang anak laki… masuk kelima mereka dikurnia anak perempuan. Mereka teramatlah gembira. Malangnya, anak perempuan itu survive sampai 36jam sahaja. Inalillah “

“Dalam hospital sama, bapa saudara aku yang menenangkan mak bapa tiri Inas dan mempelawa mereka untuk menjaga Inas jikalau mereka sudi “

“Alhamdulillah, mereka sudi dan hari ni Inas besar jadi anak dara yang baik, rapat dengan mak dia… sekali-sekala hypersensetive“ tersenyum Ikhlas sesudah sebak mencerita kisah sedih Inas, “saya masih ingat dia merajuk kawannya panggil dia Minah Obses”

“Semenjak aku tahu kisah dia anak yatim piatu, aku beransur kurang bercakap dengan Inas… banyak batasnya bila kita berhubung dengan anak yatim ni… aku tak mahu tanggung dosa – Aku harap kau amanah jaga maklumat ni, Wa’uallahualam kalau Inas sudah dibertahu bahawa dia seorang anak angkat… itu mesti jadi satu perkara yang berat untuk Inas telan, aku harap jangan beratkan lagi masalah yang dialami dalam hidup dia….“ Mat Rodhzi mengangguk-angguk kepala, menunduk kerana dirasakan pipi itu bakal berlinang dengan air mata.

“Aku mensyorkan kau jangan aniaya Inas Tatin… Kalau dah enam tahun tu…baik you all berhubung hingga ke peringkat seterusnya, macam aku selalu dengar yang kamu berdua nion-the-way?“

on-the-way…ya..insyallah “ Mat Rodhzi tidak menerangkan pula on-the-way kemana.

Enam tahun sudah cukup panjang kah?.Malah, perempuan yang merengek dalam siri Oprah Winfrey pagi tadi ditinggalkan selepas 15 tahun. Apa cerita ni?

 

Gila, Sewel, Tiga Suku – 7 hari lagi

Di ‘Pusat Operasi’ (kediaman Mat Rodhzi), Bukit Mahawangsa

Status Inas Tatin pada hari itu dikesan bertukar. Kali ini tertera sebaris ayat baru: Inas Tatin sometimes made stupid decisions

“ DLM, tolong rungkai apa maksud tersirat status fesbuk ni? “ lantas DLM bagai menyelak kitab cinta terkelip-kelip mata sebelum membuat pengesahan bahawa mesej itu tidak ada kena mengena dengan Inas terbau busuk kentut Mat Rodhzi yang mahu lolos dari dirinya.

Mat Rodhzi enggan menelan alasan DLM bulat-bulat, maka dihentam lagi:” macamana kau boleh sahkan selamat? “

Zuckry menerangkan tentang mini konsert malam semalam yang dihadiri oleh majoriti rakan Inas Tatin dimana Inas sudah berkecuali atas alasan tertentu.Besar kemungkinan tindakan Inas berkecuali sudah membuatkan dia menyesal. Biasalah, dalam zaman moden ini semua remaja mahu berketrampilan havoc. Namun, Mat Rodhzi tidak faham mengapa Inas Tatin mahu berkata begitu. Kerana Inas Tatin adalah gadis yang mengambil hal-ehwal gig, konsert dan shows secara dingin.

DLM berpendapat Inas Tatin mahu menjaga hati perasaan rakan yang menjemputnya.Inas Tatin berpura-pura menyesal dan berkata sebegitu.Walaupun, benar Inas Tatin secara batinnya mengambil dingin tentang ajakan, jemputan dan undangan ke majlis muda mudi.Kerana itulah muncul pernyataan stupid decisions.

Saat itu Mat Rodhzi mengangguk kepala dan menerima rasional status fesbuk Inas Tatin.Namun gusar Mat Rodhzi jikalau status itu bertukar.Bila-bila masa boleh bertukar.

“ Hmmm… stupid decisions….Stupid decisions “ DLM berkata, berjalan setapak dan dua sambil menghirup air dari mulut cawan. Dia seolah berfikir sesuatu.Kemudian dia mengunjur setapak dua lagi.

“ Mat Rodhzi, aku cadangkan kau buat Inas Tatin rasa serba salah dengan dirinya. Seolah-olah dia memilih kau ni salah satu dari stupid decisions “jelas DLM.

“ Tapi…aku ada beritahu Inas Tatin yang aku ni jenis gila-gila, sewel… Aku rasa Inas Tatin masih ingat masa aku awal-awal jumpa dia… “ rupanya Mat Rodhzi lebih awal dapat menjangka tuntas fikiran DLM.

“ Hah! Gunakan alasan tu… kalau Inas Tatin awal-awal maklum kau jenis gila-gila remaja, sewel, tiga suku… maksudnya kau ada kemungkinan tinggalkan dia tanpa perihal nak beritahu dia “ terang DLM sambil mengangkat kening, seperti seorang peguambela yang mengajar klien untuk mengelak tuduhan salah laku guna kuasa cinta. “ Itu kesilapan Inas… 100% silap dia. Dia dah dengar dari mulut kau, dialah yang silap langkah” berkerumut mulut DLM mengesyorkan usul kepada Mat Rodhzi.

Gila-gila, sewel dan tiga suku.Itu yang berdengung dalam kepala Mat Rodhzi.Itulah tiket, lesen, passpot dan merit bagi dirinya untuk meloloskan diri dari Inas Tatin.Campak Inas Tatin jauh-jauh agar dia boleh memulakan satu hidup baru bersama Anje.Memainkan peranan baru selaku boyfriend yang serba romatis tanpa gangguan masalah silam. Pit! Pit! Sweetheaaartt! Aaah! Anje tiap-tiap hari merugut mahu menghebah kepada seluruh dunia yang Mat Rodhzi bertakhta di hati.Muwaah!Walhal, Bukan Mat Rodhzi tak janji. Dia berjanji akan berbuat demikian sebelum sepuluh haribulan. Masuk hari ini tinggal tujuh hari lagi.Inas Tatin turut menghantar mesej demi mesej demi mesej. Mat Rodhzi jawab hingga termampu sahaja.Dia beransur kurang membalas.

