Penulis Kegemaran Saya
Sasterawan Kelapan Negara, SN Abdullah Hussein adalah penulis idola saya. Beliau selalu menyamakan penulisan ini seperti seorang anak. Terbitnya satu karya penulisan itu, beliau menyarankan penulis berasa happy seperti mendapat anak baru. Tapi, tak bolehlah kita hentam keromo nak happy sebab sebelum kita menulis, Pak Lah menasihati kita untuk mengumpul dan mematangkan idea dalam benak kepala (bak kata mat salleh;incubation period ).
Idea yang tak cukup matang, tapi tersiar juga, samalah seperti bayi keluar tak cukup bulan (pre-mature birth) maka hendaklah baby itu diletakkan dalam incubation chamber ( kebuk dibuat dari cermin disinari warna merah dengan suhu dan oksigen dikawal agar menyerupai keadaan seperti dalam rahim ibu). Tapi bagi penulis, apabila idea mereka ‘lahir tak cukup matang’ mereka perlu mengambil sedikit masa dan berfikir sebentar.
Pak Lah ni seorang yang berpengalaman luas. Belian pernah menulis untuk kempen propaganda Jepun, pernah menjadi spy agent (ala-Jins Samsudin dalam Jefri Zain) dan ketua polis di sebuah daerah di Indonesia, ditawan dan ditahan dan menetap di Hong Kong. Selamat dikatakan, fiil manusia di nusantara ni Pak Lah pernah saksikan dan dizahir dalam penulisan beliau. Adik beradik Pak Lah juga agak terkenal dalam pelbagai cabang seni (kecuali seni mempertahankan diri).
Karya Pak Lah yang saya pernah baca adalah novel berjudul 'Imam'. Novel ini ditulis pada 1992 memenangi Hadiah Sastera Malaysia 94/95 tapi saya membacanya pada 2002. Ini adalah antara novel Melayu yang paling tebal saya pernah baca dari kulit ke kulit. Mengisahkan tentang watak Imam Mihad yang ingin membawa perubahan dalam institusi masjid di kampong kelahirannya tapi mendapat tentangan yang maha dahsyat dari Haji Syamsuri dan konco-konco orang lamanya. Pengakhirannya begitu tragik.
Sehingga kini, SN Pak Lah sudah berumur 89tahun. Agar Allah memanjangkan umur sasterawan ini dan menajamkan akal, menambah kudrat beliau untuk terus menulis.
Demikianlah serba sedikit tentang SN Abdullah Hussein. Untuk yang berminat membaca serba banyak, sila lawat link berikut:-
http://www.kakiseni.com/articles/columns/MTA5Ng.html
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1413
1 comments:
oh i baru baca psal buku interlok dkat the star td..
Post a Comment