0 com

Aku Seorang Videographer


Cerpen ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu, organisasi atau pertubuhan dahulu, kini dan selamanya


Tiap-tiap pagi aku bangun dengan fikiran positif tersemat dalam benak kepalaku. Walaupun ruang kepala ni berserabut dengan kerja dan pelbagai lagi hal ehwal dunia yang amat memenatkan, namun, aku tetap memberi ruang untuk perkara yang positif. Lagipun, sesiapa tak dapat elak masalah…


Semua orang kena buat kerja untuk cari makan… melainkan anak raja atau anak taukeh, golongan ini mahupun tak ada masalah nak fikir mencari sesuap makan minum, ada juga masalah tersendiri yang diluar pengetahuan kita. Pendek kata, Allah itu maha adil.


Aku dikira bertuah juga, bila bangun aku mampu menolak langsir, membuka tingkap dan merenggang kedua-dua tangah. Ah! Tuham masih lagi sayang kan ciptaanNya ini. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Nikmat penglihatan aku masih ada, nikmat hidu aku masih ada dan setiap otot dekat badan ni boleh dikembang kendurkan mengikut kemahuan aku. Alhamdulillah.


Bertuah juga aku bangun dan sempat membelek Facebook. Ada dikalangan mereka yang sebaya aku sekilas terpa ke tempat kerja lepas celik mata. Iyelah, kerja aku pun sebenarnya ikut profil perniagaan facebook juga. Pendek cerita aku ni seorang videographer yang menunggu kerja melalui facebook. Akulah taukeh untuk diri aku sendiri.


Ah… masuk saja Facebook, dalam profil perniagaan aku, tiada permintaan terkini untuk merakam video. Memang taim-taim sebegini bukanlah waktu orang bernikah berkahwin atau musim pilihanraya. Maka kuranglah job yang aku dapat. Mujurlah – orang tua selalu berkata rezeki itu senantiasa ada – lihat! Orang tua-tua tahu kekuasaan berfikiran positif, mengapa kita yang muda-muda ini agak sukar berbuat demikian? Aku terus mencari job, dimana juga ada event, ceramah politik, kenduri aqiqah atau hari keluarga; aku akan bertanya “ Anda memerlukan videographer? “


Aku log out facebook. Tak mengapa. Ada nombor telefon aku tinggalkan di laman bisnes Facebook perkhidmatan videographerku. Aku ke bilik khas apartmen aku yang menyimpan segala alat perakam video. Memang rutin seharian aku untuk membersihkan bilik itu dari sebarang habuk dan kekotoran. Alatan optik amat sensetif terhadap kekotoran dan kelembapan. Terlebih lembap adalah kulat yang tumbuh dan termasuk habuk, maka kaburlah video yang dirakam. Alatan optik ni bukan calang-calang murah – beribu juga harganya setiap satu. Maka aku menjaganya lebih dari diri aku sendiri.


Sedang khusyuk aku menggilap alatan optic, telefon bimbitku berbunyi. Bergegas aku menjawabnya


“ Hello, Raqib Videographer ka? “


“ Ya saya…. “ aku tersenyum disitu. Ya, teknik perniagaan yang berjaya adalah mengenakan senyum. Walaupun tiada klien yang ada didepan mata kepalaku.


You ada khidmat videographer “


Of koslah, kalau aku bakar roti – aku bubuhlah Raqib Bakery. Tapi ini Raqib Videography.


“ Ya, ada “ aku bergegas menghadap peti sejuk kerana ramai akan bertanya tariff harga perkhidmatan videographer aku. Caj yang dikenakan aku agak kompetitif lah juga. Kalau pelanggan kata mahal, maka aku akan menceritakan alatan optik yang aku ada dan kemampuannya untuk menambah impak video mereka berbanding video-video rakaman videographer lain.


You boleh buat outdoor ka? “ Tanya si pemanggil di hujung talian


“ Ya..bole” tercegat aku didepan peti sejuk itu – jelas klien aku ni tak mementingkan harga, mungkin dia memerlukan keperluan khas yang tidak ditawarkan videographer lain.