Tambah DLM lagi, dengan menggunakan alasan tadi, Inas Tatin bakal pasrah jua. DLM menasihati Mat Rodhzi supaya dalam jangka masa dua tahun lagi, Mat Rodhzi buat suatu pengakuan bahawa zaman gila-gila, sewel dan tiga sukunya sudah berakhir untuk membersihkan nama. Anggaplah keputusan lalu itu keputusan kebudak-budakkan yang kurang matang.

Mat Rodhzi disaat itu dihembus kekuatan baru untuk meloloskan diri affairnya dengan Inas Tatin. Ya! Dia makin bersemangat untuk bersemuka dengan Inas dan memberitahu yang sebenarnya dia sudah menemui orang baru dan semuanya salah dan silap Inas kerana tidak peka akan gila-gila remaja,sewel dan tiga-suku dirinya. Yah! Mat Rodhzi memegang telefon bimbitnya, bersedia untuk melaksanakan janjinya pada Anje untuk menghebahkan segalanya. Lebih awal! Lebih bagus!

DLM turut mengesyorkan masalah Inas Tatin yang acap kali menghantar SMS untuk berpacaran, beli belah dan tengok wayang atau mahu berbual bicara boleh dihindari dengan satu alasan yang konkrit: keluarga

“ Bila kau bagi alasan yang bertema kekeluargaan, perempuan akan rasa secure dan assume kau ada dalam rumah, walhal, kau pergilah dating dengan Anje, YM dia “ DLM sekali lagi berpidato seumpama pegumabela

“ Maksud kau? “

“ Bila Inas meleret hantar SMS nak tanya itu ini, ajak kau kesana kemari, kau bagi alasan tolong bapa kau atau tolong mak kau, temankan kakak kau, kenduri bapa sedara atau birthday anak sedara… semua tu alasan bersangkut paut dengan keluarga“ tegas DLM hingga herot dagunya “ Keluargalah yang diutamakan dahulu. Family first!

“ Bukankah itu menipu? “ soal Mat Rodhzi

“ Haish! Rodhzi, ini adalah cara paling gentle nak tolak Inas jauh-jauh dari ruang kehidupan kau… Bukankah kau cari aku atas niat mahu lupakan Inas secara halus”

“Hah! Inas Tatin hantar aku SMS lah! Apa aku nak buat ni DLM!? “ bergegar telefon bimbit Mat Rodhzi sampai terangkat dirinya.

“ Hah! Cakaplah kau kena teman kakak kau beli tepung-tepung sikit nak buat cupcake. Ini omputih panggil alibi “ terang DLM. Dalam hati Mat Rodhzi ada rasa bengang juga dengan tingkah lagu DLM yang merujuk semua definisi kepada omputih. Mat Rodhzi pun belajar di kolej berbuku teks bahasa omputih jua, dia tidak janggal langsung berbahasa omputih. Dia fasih berbahasa omputih. Poorah!

Di Pusat Beli-Belah Ampivillion, Kota Raya

Pit! Pit! Mesej Inas Tatin dibalas dengan pantas.Di hadapan Inas adalah Kak Dora.Dan mereka secara kebetulan berjumpa dan memilih untuk duduk sebentar di kafe menghadap jalan untuk menikmati minuman sejuk.Sesungguhnya perbincangan mereka tidak tertumpu pada Mat Rodhzi, adik kandung Kak Dora.Tetapi lebih tertumpu pada bargain dan sale barangan di kompleks beli belah.

Mesej Mat Rodhzi berbunyi: HI, ERM SORRYLAH, I SKRG TEMAN KAK DORA, ADA HAL SKIT, GET BACK TO U LTR.

Inas melihat Kak Dora dan tersenyum. Sepanjang tiga jam Inas bersama Dora, tanpa Dora itu terlepas dari pandangannya. Hah! Tidak mengapa. Pulang Inas ke hostel dengan muka yang amat muram pada petang itu.Kak Yam semestinya menjadi orang pertama yang menghidu ada perkara yang tak kena dengan Inas.

Kak Yam bertanya Inas: “Kenapa moody saja ni? “

Lantas, Inas menoleh mukanya tabg masam-masam sebik itu dan menerangkan “ Sekali jadi penipu, selama-lamanya jadi penipu “ Inas a kepalanya, ini mesti ada kaitan dengan Mat Rodhzi.

0 com

Inas Tatin (Bahagian 2)


Cerpen ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu, organisasi atau pertubuhan dahulu, kini dan selamanya

Fesbuk – 6 Hari Lagi

“ Ya rabbi! Betullah! “ tempik Mat Rodhzi. Bilangan kawannya dalam fesbuk berkurang. 10 orang! Dia amat mengetahui kekurangan itu kerana bilangan rakannya sebelum ni adalah nombor yang molek: 300 tepat. Pagi itu hanya tinggal 290! Mata kuyu Mat Rodhzi kali ini terjegil luas.

Seumpama broker saham, nombor itu memberi satu impak signifikan bagi Mat Rodhzi.Dicapai telefon bimbit untuk menelefon DLM. Namun DLM tidak menyahut. Sudah pasti dia terkang-kang atas kamar masih dibuai mimpi. Mat Rodhzi menklik refresh dan alamak! Tinggal 289! Siapa seorang lagi yang sudah tawar hati nak jadi kawan ni! ‘Pusat Operasi’ ketika itu terasa bagai hendak runtuh silingnya.

Apakah Inas Tatin sudah tahu segalanya? Dicari nombor telefon Aspalela. Didail namun haram tidak dijawab. Apakah benar pengaruh Kak Yam ini amat kuat seperti garam yang ditabur atas pacat. Mengeliat dan menggelupurlah pacat dalam keadaan bisa sehingga terburai isi-perut. Apa jua alasan 10 teman Mat Rodhzi berkurangan, ini mesti ada kena mengena dengan perbincangannya beberapa hari lepas.

