Kelabu Asap
Kelahiran Hanum membawa rahmat dan kegembiraan kepada Nur Fatanah dan Yahyazit. Tiap-tiap petang sebaik balik dari sehari suntuk berkerja, Yahyazit akan baring bersama anaknya yang terlentang atas tikar berlapikan tilam dan mencuit cuit pipi gebu Hanum, menolak-nolak lengan berisi Hanum dan menepuk-nepuk perut Hanum yang debab. Yahazit tanpa menanggalkan tali leher mula menggunakan bucu tali leher untuk mengusik Hanum, namun Hanum tidak nampak kekok bersama bapanya. Agaknya dia cepat mengenali bapanya. Datangnya Hanum, Yahyazit seolah tidak ada sifat amarah. Hilang entah kemana, walau apa jua tok nenek kelam kelibut yang dialami di pejabat siang suntuk, Yahyazit akan tenang sebaik melihat Hanum.
“ Ya Allah, anak kita tu merah lagi… Ayahnya dah buat macam kawan-kawan” kata Fatanah yang lantas bangkit dari tidur. Fatanah mengaku dia tidak pernah cukup tidur.Tiap-tiap malam, Fatanah waktu tidur tak pernah sempurna bertungkus lumus melayan karenah anak pertama. Selesai mengikat rambut yang menggerabai, Fatanah pun mencuit pipi gebu anak kecilnya sambil bersuara kecil: “Anum nak minum susu? “
Mata Hanum yang bulat itu menerpa pada siling sebelum perlahan berkelip dua tiga kali. Fatanah memerhatikan perlakuan Hanum, al-maklumlah anak pertama, bangkit dari tidur tadi pun Fatanah sudah terasa rindu dengan anaknya. Kemudian Hanum menguap, ternga-nga luas mulutnya hingga menampakkan gusi licin merah jambu yang belum tumbuh giginya. “Alololoh… mengantuk rupanya Hanum… “ Yahyazit mengunjur jarinya menutup bukaan mulut Hanum. Ya Allah! Ku mohon perlindungan Mu dari syaitan durjana.
Kembang kempis hidung Hanum, dia sudah terlelap. Tinggal mama dan papa yang tercenggang masih belum jemu bermain dengan Hanum. Tak apalah, biar Hanum tidur, dia kecil lagi, merah lagi dan dia mesti berehat. Lantas Yahyazit beredar ke kamar. Diekori Fatanah.
“ I punya maternal leave habis minggu depan… so, you rasa you boleh ambil cuti tak jaga Hanum?” Fatanah melabuhkan punggungnya atas katil sambil memerhati lakinya yang tercegat depan cermin melonggarkan tali leher. Yahyazit tersenyum dan berkata “kalau I sendiri boleh ambil maternal leave, I ambil sebulan untuk jaga Hanum, tapi I sekarang boleh ambil cuti tiga hari saja…”
“ I thought we got this all planned out, kita hantar Hanum dekat your parents” balas Yahyazit yang kini sedang menggantung tali lehernya untuk kegunaan esok hari. Fatanah termenung seketika sambil membetulkan lipatan kain batiknya.
“ I kalau boleh tak nak trouble parents I tu…” balas Fatanah. Yahyazit menyarung baju pogoda putih dan berkain pelikat mengenggam senaskhah akhbar lantas mendekati isterinya “but your parents has got all the time in this world untuk cucu diaorang… after all, dah ramai cucu diaorang jaga, they seems to like it” “ Yes, macam you tahu saja my parents… Im their children, I understand them” balas Fatanah. “ Alright then, kita ada seminggu lagi sebelum your maternal leave ends, let’s find ourselves a maid” cadang Yahyazit sebelum mengucup dahi Fatanah dan beredar dari situ.
Fatanah tersenyum, namun jelas kegusarannya belum lenyap lagi. Maka hari itu tatkala Hanum nyenyak lena dalam balutan bengkung, dia membelek akhbar dan mencari ejen pembantu rumah dan banyak nombor telefon didial, internet dilayari dan e-mel dilayangkan. Di hujung minggu Yahyazit akan mengatur rancangan untuk membawa Hanum ke taman-taman atau tempat rekreasi. Namun, hujung minggu ini, Hanum dibawa ke hostel pembantu rumah “Hari ni, papa nak bawa Anum pergi hostel tau…” demikian Yahyazit mengusik anaknya yang belum mengerti sepatah dari perkataan itu “Anum kalau suka, Anum kejit mata sekali…kalau tak suka kejit mata dua kali” tambah Yahyazit sambil ditertawakan Nur Fatanah “you ni merepek lah!”