“ Saya pernah buat banyak outdoor shooting – hari keluarga, outdoor wedding, ceramah politik, konsert, gig…bla..bla..bla” , namun pernyataan aku dipotong pendek “ dalam hutan boleh ka? “


“ hutan? – hutan mana? “ maka terlintas dalam kepala aku video ini untuk dokumentari binatang atau mengikut perjalanan seorang pemburu memburu. Ya! Aku ada alatannya. Kamera aku mampu zum anak gajah yang bergelumang dalam lumpur sejauh 300meter atau kijang yang berlari pantas selepas mendengar dentuman senapang peluru tabur.


“ Agak fizikal sikit mau masuk hutan ni… bole ka? “ Tanya klien ini bagai tidak mempercayai kemampuanku


“ Okei saja… tapi hutan mana? “ selepas disiasat punya siasat - aku bulat-bulat menolak permintaan bakal klien ini. Rupanya dia mahukan aku masuk ke Hutan yang terkenal sebagai lubuk maksiat itu. Bukan untuk berskodeng dengan alatan optik aku, tapi dia mahukan perkhidmatan videographer aku digunakan untuk menghasilkan video pornografi. Habuannya banyak, pancingnya lagi pelakonnya dari Jepun, Filipina dan Hong Kong boleh juga aku makan, tapi, hish! bukan mudah moral aku ni untuk dikorup.


Aku meneruskan rutin aku menyusun dan membersihkan alatan optik – kali ini telefon berdering lagi.


“ Hello, Raqib Videographer? “


“ Ya Saya…” perbualan itu bermulah satu rentak baharu dalam karier videographer aku. Sepasang suami isteri yang baru bernikah tiga bulan inginkan aku menjadi videographer untuk merekodkan aktiviti sehari dalam kehidupan mereka. Bukan di dalam rumah, tapi diluar rumah. Lebih spesifik; di funfair.


Funfair? Ya… funfair


Aku terus memanggil rakanku yang lain. Bawang dan Timun. Aku menerangkan pada mereka situasi tugas kami dan mereka bersetuju walaupun banyak soal dan kerunsingan. Pasangan ini agak perfeksionis dalam hasil video yang mereka mahukan, maka mereka mengajak ke rumah mereka di satu kawasan perumahan orang-orang berada.


Kami bertiga bergerak dengan Nissan Serena yang tertera logo Raqib Videography di cermin belakangnya (sekaligus memberi exposure perniagaan percuma di jalanraya ).


Disana aku disambut oleh pasangan berkenaan. Kami bertiga sebaris duduk diatas sofa yang boleh memuatkan enam orang. Pasangan itu mengeluarkan computer riba dan memainkan video “ Ini video rakan kami di Australia – menceritakan seharian mereka di pasar basah “


Rakaman video itu ditonton dengan khusyuk oleh kami bertiga. Kehilatan sepasang kekasih/suami-isteri sedang berlegar di sebuah pasar basah membelek sayur – sudut video itu menunjukkan videographer mengekori rapat dari belakang. Babak kedua kelihatan pasangan itu memilih ikan dan mencium buah-buahan. Sekali sekala, pasangan ini akan melawak dan bergurau sama sendiri. Mereka akan bertengkar sama ada tomato hijau atau tomato merah yang patut dibeli. Mereka akan bertanya patut ikan yang dibeli mereka dipotong dua atau tiga bahagian dan babak terakhir, sesudah selesai meronda seluruh pasar mereka duduk di satu tempat duduk konkrit sambil mengunyah buah yang mereka beli di pasar tadi. Sekali lagi mereka akan bergurau senda – memiccit-micit hidung pasangan dan mencuri makan buah-buahan yang digenggam pasangan mereka.


Sebaik video berkenaan tamat, Isteri klien lantas bangun dan berkata: “ tema video kami ni life: unscripted


Kami bertiga mengubah pandangan dari skrin computer kepada isteri klien yang lincah kecil molek itu “ kami mahu dia spontan dan paling penting, nampak fun


“ Encik Raqib boleh bagi effect lomo sikit tak dalam video kami? Effect Bokeh? Effect yang boleh membuat bakal anak-anak kami tahu semangat zaman ini? Bahasa German dipanggil zeitgiest “ terang suaminya pula. Wah! Bukan calang-calang pengetahuan klien aku nih, jelaslah dia mempunyai citarasa yang tinggi. Nasib baiklah aku graduan university Somewhere Oversea. Aku mampu menurut citarasanya.