Disemak; Inas Tatin dan Kak Yam masih menjadi rakannya. Sama jua dengan Aspalela dan Ikhlas. Individu penting itu didapati masih tidak lari. Anje masih berkawan dengannya. Tergaru-garu kepala siapa 11 orang manusia yang sudah tawar hati dan menolak talian persahabatan melalui fesbuk itu. Kerana ada 300 molek rakan-rakan, manalah dia menghafal kesemua 300 manusia yang menjadi rakannya dalam fesbuk.

Akhirnya, hanya Zuckry yang rela menjawab panggilan. “ Zuckry! Apa kejadah dah jadi dengan fesbuk aku ni… 10 orang serentak tarik diri jadi kawan aku!”

Zuckry menerangkan pada Mat Rodhzi bahawa musim itu adalah musim peperiksaan bagi institut pengajian awam dan gejala suspend akaun fesbuk itu adalah kaedah untuk menghindar diri dari membazir masa. Zuckry sendiri memilih opsyen suspend akaunnya, sekaligus menjadi salah seorang dari sebelas yang luak dari jumlah 300 molek rakan Mat Rodhzi itu.

“ Bertenang Mat Rodhzi… fikir positif “ terang Zuckry. Barulah nafas Mat Rodhzi  kembali lancar

 

Dos Mesej Rendah – 5 Hari Lagi

“ Kak Yam… apa maksudnya bila orang kurang berminat membalas mesesj kita? “ Tanya Inas Tatin. Apakah itu soalan paling bodoh? Kak Yam menghela nafas panjang. Dia dapat bau ada perasaan cemas dalam Inas, kira otak dia sudah masuk air dan apa jua perubahan kecil Mat Rodhzi diambil serius belaka. Tak mengapalah. Kak Yam dengan hati kering memberitahu:

“ Purata orang-orang muda bermesej 40 kali sehari… Kalau Inas dapat…emm.. 5 mesej sehari… 10 mesej itu untuk Mat Rodhzi dengan orang tua dan adik beradik dia… Balance 25 mesej lagi dapat pada siapa agaknya? Cuba Inas fikir-fikir tengok“

Sumpah gemuruh terus menusuk dada Inas Tatin bila Kak Yam berkata begitu. Ibu jari mengigil apatah anak jari  terketar. Nafas terasa berat, air liur dirasa berat macam simen bancuh konkrit. Fakta itu amat berat untuk ditelan oleh Inas meskipun hanyalah spekulasi semata-mata. Lantas Kak Yam keluar dari bilik Inas.

Namun sekejap sahaja gemuruh dalam jiwa Inas Tatin reda. Kemudian dia kembali tenang seolah hati Inas Tatin tak kemana. Kak Yam binggung. Kerana bagi Kak Yam, Inas Tatin sudah terang-terangan ditolak tepi, tapi mengapa Inas ini masih berharapan besar? Susahkah bagi Inas untuk melupakan Mat Rodhzi. Apakah ada jaminan, sesudah Inas lupakan Mat Rodhzi, Inas boleh hidup tanpa lelaki?

Lelaki di luar sana mesti macam jerung lapar yang mahu melahap Inas. Lebih-legih lagi tatkala Inas dalam keadaan teriak dan patah belum bertumbuh ganti. Baruah betul Mat Rodhzi, kalau kau tahu malas nak setia kenapa sesudah enam tahun baru hendak meluru lari? Kak Yam ada hilang sabar. Nara teman satu jurusan cuma menasihati jangan keruhkan keadaan.

Semua maklum bila jiwa Inas Tatin retak, seumpama tayar terbakar. Asapnya hitam hingga memedihkan biji mata dan asapnya keras sampai menyiksa untuk bernafas. Bila tayar terbakar, orang dari jauh pun Nampak, awan pun jadi kelam. Nescaya, rosaklah hari.

 “ Apa kata kita umpan lelaki untuk berkenalan dengan Inas?” terang DLM “ dengan cara ni, Inas takkan merana, silap-silap suka sama suka, settle masalah kau Mat “

“ Siapa kita nak umpan? Sempatkah dalam masa empat hari ni? “ balas Mat Rodhzi sambil mengusap-gusap dahinya. Makin buntu, telefon bimbit pula baharu berdenyut menerima mesej dari Inas meminta Mat Rodhzi menemaninya ke saloon mana entah.

“ Kita mesti cuba teknik hanyut “

“ teknik hanyut? “

“ Biar Inas sibuk dengan sesuatu perkara sampai dia lupakan kau, aku kenal seorang sweet-talker, berbakat dan berpengaruh juga… dia seorang ahli muzik yang rasanya boleh buat Inas hanyut“

“ Kau pun tahu Inas ambil dingin pasal muzik dan perkara yang berkaitan? “

“ Belum cuba belum tahu… kalau tidak kenapa orang panggil aku Doctor Love?“ terang DLM.

Kak Yam selepas meninggalkan bilik Inas segera bersua dengan Nara dan Nurul. Kerana anak dara dua orang ini tinggal sebilik, Kak Yam menghidupkan komputer riba dan memberitahu dua orang rakannya itu: “ Jom kita selak tiket tambang murah… bulan depan kita start cuti… mana kita mau melancong? Bali? Chiangmai?Jogjakarta? “

“ Kenapa nak bercuti? Tetiba Kak Yam merancang ni….“ soal Nara

Kak Yam merenung tajam mata Nara “ Korang tak terasa nak bercuti ka? Kita ajak Inas sekali… lagi ramai lagi heboh “ Kak Yam menoleh pada komputer riba. Nurul mencuit peha Nara dan gadis itu lantas bersetuju dengan rancangan berkenaan. Prosedur retreat kini sedang dalam rancangan. Prosedur untuk orang yang jiwa retak.

“ Inas dah setuju nak retreat dengan kita? “ bermain juga opsyen lain seperti retail therapy, reunion. Opsyen 3R formulasi Kak Yam untuk membantu rakan-rakannya keluar dari pasrah putus cinta. Retreat adalah kaedah terakhir setelah dua lagi opsyen nampaknya takkan berhasil.