Lawatan ke hostel itu tidaklah perlu, kerana dengan panggilan saja orang gaji boleh datang ke pintu rumah, namun Yahyazit tidak mengharapkan ejen bulat-bulat “I tak nak diaorang ni hantar maid yang terkontang-kontang. Bila Tanya umur berapa, dia jawab 20…20… 20?Bila siasat rupanya underaged…” sambil memerhati lampu isyarat dan segala tanda di bahu jalanraya “ Next thing, its our problem nak cari maid baru, fill up this document, that document. Lari pergi imigresen…nak cepat ada dua cara: pakai runner atau suruh adik beradik yang kerja dengan imigresen cepat-cepatkan… I tak suka semua tu” keluh Yahyazit.
“Lebih baik spend quality time dengan Hanum “ lantas keluhan tadi bagai tercicir dibawa angin entah ke mana. Pipi tembam Hanum sekali lagi menjadi mangsa cubitan bapanya. “ Ah! Kita dah sampai”
Lawatan hari itu tidak membuahkan apa-apa. Cuma letih saja. Yahyazit mengkhabarkan tentang ejen yang mempertayangkan barisan orang gaji yang berpengalaman tetapi tidak seorang pun yang dikenakan imunisasi yang sempurna “just picture maid ni yang nak prepare susu, basuh baju, sidai baju, tukar lampin dan segala macam kerja yang kena mengena dengan hygine, yet, diaorang tak kena immunization?” terang Yahyazit dalam perjalanan pulang. “All this BCG, Measle, TB, Rubela and Hepatitis, not a single jab?” Tanya mama “Not a single jab!” jawab papa
Nur Fatanah diam saja Dia maklum ramai juga budak sudah dijaga dengan orang-gaji yang tidak dicucuk. Namun, kebimbangan suaminya itu berasas juga. Dalam usia tak sampai setahun itu pelbagai penyakit yang boleh menyerang Hanum. Dia pernah terbaca, bukan tidak pernah. Meningitis, Jaundice dan macam-macam lagi. Bukan Nur Fatanah pernah terbaca tentangnya dalam laman web dikendalikan doktor pediatrik di serata dunia dan majalah parenthood (keibubapaan) sejak sebelum merancang hamil lagi. Kini Nur Fatanah juga runsing.
“ Tak mengapa…” kata Yahyazit, “I will arrange maids from Philippines, they all have better immunization record” terang Yahyazit sambil memusing stereng ke kiri dan kekanan menyusur jalan. “I will find the best chaperone for little Hanum” Yahyazit menoleh kepada melihat Hanum. Anak kecil itu sedang bersemangat menghisap tetek ibunya, mencari susu, membunuh rasa lapar.
Malam itu sesudah Hanum lena, Nur Fatanah akan duduk berdua dengan suaminya di terrace luar rumah dan berbincang tentang kemungkinan Hanum dihantar ke daycare atau mengambil pengasuh untuk separuh hari. Namun, yang terbaik mestilah orang yang digaji membantu mengurus hal ehwal rumah kerana Nur Fatanah sendiri berkerja dan tidak mampu menumpukan pada kedua-duanya sekali. Turut dibincangkan dalam jangka waktu permohonan mereka diproses, siapa yang akan menjaga Hanum. Cuti Yahyazid pun terhad. Malam itu juga kegusaran terjawab apabila orang tua Fatanah menelefon.
“ Assalamualaikum, ha… Hanum dah tidur” Tanya Kalsom “ Ya.. cucu mak dah tidur nyenyak” jawab Nur Fatanah sambil tersenyum dan menjenguk dalam baby cot dimana Hanum lena dan sebelah tangan menutup mulut, seriau Hanum anak kecilnya itu terkejut dan merengek. “ Bila mak boleh tengok cucu mak ni? Bawalah datang sini” kata Kalsom, dibalas dengan suara yang berat dari Nur Fatanah: “ya… insyallah mak… Fatanah datang”
“ Tak payah insyallah-insyallah lagi… bukannya ada keberatan, rumah kamu dekat dengan Shah Alam ni, cuma start engine kereta datanglah sini… kita buat pulut kuning” terang Kalsom dengan nada tajam leteran seorang ibu. Nur Fatanah tersenyum tersipu-sipu “Bila cuti bersalin Fatanah habis” Tanya Kalsom “Tak berapa hari lagi… “ “lepas tu?” “Kami arrange nak ambil orang gaji” “dah arrange?” “sudah” “Astagfirullah… kenapa membazir-bazir duit, mari bawa cucu sini dekat Shah Alam… sini tak riuh macam tempat Fatanah tu… mari sini… mak asuh” “Eh…tak payah susah-susah mak” teruja juga Fatanah, namun pelawaan mengasuh itu ditolak lembut-lembut.