Aku meyakinkan klien yang kami mempunyai peralatan yang ternama dan terbaik. Riak wajah klien aku makin bersemangat – isteri klien yang lincah berbadan kecil makin terinjut-hinjut atas sofa empuk itu. Sekejap melihat suaminya dan menepuk-nepuk lengan suaminya. Kemudian perbualan kami beralih kepada nada yang lebih serius.


Soal harga adalah sesuatu yang amat sulit untuk dibincangkan oleh setiap usahawan muda seperti aku. Soal harga ini akan mengelamun diriku sampai tidur nanti. Kalau tinggi sangat, terasa kejam pula pada klien dan kalau rendah sangat, alamat tiada satu sen selepas ditolak kos duit minyak dan alatan optik .


“ Tidak mengapalah Encik Raqib… kami mahukan kualiti yang baik. Kami hendak masukkan video ini dalam youtube dan memberi mesej pada rakan-rakan kami yang kami ini bahagia, gembira dan ceria bersama – bila orang puji video kami, kami tahu itulah yang terbaik dari hasil tangan Encik Raqib “ terang suaminya. Lantas isterinya menyampuk “ fun-lah ayang, bukan ceria “


Masa ditetapkan dan lokasi sudah ditentukan. Projek Life:Unscripted menjadi fokus utamaku waktu ini. Klien itu meletakkan deposit yang amat tinggi hingga mengalahkan deposit syarikat rakaman artis reality yang ciput tapi mahukan klip video artis mereka mengalahkan Kanye West atau artis seantaranya.


Aku, Timun dan Bawang sampai awal di tapak funfair. Semua peralatan sudah bersedia dan pasangan klien kami cuma harus berjalan masuk ke funfair. Ada beberapa mata yang memandang kami, hairan dan meneka apa jenis rakaman yang hendak dilakukan di tapak funfair yang makin kurang nilai popularity dan komersialnya.


“ Korang ni dari TV Tige ke? “ Tanya seorang brader yang menjaga ruang letak kenderaan funfair berkenaan. “ Tak, kami ni videographer “, mata kami liar memandang ke setiap penjuru alam; manakan tahunya datang klien kami dengan muka mencemik menunggu lama. Rosak juga video bertajuk Life: Unscripted ni.


Tidak lama kemudian datang mereka berdua. Bergenggaman tangan. Kami sibuk menggalas perlatan kerana dalam video yang serba spontan dan natural ini, klien kami tidak akan mengenakan make-up seperti video perkahwinan atau ucapan.


Suaminya bertanya adakah kami bersedia, akupun memberi taklimat kepadanya. Tim videographer aku akan menggunakan tiga buah kamera. Aku akan meneliti berbuatan mereka. Timun akan zum kepada wajah kekasih ini manakala Bawang akan merakam keadaan persekitaran funfair dan orang ramai. Semua video ini akan di compose dalam satu video yang mereka mahukan. Pasangan ini ditegah melihat kamera, untuk berbuat demikian kami akan sentiasa diluar rangkuman penglihatan mereka. Jikalau kami terpaksa berdiri dihadapan mereka, kami akan bijak menyelit diri kami dikalangan orang ramai disitu. Aku akan menunjukkan isyarat tangan apabila sudah bersedia. Jika ada masalah pun, kami ada isyarat tertentu.


Klien kami faham dengan taklimat itu. Sesi rakaman video pun bermula. Di tapak funfair itu, pasangan itu mula-mula menaiki merry-go-round. Aku merakam dengan teliti saat mereka memberi tiket, beratur dan sibuk mencari kuda agar berdekatan sesama sendiri. Timun merakam riak wajah mereka manakala Bawang berada sedikit jauh merakam atmosfera keriangan yang ada di tapak funfair berkenaan. Semuanya berjalan lancar, walaupun ada segelintir budak-budak yang menenung kebingungan dengan kehadiran kami. Namun kami cool saja – ini tempat awam, perkara berkeaan sukan untuk dielak.