“ Oh ya… dia teramat setuju. Lagi awal lagi bagus… “ balas Kak Yam tersengih.

Pusat Operasi mendapati Inas Tatin menukar lagi status fesbuknya. Kali ini dalam bahasa melayu. bunyinya “Inas Tatin kenapalah dia selalu ke persisir?”

“ Siapa ‘dia’? Mana ‘persisir’? “ Mat Rodhzi naik bengong. Maka bertungkus lumus DLM dan Zuckry menjarum cucuk sana sini demi secebis maklumat untuk rakan mereka yang serba celaru itu. DLM sibuk mencari maksud ‘persisir’ dan dari lokasi itu dia mahu mengesan siapa ‘dia’. Manakala Zuckry mengambil jalan lebih berani dengan menyiasat siapa ‘dia’.

-Persisir? Dia ni orang Sabah atau Sarawak?

+Persisir ni ada kaitan dengan pantai… mungkin orang pantai timur?

-Bukan! Tak mungkin… Persisir nama restoran dekat Jalan Chan Soi Ling!

Dimanapun ‘persisir’ dan siapapun ‘dia’, Mat Rodhzi memang tidak boleh tidur lena. Perkara itu menganggu perhatiannya. Teka-teki siapa dia dan persisir dan Inas Tatin masih belum terjawab. Berkali-kali DLM dan Zuckry memberi respons yang serba kabur.

Bagi kedua-dua penasihat Mat Rodhzi, mereka tahu keterangan mereka sebelum ini hanya hentam semborono sahaja, namun mudah dicerna akal fikiran Mat Rodhzi. Namun, kali ini, ada maksud terselit yang amat terperinci rujukannya. Sehingga tidak ada yang boleh diterangkan pada Mat Rodhzi.

Chup!

DLM baru seketika menerima mesej. Ahli-muzik baru saja mengesahkan akan niatnya ke Sabah atas tujuan persembahan. Lega Zuckry, tak kurang jua Mat Rodhzi. Nampaknya teknik hanyut DLM berkesan. DLM tersenyum lebar dan bersalaman dengan Mat Rodhzi sambil berkata: “nampaknya kau dah lolos sekarang! Esok kau boleh hebah! Kita tengok apa respons Inas… apa-apa hal kau telefon aku”

Beredar DLM dari kediaman Mat Rodhzi, Zuckry menepuk bahu dari belakang dan berbisik “ Betulkah Inas Tatin dah melekat dengan ahli muzik? “

DLM enggan menjawab

Malam itu Anje membuat panggilan: “Sweetheart, I rasa lama sangat, tak boleh awal kan lagi announcement kita? “

“ Apa kata I buat announcement esok? “

“ Sayang!!! You serious?

 

“Meletak Jawatan” – 4 Hari Lagi

Pusat Operasi mengesan Inas Tatin sekali lagi mengubah status fesbuk kepada Inas Tatin is feeling very bored.

Mat Rodhzi tidak memerlukan khidmat DLM mahupun Zuckry untuk memahami mesej itu menerangkan perasaan bosan Inas. Sudah berkali-kali pelawaannya untuk ke pusat beli belah sudah ditolak. Inas ini jenis yang tidak tahu jemukah? Dalam ruang hati Mat Rodhzi pun ada perasaan bosan. Bosan menyembunyi perasaannya dari Inas Tatin.

Ya, sudah tiba masa untuk letak jawatan. Mat Rodhzi menyifatkan kejadian dia bakal meninggalkan Inas Tatin adalah kejadian alam yang wajib berlaku bak kata omputih natural occurence. Seperti gugur daun kerana lembik tangkai. Tapi gugur daun tidak jua kerana tua, jika tidak angin yang menolak serba sikit. Nyatalah, Inas Tatin yang masih hangat minta mahu berpacaran dan berkepit. Dia mengadai begitu kerana sampai hari itu Inas tidak putus-putus menghantar mesej

“ Fikir fasal masa depan kau Rodhzi… berapa lama sangat kau nak melekat dengan Anje? Harap perempuan saja manja. Esok-esok bila kau susah, kakak sure dia tinggalkan kau”

“ Eh, kakak diam boleh tak? Ini urusan aku lah… Hidup-mati jodoh-cerai aku dalam tangan tuhan lah… syirik tau kalau kakak nak promote kerja tilik nasib …  Tapi, kalau nak kerja sangat macam tukang tilik, kakak boleh tunggu bazaar rakyat malam khamis ni…“

“ Kau kena fikir pasal nama kau Rodhzi. Sekali kau buat dekat Inas, satu dunia tahu, Kau nak ada seratus ex-girlfriend pun aku tak kisah. Tapi kalau Inas Tatin jadi kurus macam hamba abdi, orang nampak dengan mata kepala sendiri… engkau juga kena tunding jari…“ terang Dora.

“ Habis tu, kau nak aku duduk terikat dengan Inas Tatin? Nak aku jadi hamba dia? Biar aku jadi kurus kering kau sukalah? “ lenting Mat Rodhzi kepada Dora

“ Kau ni jenis tak ada definisi budi bahasa dalam diri ke? Dia tak tinggal kau enam tahun dah cukup terang dah untuk orang celik macam kau tahu dia ni jenis perempuan baik… mommy pun suka “

“ Ah! Inas nak mengadu domba dekat sapa sangat?”

“ Oh! Berani sangat kau… cuba buat hari ni… cuba kau heboh saat ni juga pasal kau dah hidup satu cengkerang dengan Anje…. Akak cabar engkau, bukak fesbuk, bubuh status kau in a relationship

“ Ah! “ demikian respons Mat Rodhzi. Dia terkelu lidah. Mukanya masih menunjukkan ego bahawa kakaknya itu tak ada kuasa untuk menunding sana sini dalam hidupnya. Hakikat, Mat Radhzi tidak mampu menukar statusnya secepat itu. Kerana apa pun dia tak tahu.

