Apabila Maut Menjemput
Apabila maut menjemput kita,Teringatlah bahawa Uztaz sendiri pernah berkata tidur itu separuh dari mati,
Terjaga kita, ucap Alhamdulillah syukur pada ilahi,
Sedarlah, maut menjemput itu tanpa bisik atau berkata-kata
Dalam hati sambil mengaku hamba tuhan, disebalik mengaku hidup ini kejam
Apa malu kita mengaku bersorang tanpa sahabat?
Apa hina kita hidup tidak ramai teman?
Ayah sendiri pernah berkata tidur itu separuh dari mati,
Apa kita tidur serentak dengan teman dan rakan yang ikat mati tali persahabatan?
Apa kita jaga buka mata dikala pagi serentak dengan sahabat karib itu?
Tahulah, waktu dalam kubur itu berseorang kita tanpa riuh randah hidup
Setiap detik alam kubur lagi panjang dari detik di dunia
Dan setiap detik di dunia pun aku puas berkawan dengan sunyi
Ada mulut yang berkata aku berkawan dengan syaitan
Lantaklah, sunyi itu tak pernah menikam belakang aku,
Dimana aku berada disitulah dia, makan, minum, berjalan dan duduk
Dulu waktu muda, aku buat tak endah, gemar saja kawan ada sekeliling
Itu dulu, maafkan aku sunyi aku takkan berasa malu lagi
Datangnya maut untuk menjemput, aku gembira
Puas aku sunyi di dunia, kulit sudah tebal dan hati sudah tawar,
Gembiranya bukan kerana siksa aku hidup sunyi dan maut itu jalan keluar,
Maut itu janji tuhan, dan gembiralah aku kerana tuhan melaksanakan janjinya
Bukti Dia wujud, sepertimana janjinya kepada yang telah pergi terdahulu.
Sepertimana yang aku pernah bisik pada darah daging aku sendiri.
Al-fatihah, Tok Njang, Bedong, Kedah. 11Jun 2009
0 comments:
Post a Comment