Kemudian pasangan ini – sambil mabuk dalam keriangan – menerpa pada booth memanah. Disini aksi lebih romatik pasangan ini dapat dilihat. Seperti dalam filem Hollywood, si-suami memegang pinggul si-isteri yang ramping itu (al-maklum belum pernah berbadan dua ) dan membisik sesuatu pada telinganya – si-isteri ketawa terkekek-kekek sebelum busur dilepaskan. Mujur terkena pada target, maka seekor teddy bear diberikan kepada mereka sebagai habuan. Pasangan itu melihat sesama sendiri dan tersenyum mengenangkan nasib baik mereka.


Timun tersenyum pada aku. Aku lantas menunjukkan isyarat agar tidak melakukan perkara bodoh yang boleh menyinggung perasaan klien. Jelas aku pun ada rasa loya anak tekak tengok pasangan ni mesra menggomol batang hidung dan dahi, tapi itu belakang cerita. Waktu ini, perlu dedicated pada tugas.


Kini mereka menuju ke Ferris Wheel. Disini, Timun dan Bawang merakam dari tapak, manakala aku akan mengikut pasangan ini menaiki tramp bersama mereka kerana setiap unit tramp itu hanya dapat menmpung empat penumpang. Timun melawak dengan aku “ hey.. kalau dia orang cium mulut atas tramp tu kau jangan muntah pulak… “


Hish. Sungguh celupar mulut Timun ni. Kalau klien terdengar, lantas berang mereka. Aku cuma berharap klien kami tahu batas-batas perhubungan mereka selaku suami isteri terutamanya dengan kehadiran aku sebagai videographer Melayu dan tempat awam seperti funfair ini.


Memasuki tramp itu, nescaya ruangnya agak sempit. Terasa kamera aku ni bagai bazooka yang ditala tepat kepada wajah pasangan klien aku. Namun pasangan ini tidak kisah dan pandai pula mereka menganggap diri aku tidak wujud. Sah, mereka ni punyai bakat berlakon. Ini membuatkan kerja aku makin mudah dan pantas.


Bila tramp kami mencapai tahap tertinggi dimana panoramanya cantik dengan keseluruhan funfair boleh disaksikan –sesuatu yang tidak diduga berlaku. Pasangan itu melakukannya, seperti Timun meramalkan – bibirku kejap tertutup dan biji mata itu rapat pada corong focus kamera. Dalam hatiku berbisik “ ini bakal berakhir dengan pantas…. ini bakal berakhir dengan pantas….. ini bakal berakhir dengan pantas “


Sampai kakiku menjejak di tanah, aku menarik nafas panjang. Mujur tuhan tidak menurunkan panah dan memanah hangus tramp kami. Timun mendekati aku dan bertanya “ ada scene menarik tak? “


Setelah letih bergurau senda dan menyondol sana sini, pasangan muda ini pergi membeli cotton candy. Mereka masih mabuk dalam keriangan, ketawa dan tak habis habis ketawa. Aku, timun dan Bawang tetap merakam adengan mereka sebaik mungkin kerana silap satu bahagian, maka rosaklah seluruh video kami. Jelaslah, aku tidak boleh mengarah pasangan muda ini mengulang babak mereka. Ini bukan iklan atau video klip – semuanya hanya sekali gu. Terngiang-ngiang apa yang disebut isteri klien “Life: Unscripted


Si-Isteri mula menyuap cotton candy pada si-suami, diikuti dengan adengan suap menyuap. Kemudian si-isteri galak mengigit jari suaminya yang ikhlas menyuap cotton candy dan terbeliak mata suami menahan sakit. Kemudian mereka diam sedetik dan ketawa terbahak-bahak. Bagus, semua ini dirakam dengan baik. Aku dapat merasakan ini adalah hasil kerja aku yang terbaik setakat ini. Job ini bakal melonjakkan kerier videographer aku ke tahap yang lebih fantastik.