Kau tak mampu loloskan diri dari Inas. Aku mau tanya, Inas Tatin itu tidak selaras dengan kehendak kau ke? Dressing dia lemah ke? Buah dada tak cukup besar ke? Rambut tak cukup panjang ke? Kalau tak selaras dengan wawasan kau kenapa tak tinggalkan saja. Apa susah?  Sial, kenapa Dora si-kakak itu suka buat orang terasa serba salah?

Aku mau tanya apa nilai sayang Inas Tatin tu nilainya lagi murah dari nilai sayang Anje? Kalau Anje SMS kau, mesej dia lebih diberi priority berbanding mesej Inas yang masuk tanpa putus sejak enam tahun dulu? Inas Tatin dah sayang kau sepanjang enam tahun gersang, sekarang, bila kau nak sunting anak dara orang, kau dah naik tanjak, tinggal dia macam tu saja.  Aisey! Kenapa Kak Dora ni kuat berleter dan suka bersyarah pasal sejarah peribadi orang? Mat Rodhzi tahu sangat Kak Dora bukan maksum sangat dalam bab bab ini. Dia sendiri pun pernah menolak lelaki dan buat koleksi lelaki, apa dia buta tak tahu memilih?

Kak Dora bercakap pasal jasa. Hah!

Tak dapat dinafikan Inas Tatin ada jasa besar. Mat Rodhzi cuma tidak ada idea hendak membalas jasa. Apa dalam undang undang bercinta ada gratuity dimana sejumlah wang boleh diberi untuk ganti rugi masa, tenaga dan perhatian? Oh! Sila beritahu kalau wujudnya perkara demikian. Sungguh, dalam lagu jiwang yang Mat Rodhzi sering dengar memberitahu orang yang mencurah kasih sayang ni tak mahu balasan yang lain kecuali dicurah semula kasih sayang dengan setimpal. Saling curah mencurah. Fikiran itu membuatkan perut Mat Rodhzi memulas.

“ Aku nak tidur! Kau jangan kacau aku boleh tak! “ demikian gertak Mat Rodhzi kepada Kak Dora. Beredar Mat Rodhzi mundar mandir kedalam biliknya. Bam! dihentak daun pintu tanda protes dan amarah.

DLM terketar juga untuk memberitahu Mat Rodhzi perkara yang sebenar. Ahli-muzik tidak mampu menarik Inas Tatin ke alamnya.Semuanya berakhir semalam. DLM ada juga menekan ahli-muzik untuk mencuba kali kedua, namun ahli-muzik enggan. Betul kata Mat Rodhzi, Inas seorang yang lambat beralih minat. Teknik hanyut DLM nyata gagal. Inas seumpama bot yang terpaut pada tunggul kayu-pasang surut air tidak hanyut. Ikatannya kejap dan rapat.

“ Terima kasih kerana khabarkan benda ini “ namun tak ada rasa hampa dalam suara Mat Rodhzi membuatkan DLM binggung. Mana pergi kekuatan Mat Rodhzi selama ini yang berkobar untuk meloloskan diri dari Inas Tatin?

 

Pasang Badan – 3 Hari Lagi

Inas hari itu sejak awal pagi tiada di hostel. Kak Yam mengetuk pintu kamarnya mendapati gadis itu sudah beredar. Ke mana? Kak Yam menelefon dan Inas yang kini berada di sebuah kompleks beli belah di Kota Raya. Katanya bersama seorang rakan dari pantai timur bernama Jureen.

Namun Kak Yam cuma menduga, segak kebelakangan ini Inas Tatin gemar saja mebelek majalah fesyen. Kalau dahulunya dibelek dan dikemaskan semula. Hari itu bersepah majalah diatas lantai. Bukan bersepah kerana Inas Tatin naik gila sasau dengan perangai Mat Rodhzi. Inas Tatin sibuk survey. Kak Yam faham sudah sampai masa untuk Inas membeli perkakasan dan aksesori kewanitaannya. Kerana semua wanita mahu tampil anggun dan menyerlah. Bak kata orang, sudah tiba masa untuk pasang badan. Tapi pasang badan untuk siapa?

Dicipta lelaki ini jenis makhluk yang mudah teransang oleh visual yang diperhatikan mereka. Inas selaku perempuan ada pula naluri untuk tampil lawa dan cantik, maka, ada juga dalam enam tahun tenggelam timbul hubungan mereka berdua, Inas akan menukar tatarias diri. Disaat Mat Rodhzi jemu, ada jua ikhtiar Inas Tatin yang melonjak semula dirinya kedalam kotak fikiran lelaki itu. Bila telinga Mat Rodhzi menangkap soalan seperti: “ siapa anak dara segak itu?”, maka, makin gila babi Mat Rodhzi mengajak Inas keluar dan mengekspos diri mereka berdua bagai ada papparazi dicelah pokok pasu dan tiang-tiang konkrit bangunan Ampivillion itu.

Inas memang menggila hendak beli belah sejak dua hari lalu. Namun pelawaan untuk pergi bersama Mat Rodhzi senantiasa ditolak. Tidak mengapalah, Inas bergerak berseorang dan berjanji bertemu seseorang disana nanti.

Pusat Operasi mendapati Inas Tatin sekali lagi menukar status fesbuk kepada: Inas Tatin thinks there is nothing wrong liplocking with a girl

“ Apa ni? “ tempik Mat Rodhzi. DLM mengesahkan itulah status terkini Inas Tatin lantas secepat kilat menerangkan pada Mat Rodhzi bahawa ini ada kena mengena dengan trend artis barat yang gemar mempamerkan watak seks sejenis mereka. Zuckry pula punyai pendapat yang pelik, berkata ini adalah cabaran dituju kepada ‘seseorang’ untuk menciumnya.

-Inas Tatin budak baik… takkan dia sendiri yang tulis?

+sabotaj? Kalau sabotaj, benda ni mesti dah ditukar…

-tak mungkin, takkan ada kawan Inas yang sabotaj profil fesbuk dia…

+ Ini cuma pernyataan umum. Pendapat peribadi. Sebab itu dia tulis ‘thinks’. Dia sudah fikir, tak semestinya dia buat.

