Selamat Datang ke Smalltalk
Kepada saudara dan saudari yang baru sampai di Smalltalk, disini adalah sinopsis semua cerpen saya yang dimuatkan sepanjang Oktober 2008 hingga Ogos 2009. Cerpen berkenaan boleh diakses dengan mengklik pada tajuk.Perang di Pintu Sebelah - 2 Ogos 2009 ( 3848pp )
Cerpen mengisahkan tentang seorang ayah mahu melihat susun alur keluarganya keluar dari takuk lama yang amat terkongkong dengan ketetapan pentadbir. Manisnya rasa menjadi Melayu yang liberal dan pahitnya harga untuk menjadi liberal.
Inas Tatin – 14 dan 17Julai 2009 ( 9195pp )
Cerpen tentang Mat Rodhzi yang sekian lama intim, mesra dan rapat dengan seorang gadis bernama Inas Tatin. Tidak tahulah pula Inas ini bergelar kekasih atau kawan dalam hidupnya.
Enam tahun lamanya sebelum serabut kepala mula melanda apabila Anje meminta hubungan Mat Rodhzi itu dihebahkan kepada sejenak alam. Mat Rodhzi bertungkus mencari jalan terbaik untuk meloloskan diri kerana Inas Tatin yang dikenalinya adalah seorang yang sensetif, pelembut dan mempunyai ramai rakan yang bakal menyebelahi gadis itu.
Undi 10,5,1 – 12April 2009 ( 4251pp )
Sarbina adalah anak emas yang tak lepas dari duit raya empat digit, sanding saudara-mara keturunannya diadakan di hotel, pak-cik mak-ciknya golongan datuk-datin, uncle-auntienya warga korporat multinasional elit yang menghiasi majlis sosial dan saudara-mara pula giat dalam industri glamor yang melibatkan orang-orang atasan.
Neno pula budak kampung bersuara lunak yang merasa duit apabila diundang ke majlis kahwin bawah pokok ceri. Bapanya seorang ambil upah mengupas kelapa dan abangnya seorang clerk bawahan dicelah-celah kota raya.
Bila Neno dan Sarbina berentap dalam uji bakat nyanyian dan Undi ditetapkan dalam nilai 10,5 dan 1, siapa yang ‘mampu’ menang?
Legasi Bekas-Bekas Kekasih – 17Mac 2009 ( 2327pp )
Cerpen mengisahkan seorang lelaki yang gemar bertukar-tukar kekasih, dan pengalaman yang dipelajari dari tiap-tiap bekas kekasih boleh menjadi satu tabiat. Kadang-kadang apa yang ditinggalkan bekas kekasih boleh mengundang padah juga.
Bicara Ibu Dengan Anak – 4Januari 2009 ( 1624pp )
Cerpen tentang anak yang diajukan tentang soal perubahan imej yang mahu dilakukan oleh seorang Ibu. Anak pula tidak bersetuju walaupun arus masa dan orang sekeliling ibunya mendorong kepada keperluan perubahan dan menuntut kepada keterbukaan fikiran.
Kapsul – 5November 2008 ( 1873pp )
Seorang professor biokimia berjaya menemui sejenis ubat yang dijamah dalam bentuk kapsul agar mereka yang murung, terkena strok atau stress boleh tersenyum semula. Namun Prof mendapati orang terlampau riak apabila mendapat nikmat senyum dan melabelkan orang yang yang tak mampu tersenyum sebagai loser, sekaligus membuat jurang darjat. Prof kemudian menjadi ‘buruk siku’
Kapkek – 16Oktober 2008 ( 2067pp )
Cerpen tentang kisah Isla mempunyai satu obsesi mendalam terhadap cupcake. Dan percubaannya pertama kali untuk membuat cupcake harus dihebahkan ke serata dunia. Namun, apa yang diimpikan tidak kesampaian. Ini kerana, ayah tercinta, Encik Torab ada perkara lain yang lebih dikejar.
Demikianlah diatas adalah sinopsis cerpen-cerpen yang saya muatkan dalam Smalltalk setakat ini. Insyallah saya berterusan mengusahakan cerpen terbaru untuk dimuatkan. Sebarang komen, kritik dan sumbang saran amat dialu alukan. Terima kasih dan selamat membaca.
0 comments:
Post a Comment