Kemudian mereka menerpa kepada booth persembahan, dimana ada persembahan haiwan kecil dan beberapa bapok yang mengecat badan mereka dengan warna pelik-pelik dilimpahkan pula dengan sinaran UV. Kali ini tugas Timun pula kerana adengan ini memerlukan focus kepada riak wajah mereka. Datang babak ngeri, si-isteri memeluk rapat, mencari tempat menyorok diatas dada si-suami. Datang babak saspens pun si-isteri mencari ketiak suami untuk dihidu rapat-rapat. Datang babak humor masing masing ketawa berdekah-dekah.


Akhir sekali, pasangan ini membeli kebab untuk melapik perut yang lapar. Matahari makin meluruh kearah barat dan mereka mahu pulang. Namun tugas kami belum selesai sehinggalah mereka memasuki kenderaan mereka. Si-suami mengambil keputusan untuk menikmati kebab sambil menyaksikan matahari terus melabuh di ufuk barat. Aku tak boleh mengarah mereka agar balik awal. Selagi mereka ditapak funfair, selagi itu aku dan tim harus merakam perbuatan mereka. Itu adalah perjanjian kami.


Sebaik klien kami masuk kedalam BMW X1 dan beredar dari tapak funfair, disitu tugas kami berakhir. Aku mengarahkan Bawang dan Timun menghalakan kamera kepada cahaya funfair sebelum menutup rakaman untuk beberapa saat. 3….2…..1…. Cut! Dan berakhirlah rakaman pada hari berkenaan. Jumlah rakaman kami bertiga mencecah 4jam. Selepas dipotong dan diedit sana-sini, video itu bakal tinggal 45minit. Kalau shot kurang baik 30minit boleh jadi, malah 15minit? Aku cuba melakukan yang terbaik.


Kami mengemas alatan dan pulang ke kediaman/pejabat aku. Tanpa berlengah aku memindahkan fail video kedalam komputer aku dibawah folder bernama “Life: Unscripted “. Gentar jikalau komputer aku dipanah petir atau dikebas makhluk Tuhan yang tak takut hukuman akhirat, aku menyimpan fail back-up dalam external harddisk yang aku sorokkan bawah bantal semasa tidur. Aku berterima kasih dengan Bawang dan Timun – seminggu lepas itu, aku bergegas menyusun dan mengemaskan video itu sebelum menunjukkan pada klien yang tidak sabar menunggu.


Pada hari tersebut, aku bersama Timun dan Bawang membawa diri dan menunjukkan hasil kerja kami kepada pasangan ini. Aku ternyata gemuruh dan berdebar tapi dari penilaian awal ( Bawang, Timun dan juga segelintir rakan karib yang aku bagi lihat video itu sebagai pengkritik bebas), rasanya amat memenuhi citarasa. Masuk sahaja thumbdrive aku dalam komputer riba klien aku, aku berdoa agar tiada apa-apa yang menghalang presentation aku pada hari itu. Video mula dimainkan, pasangan klien kami duduk sambil mengenggam erat tangan mereka - mereka bakal melihat diri mereka beraksi seharian di funfair.


“ Jangan risau, anda semua berbakat didepan kamera “ aku mengesyorkan mereka padahal aku masih terkial-kial tak tahu respons yang bakal mereka berikan. Apa-apapun, stay positive.


Tamat sahaja video 20minit berjudul Life:Unscripted , mereka tersenyum dan ternyata gembira dengan hasil kerjaku. Aku pun lega, tak kurang juga Timun dan Bawang duduk sebaris atas sofa yang mampu menampung enam orang itu. Ada video khas 15 minit untuk dimasukkan dalam YouTube. Aku meminta kebenaran dari pasangan itu untuk meletakkan video ini dalam profil perniagaan aku. Ternyata mereka lebih gembira dan mengesyorkan aku berbuat demikian.


Pasangan itu turut mengatakan “ Kami mungkin akan buat video seumpama ini setiap 10 tahun --- sampai tuhan menarik nyawa salah satu dari kami”


Sungguh dahsyat dan makan dalam ayat itu. Aku hampir menangis tapi ego lelakiku gah berdiri kukuh dihadapan Timun dan Bawang.