-Jangan serabut kepala lah DLM, ini boleh jadi satu bentuk ‘flirting’. Bayangkan pernyataan dia ni dituju kepada lelaki macam kau. Inas Tatin menduga sesiapa untuk cium dia!

+Bukan! Bukan! Budaya lesbian sudah jadi trend. Kau tengok rata-rata artis jelita barat yang terkini semua bersemangat menampil imej seks sejenis mereka. Hatta, ini sudah menjadi ikutan Inas jua…

Ah! Pening pening! Mesej Inas sejak kebelakangan ini sukar untuk diduga. Sehinggakan DLM dan Zuckry menyimpang memikirkannya. Dalam lubuk hati Mat Rodhzi sedar segala kekusutan ini bakal terurai jika dia bercakap terus dengan Inas Tatin. Terangkan keadaan satu per satu. Masa sudah suntuk, tidak ada gunanya Mat Rodhzi berspekulasi Inas menjadi lesbian kerana pasrah.

Mat Rodhzi tegas mahu bercakap terus dengan Inas! Apa yang akan keluar dari bibirnya DLM dan Zuckry takkan boleh duga.

Kem Kak Yam pening tatkala tindakan Inas yang makin diluar tafsiran. Nara berbisik dengan Nurul bahawa tindakan Inas Tatin mahu pasang badan adalah sesuatu yang sia-sia dan terlambat. Mereka menganggap Mat Rodhzi akan melafaz cerai lebih awal. Dalam minggu itu jua, Boleh jadi dua tiga hari mendatang? Namun riak wajah Inas Tatin senantiasa gembira sejak kebelakangan ini amat membinggungkan.

I rasa baju yang Inas beli semua cantik-cantik… kita beli second hand lah, okey juga? “ terang Nara sinis menjentik akal Nurul  tatkala situasi meminta mereka menjadi lebih supportive terhadap Inas.

Kak Yam memperingat dirinya dan juga Nara dan Nurul agar mereka tidak menunjuk rasa jemu apabila Inas Tatin breakdown. Retreat mereka bakal adakan semata-mata memperlahankan impak, dalam bahasa omputihnya damage control, soal jiwa berkecai itu akan pasti berlaku.  Sudah pasti Inas akan bercerita tentang Mat Rodhzi dan betapa manisnya persahabatan mereka selama enam tahun sambung putus sambung putus. Jangan ada rasa jemu – jadi pendengar yang baik. Inas Tatin tu macam adik kita, tegas Kak Yam.

Nara berpendapat sebaliknya. Inas takkan bercerita pasal Mat Rodhzi dan segala sial musibah lelaki itu bawa. Sebaliknya Inas akan ambil masa dengan Jureen, rakan barunya. Jureen kerap ke bilik hostel. Entah apa yang diberitahu pak guard, tapi Jureen sentiasa terlepas bermalam di hostel. Inas-Jureen mereka seumpama adik beradik. Kini Nara sendiri dapat merasa Inas sudah kurang meluangkan masa bersama mereka.

Nurul amat bersetuju dengan Nara bahawa Inas gemar keluar dengan Jureen. Namun, itu tidak menjadikan alasan untuk mereka bermuram muka dengan Inas. Kak Yam sudah menegaskan agar mereka menjadi supportive. Nurul dan Nara dalam senyap-senyap syak ‘adik’ sudah bertukat orientasi meminati kaum sejenis. Namun, mereka mendiamkan diri sahaja takut Kak Yam melenting.

 

Nangis dalam selimut – 2 Hari Lagi

Orang yang berada di persimpangan mesti sudah biasa dengan konflik memilih antara dua. Antara dua nak pilih mana satu? Dan yang paling mengharap adalah dua calon itu. Tercetuslah cerita bawaan mulut yang sembahyang istiqarah harus dilaksanakan dalam keadaan buntu sebegitu.

Inas Tatin menangis kerana dia dapat sudah tertangkap bau bahawa dirinya salah satu dari dua pilihan. Tak ada benda yang paling mengharukan dari tersangkut dalam keadaan demikian. Lagi-lagilah benda itu memakan masa yang panjang.

I nak beritahu terang-terang, kalau u nak pilih antara dua, I tak kisah you pilih mana pun. Its your life and future

“ Tapi I lagi appreciate kalau you boleh pilih secepat mungkin… bukan sebab I gopoh… Bukan sebab I obsessed… tapi bila u ada dalam my position, benda macam ni memang sakit “

Excruciating pain demikian kata Inas Tatin suaranya berbaur sebak. Terang Inas Tatin, bagi mereka yang tidak dipilih, ada jangka masa yang panjang juga sebelum boleh ganjak dari takuk lama. Yang mahu memilih adalah orang paling gembira kerana pergi mana pun, pilihan itu adalah pilihan yang menjanjikan gembira.

Nara menyampaikan khabar berkenaan dia terdengar secara tidak sengaja kejadian Inas nangis bawah selimut pada Kak Yam. Bukan niat Nara untuk mengintip rakannya, namun Nara ada terasa perkara buruk akan berlaku terhadap Inas yang mampu memudaratkannya. Percayalah, apabila mudarat Inas, nescaya, tidak duduk senang kawan kawannya. Kebah Inas, terbatuk-batuk teman. Batuk Inas, tergigil-gigil teman.

Kak Yam berkira-kira kalau percutian mereka berempat boleh dipercepatkan, dia sanggup membayar apa jua caj tambahan dikenakan. Nara dan Nurul diberitahu untuk bersedia kalau Inas Tatin breakdown dan mengosongkan diari mereka demi untuk bersama Inas. Sekurang-kurangnya mereka harus mengosongkan diari selama sebulan demi Inas. Ketika insiden itu berlaku pukul 3 pagi, tak ada banyak perkara yang boleh dibuat.

“ Korang baik tidur… kita jumpa Inas esok pagi“ jelas Kak Yam, berdengus sikit menolak kahak liat dari laluan udara dikala malam yang sejuk.

Keesokan paginya dimana diisytiharkan cuti atas masalah tertentu, Kak Yam, Nara dan Nurul awal pagi lagi bergegas ke kamar Inas Tatin. Mereka seriau Inas menoreh lengan atau tak cukup makan atau terlebih menelan panadol. Sebaliknya, Inas ceria sambil mencuba pakaian yang baru dibelinya: “ cantik tak? Cantik tak? “

Jureen turut berada disitu dan mencuba pakaian yang dibeli Inas: “Korang tengok Jureen, dia pakai dress I beli semalam… pun sepadan kan? Kan? “ Inas menunjuk pada Jureen, dan anak dara itu meliut-liut tayang badan seperti seorang model memperagakan pakaian.

Nara dan Nurul angguk bersetuju. Kak Yam menelan air liur sahaja. Sudah tentu badannya yang gedebok itu tak mampu muat dalam pakaian Inas. Tapi Kak Yam bukan teringin akan pakaian Inas, tapi gusar dengan karenah Inas Tatin yang serba tidak tentu. Nara dan Kak Yam mohon beredar dari kamar hostel Inas. Nurul dijadikan mangsa untuk duduk dalam kamar demi mengelak Inas syak wasangka sesuatu jika mereka bertiga beredar serentak begitu saja.  

“ Kau pastikah malam semalam Jureen tak tidur sebilik dengan Inas Tatin” Kak Yam menyoal Nara.

“ Aku yakin, masa Inas nangis dalam selimut tu, dia bercakap melalui telefon bimbit, bukan dengan orang lain…” jelas Nara selaku saksi insiden nangis bawah selimut. Kini Kak Yam mula berfikir sealiran dengan mereka. Apakah Inas sudah berubah orientasi seksual?

“ Orang yang ubah orientasi ni takkan terang-terang tunjuk dia ada partner “ jelas Kak Yam

“ Senang saja kalau nak uji, cuba buat kawan dengan Jureen “ Nara berkata dengan muka nakal. “ Tengoklah kalau ada rasa cemburu “

“ Jangan cari maut “ terang-terangan Kak Yam tidak gemar apabila Inas dibuat kacau. Suara garau Kak Yam disusuli dengan dengus.

Hari penentuan

Sweetheart, hari ni hari kita… kita saja, nobody is going to bother us demikian bunyi mesej pertama yang terima Mat Rodhzi pada hari itu

Berpeluh belakang leher Mat Rodhzi. Rupa-rupanya masih ada rasa cinta terhadap Inas Tatin yang membuatkannya enggan melepaskan ikatan perhubungan mereka buat masa itu. Walaupun dia hidup selama enam tahun dalam kegersangan, tapi hati perasaan Mat Rodhzi tak pernah sedih ditemani Inas. Tak pernah lenggang mereka selama ini membuatkan hati Mat Rodhzi terhibur dan senantiasa terisi.

Hanya satu klik, status Mat Rodhzi akan bertukar kepada in a relationship disertakan dengan nama Anje. Satu perobahan corak hidup bakal jelas terlaksana mengekori keputusan itu. Segala jentera maklumat akan bercakap-cakap atau dalam bahasa omputih gossip bahawa Mat Rodhzi yang selalunya on-the-way untuk ke alam kasih sayang dengan Inas Tatin berubah angin dan memilih seorang gadis bernama Anje.

Klik! Dan terlaksana satu perubahan. Kini fesbuk Mat Rodhzi berada dalam keadaan suspend atau tidak aktif. Tiada siapa yang boleh menjenguk profilnya. Dia tahu, itulah kaedah terbaik sebelum keputusan mengheboh segala-galanya dilakukan. Mat Rodhzi tak mahu terburu. Dia sudah menyediakan satu set alasan untuk Anje jikalau kekasihnya itu mula menyoal tindakan itu. Ada banyak lagi cara nak hebah.

Dia menelefon Inas Tatin semalam dengan niat untuk bertemu pada hari ini. Untuk memberitahu bahawa sejak seminggu lepas, dia berkelakuan aneh atas sebab-sebab tertentu dan menanam janji bahawa keadaan akan pulih seperti sedia kala. Ayat itu sudah disusun. Mengajak gadis itu menonton wayang dan makan-makan dan berjalan di taman dan berkongsi cerita, semuanya sudah dirancang. Inas Tatin setuju dengan pelawaan itu.

Oleh kerana pelawaan dibuat dalam saat-saat akhir, Inas memberitahu bahawa janji temunya pada hari itu akan dihadiri oleh seorang lagi rakannya. Mat Rodhzi tidak kisah – asalkan Inas Tatin selesa sudah memadai.

Sampai sahaja di kompleks beli belah yang mahsyur lagi baharu itu, Mat Rodhzi berasa lega kerana disitulah Inas Tatin melambai-lambai padanya.Ya, mereka minum dan berbual di sebuah kafe menghadap jalan sampailah tiba tetamu ketiga pada hari itu. Seorang lelaki yang tinggi lampai, kulit putih gebu dan hidung tajam memacak. Matanya tidak pula kuyu.

“ Mat Rodhzi, inilah boyfriend saya…”

“Hai sayang”. Inas Tatin mendakap erat lelaki berkenaan. Tidak dikejap pula matanya apabila memberi dakapan, malah, tersenyum melihat Mat Rodhzi yang sudah muka merah menyala. Duduk lemah gemalai atas kerusi aluminum kafe. Termengah-mengah macam orang gopoh melahap.Makin lama mereka berdakapan, makin tajam renungan Inas pada Mat Rodhzi. Makin Mat Rodhzi rasa macam ditelan kerusi aluminium.