Jelaslah itu hasil tangan terbaik dalam karier videographer ku. Aku teramat gembira dan mengajak Timun dan Bawang untuk makan seafood. Aku suruh mereka membawa kekasih mereka juga kerana aku gembira dan mahu berkongsi kejayaan ini dengan mereka. Laman perniagaan aku dikeremuni ramai orang yang mahukan perjalanan hidup mereka direkodkan seperti itu. Ramai memberikan komen positif terhadap video berkenaan.


Semenjak itu job tidak pernah putus-putus. Makin ramai yang memerlukan perkhidmatan videography. Tidak kisahlah, dari kelahiran anak sulung mereka kepada upacara graduasi, dimana ada detik penting, disitu Raqib Videography datang untuk merakam setiap inci dari saat itu. Aku terpaksa mengambil pekerja tambahan; Lobak dan Petai. Menjadikan jumlah tenaga kerja kepada lima. Alhamdulillah, rezeki itu sentiasa ada.


Genap setahun selepas kejayaan Life:Unscripted, aku bercita-cita memburu kejayaan yang lebih besar. Yang lebih banyak komen positive (puji-pujian lah). Yang lebih bilangan ‘like’ di Facebook. Yang lebih ‘views’ di YouTube. Makin ramai videographer yang meniru konsep aku dan aku mencari sesuatu yang boleh melonjakkan diri aku jauh dari videographer yang makin bercambah di pasaran kini.


Namun, beberapa kejadian yang tidak diingini berlaku di minggu berkenaan. Aku menerima panggilan, aku disuruh untuk menanggalkan video ‘Life:Unscripted’ dari laman bisnes aku. Aku berkata aku sudah mendapat kebenaran lisan dari lidah pasangan yang ada dalam klip video berkenaan; kenapa pula aku harus menanggalkan video itu?


Terangnya pasangan dalam video berkenaan kini sudah tidak bersama lagi. Aku terkezut. Aku bertanya siapakah diri orang itu yang berani mengarahkan sebegitu rupa? Dia adalah lelaki baru yang menjalinkan hubungan dengan gadis dalam video Life:Unscripted. Kini, gadis kecil molek dan lincah itu sudah bercerai. Katanya lagi, dia mempunyai waktu sukar untuk membina hidup baru dengan gadis itu atas sebab-sebab kewujudan video berkenaan.


Apa!? Aku terkaku. Seperti biasa aku berdiri depan peti sejuk kerana panggilan sebegitu dijangkakan klien yang mempunyai job baru.


Lelaki itu merupakan seorang peguam dan entah bagaimana dalam buku undang-undang tok nenek mana, dia mahukan aku menyain surat hitam putih dimana aku wajib delete segala video berkaitan Life:Unscripted atas sebab-sebab tekanan emosi yang dialami pasangannya itu. Sial! Aku menumpahkan segala tenaga dan usaha aku untuk suatu karya yang hebat lagi agung – tiba-tiba malaun ini datang dan menyuruh aku memadam segala bit memori seolah-olah ia tidak wujud di muka bumi. Mana bolei!


Well… this is law brother… kalau tak puas hati, jom kita masuk berdebat di mahkamah”


Lantas aku menceritakan hal ini kepada Timun dan Bawang, mereka jua sedih berbaur marah dengan perkembangan ini. Namun, untuk mengelak kekusutan lagi, aku selaku pemilik Raqib Videographer bersetuju menyain surat perjanjian hitam-putih dimana video “Life:Unscipted” diakui sebagai harta peribadi dan aku tidak boleh menyimpannya sesuka hati.


“ Kita cari kejayaan yang lain “ terang Timun sebaik memerhati aku yang bad mood dengan keputusan terdesak yang harus dibuat dalam saat-saat karier aku melonjak naik. Masalahnya orang tua-tua berkata rezeki selalu ada – tapi berjaya itu apakah akan mencecah tahap itu?