Hei…hei akulah Inas Tatin, Gadis yang kau sangka manja dan cantik. Gadis yang kau rasa bangga bila berjalan disebelahnya kerana dia anggun dan meragut perhatian lelaki lain. Hei…hei akulah Inas Tatin, jangan sangka dalam senyuman listrik kau boleh tolak aku macam buah catur kekiri-kekanan, habis madu sepah dibuang? Racun selama ini yang aku berikan!. Hei…hei… akulah Inas Tatin yang sentiasa betul meramal perlakuan lelaki, jangan katakan sepuluh hari aku tak dapat baca nawaitu kau hendak tolak aku ketepi dan lolos, sepuluh minggu lagi aku dah dapat baca. Mana aku dapat ilmu?. Adik beradik aku empat orang lelaki, setiap dari mereka aku perhati inci demi inci dan lelaki macam kau ni… hah! Mudahlah untuk diramal. Hei…hei… akulah Inas Tatin, perempuan yang kau terpinga-pinga mahu tiduri. Kerana muka aku yang comel ini dianggap makin comel semasa naik berahi. Oh! Bukan mudah tanpa sebarang ikatan. Silap-silap kau boleh angau mimpi basah disiang hari nak meniduri aku, mimpi itu terasa amat benarnya kerana betapa dahsyat kau mahu aku. Hairan, bila bangun kau bersetubuh berseorang, sedangkan aku entah dimana tidak terusik langsung. Hei… hei akulah Inas Tatin. Takkan ada ikan yang sama terkena mata kail dua kali. Memang aku separuh mati merana ditinggal lelaki terdahulu, tapi aku belajar dan sudah jadi matang. Berkali ganda lebih matang dari engkau. Hei…hei. Sejarah takkan berulang lagi. Dahulu aku berebut kau, sekarang aku pasang badan dan aku pula jadi rebutan

Dengupan jantung Mat Rodhzi bagai terlangkau tiga kali. Biji mata dan batang hidung terasa bagai hendak luruh dan ibu jari kaki terasa bagai digilis lori.

 

 

Posmortem

“ Macam mana kita boleh terlepas!! Macam mana aku tak boleh tahu yang Inas ada relationship dengan mamat bernama Rushdie ni? “ Mat Rodhzi memanggil semula DLM dan Zuckry ke Bilik Operasi.

“ Siapa Rushdie ni! Dapatkan aku maklumat pasal lelaki ini! Segera! “ tengking Mat Rodhzi yang sudah hilang pertimbangan. DLM menaip sesuatu pada telefon dan mengarahkan saluran maklumat memerah lebih maklumat. Zuckry sibuk menelefon kaki-kakinya untuk meneliti latar belakang hamba Tuhan itu. Mengapa? Dimana? Dan bila? Paling utama, siapa tukang informant Inas?

“ Kenapa Kak Yam tak serang aku!? Mana dia!? “ rungut Mat Rodhzi

“ Bertenang… bertenang… kita tak sesekali cari masalah dengan dia… eloklah kalau dia benar-benar tak cari masalah dengan kita “ terang Zuckry.

“ DLM! Tolong buat aku roadmap, bila aku boleh rampas semula Inas Tatin? “ Mat Rodhzi yang makin hilang arah itu menyerang DLM.

Soalan itu disambut dingin oleh DLM. Dia lantas menjawab: “ Kerja kami sudah selesai, bukan awal-awal dulu kau yang mahu campak Inas keluar dari ruang hidup kau tanpa menguris hatinya? “

“ Tidak! Aku bahagia dengan Inas! Hidup aku terurus bersama Inas! “ tempik Mat Rodhzi. DLM dan Zuckry beredar sambil menggeleng kepala.

 

“ Sekali penipu, selamanya penipu “ Kak Yam tahu pernyataan itu dibuat oleh Inas tapi silapnya juga kerana syak wasangka pada Mat Rodhzi. Pernyataan itu rupanya ditujukan kepada Aspalela kerana bersetongkol dengan Mat Rodhzi memberitahu kisah peribadi dirinya.

Kali pertama Aspalela menipu adalah menafikan bahawa dia mempunyai perasaan terhadap Mat Rodhzi. Sekaligus berlakunya perebutan.

Air dicincang takkan putus. Ikhlas pula tidak dimarahi Inas selepas membocorkan maklumat peribadi pada Mat Rodhzi. Ikhlas adalah abang kandung Inas, dan mereka berhubungan mesra seperti adik beradik. Ya, mereka pernah ka Pangkor, Perhentian mahupun Desaru bersama dengan keluarga tiri mereka. Ketika awal waktu Inas tahu bahawa dia seorang anak angkat, dia sungguh terkejut hingga terjadinya Insiden Pukul 3 pagi dimana Aspalela diberi panggilan mengejut. Hubungan Inas-Aspalela tidak tahan lama sejak masuk ke universiti, Kak Yam, Nara dan Nurul menjadi peneman baru.

Insiden Nangis dalam selimut malam itu menurut Nara rupanya perbualan Inas Tatin bersama Rushdie. Ya, Rushdie memang dalam persimpangan untuk memilih antara dua. Antara berkerja di persisir pantai sebagai jurutera petroleum atau tinggal di kota raya dan menjalin hubungan dengan Inas Tatin. Rushdie pernah ke persisir untuk melihat sendiri keadaan, hatta, membuatkan perhubungan Inas-Rushdie terhad kerana kawasan persisir itu diluar rangkuman perkhidmatan telefon bimbit. Beberapa hari di persisir, Rushdie membuat keputusan menolak tawaran.

Namun rezekinya murah apabila tidak lama kemudian mendapat tawaran di sebuah syarikat multinasional di Kota Raya. Jureen yang disangka menjalin hubungan sejenis dengan Inas adalah adik kepada Rushdie. Jureen berada bersama Inas untuk menjamin hubungan abangnya bersama Inas tidak berada dalam keadaan terjejas.

Hari Mat Rodhzi berjanji untuk menghebahkan hubungannya dengan Anje merupakan hari Inas meraikan hubungannya dengan Rushdie untuk bulan ke-4. Tepat pada sepuluh haribulan, sedangkan hubungan Mat Rodhzie-Anje baru menjangkau bulan ke-2.

Kak Yam, Nara dan Nurul mengakui, itulah kali pertama Inas Tatin memintas kebijaksanaan dan ramalan mereka. Mereka kagum dan mengakui kisah Inas Tatin adalah kisah yang bakal mereka ingat dan diturun dari mulut ke mulut tanpa rasa jemu.

“ Adik kita dah berubah “ kata Kak Yam sambil tersenyum.

Status terkini Inas: We Are on Our Way