Aku lantas mengambil cuti seminggu. Selepas itu aku didekati sepasang kekasih yang mahukan hidup seharian mereka dirakam dan di compose sumpama Life:Unscripted. Dengan mudah aku bertanya untuk siapa video ini dibuat? Mereka menjawab: “Kami mahu buat video ni untuk rakan-rakan kami tengok dalam YouTube. Kami mahu rakan-rakan kami bagi komen baik-baik ikut Facebook dan ‘like’ – lagi banyak like, lagi bagus. Kami mahu orang nampak kami ceria, happening dan gembira “


Dalam hidup aku tak pernah berpetah dengan klien sebegini, tapi hari ini aku memberanikan diri “Jangan jadi bahlul boleh tak? Kegembiraan, Keceriaan dan Ke-happening anda berdua ni boleh simpan dalam hati tak daripada nak menayang pada dunia? Kenapa? Kalau tak ada Facebook dan Youtube, korang tak mampu jadi happening, ceria dan gembira? Bodoh apa yang melanda diri korang ni? Apa jenis kepuasan yang korang dapat bila ramai orang komen dan like video korang dalam Facebook dan Youtube? “


“ Gembiralah,… sebab ramai orang tengok dan komen…. “ jawab sang isteri


“ Itu saja? Berpura-pura gembira semata-mata dapat publisiti? Buat video cantik-cantik sebab nak tunggu orang puji menjuah-juah? Macam hidup korang berdua ni showcase demi mata orang untuk tenung dan appreciate? Appreciate diri sendiri dulu oi… priority hidup korang ni silap“


“ Eh, jom blah… orang mahu beri rezeki, dia menolak dengan kurang ajar… jom, ada videographer yang bercambah dalam dunia ni yang nak buat kemahuan kami “ gertak sang suami


“ Kemahuan orang muda-mudi , akal pendek, fikiran cetek“

2 com

2008-2010: Dua Tahun Menulis Cerpen


Dua tahun menulis cerpen dan saya tidak memperoleh satu sen, memenangi sebiji hadiah mahupun dikurniakan sebutir anugerah pun. Tapi memang begitulah kerenah orang menulis ni – kadang kala kita menulis untuk melepaskan apa yang tersemat dalam benak kepala saja. Tambahan pula apabila saya bercakap bukan ada orang pasang telinga – bila anda berada dalam situasi sebegini, apa anda patut lakukan? Menulis sesungguhnya cara yang terbaik.


Kurang bercakap pun adalah satu rahmat. Silence is Golden bak pepatah mat salleh. Biarlah kita sombong. Seburuk buruk sombong itu bila bercakap lagi terpampang kelemahan kita.


Bukanlah saya mencari makan dengan menulis ni, apakah sangat gaya penulisan saya yang lemah dan tatabahasa berterabur. Mesej saya pun bukanlah positif sangat, banyak cerpen saya bertemakan ‘penceraian’ – borak barik bercerai. Kalau tidak bercerai, meninggal. Tapi lumrah kehidupan memang begitu, tidak ada apa yang kekal.



Untuk rekod inilah hasil nukilan sepanjang dua tahun menulis cerpen:-



*Tahun Pertama


- Kapkek (Oktober 08)

- Kapsul (November 08)

- Bicara Ibu Dengan Anak (Januari 09)

- Legasi Bekas-Bekas Kekasih ( Mac 09)

- Undi 10,5,1 (April 09)

- Inas Tatin ( Julai 09)

- Perang di Pintu Sebelah ( Ogos 09)

- Bikin Kuota (September 09)



*Tahun Kedua


- REALIS ( Oktober 09)

- Orang Lawa ( Disember 09)

- Serbuk Kuning ( Disember 09)

- Tiga Serangkai ( Disember 09 )

- Kelabu Asap ( Januari 10)

- Diaspora ( Januari 10)

- A.K.H.R (Febuari 10)

- Hanyir ( Mac 10)

- Haji Illuminati ( Ogos 10)




8 Oktober ini sempena tahun ketiga saya dok merepek dalam laman blog ‘smalltalk’ ini, saya akan meletak entri baru berjudul ‘Aku Seorang Videographer’. Diharapkan semua yang sering melawat blog ini akan terus membaca dan memberi feedback dan kepada yang baru melawat- sila datang lagi. Terima Kasih . Saya akan terus menulis selagi ada kelapangan:D