Yahyazit dan Nur Fatanah sebulat suara bersetuju untuk menghantar Hanum kerumah orang tua Fatanah di Shah Alam. Mereka tidak punyai opsyen lain setelah sekian lama berfikir. Beg dibungkus dan baby cot turut dirongkas dan dibawa ke Shah Alam. Nur Fatanah akan berulang alik dari tempat kerja dan rumah orang tuanya. Namun Yahyazit akan menghadapi hidupnya seperti orang bujang melenggung dirumahnya setiap hari selepas kerja kerana tempat kerjanya bukan calang-calang dekat untuk berulang-alik dari Shah Alam rumah mentuanya.
“ I cannot function like a daddy to Hanum in your parents house, nanti your parents cakap I ni sewel duduk bersembang dengan Hanum yang tidak tahu sepatah apa lagi” terang Yahyazit bergurau akan alasan dia tidak mahu berulang alik.
“ Ish… you ni, suka buat lawak” kata Nur Fatanah sambil mencubit bahu suaminya. Mereka tiga beranak beredar dari kediaman mereka.
Disana, Yahyazit dan Nur Fatanah disambut dengan mesra. Yahyazit semacam menantu baik rapat-rapat mengenggam dan mencium tangan berkerut mentuanya. Hanum yang kebetulan ketika itu berjaga dilambung oleh Kalsom, pipi tembamnya sekali lagi menjadi keganasan cubitan neneknya. Nur Fatanah mengambil memerhati kabinet di rumah orang tuanya dan meneliti foto yang ditampilkan disitu.
Ada gambarnya yang siap berbingkai, didirikan atas kabinet itu bersama foto-foto keluarga yang lain lagi, salah satunya gambar Fatanah sedang bermain salji dengan badan berlitup dengan sweater, ketika itu dia berumur 15tahun dan bersama-sama orang tuanya menetap di Bristol, United Kingdom. Kalsom ibunya berkerja selaku pengurus perpustakaan berdekatan Bristol dan bapanya ketika itu sibuk melakukan thesis untuk gelaran professor.Ah! datang ke Shah Alam Fatanah dapat mengimbau kenangan lama.
Ah! Itu dia datuk kepada Hanum, Prof. Musa. Dia baru keluar dari ruang solat rumah itu dan bersalaman dengan anak dan menantunya. Orang tua itu bercermin mata luruh berkemeja petak-petak itu sudah berumur 70 lebih tapi masih steady mengajar di universiti dalam bidang sosiologi. Kini semua isi rumah berada di ruang tamu dengan tumpuan diberi kepada Hanum ahli keluarga baru yang paling kecil. Kemudian baby cot Hanum dipasang dan Hanum dibiarkan berbaring didalam. Turut dilonggokkan beberapa permainan Hanum walaupun dia lebih gemar tidur dalam bulan-bulan pertama hidupnya.
Fatanah dan Kalsom bergegas ke dapur menyediakan kopi dan snek ringan untuk orang lelaki mereka. “ Nah…rasa bubur asyura yang mak buat dengan jiran lain di surau” Kalsom membuka tudung saji “ dulu zaman nabi Nuh, mereka berlabuh dan tak ada apa yang hendak dijamah, mereka mengumpul segala buah-buahan, sayur dan kekcacng dan buat bubur asyura” Fatanah mengecil bukaan matanya, apakah itu hadis yang megisahkan asal usul bubur asyura? Bukankah bubur ini ada signifikan kepada golongan syiah? Fatanah membawa kopi dan bubur itu ke ruang tamu.
Sambil meletakkan cawan, dia ketawa kecil menyedari kegagapan suaminya bertutur dengan Prof.Musa. Mungkin dia jadi sebegitu mengetahui mentuanya seorang bergelar professor.
“You just talk to him like his your dad…. For sure you’ll know he’s a merapu type of person… macam you” pernah sekali Nur Fatanah menjamin suaminya akan serius bapanya takkan melarat hingga ke keluarga. “ Oh yea! Dia merapu, yet dapat title professor… Can I get my title for my merapu-ness?” terang Yahyazit sambil tersenyum lebar “plus, my dad is in Sarawak tau…. Prof.Musa tentu tak faham bila I cakap bahasa Sarawak…” “Cukup! You jangan panggil dia prof, just call him ayah “
“ Fatanah nak tinggal Hanum disini?” “Iya mak… sebulan, dua bulan… sebelum sampai maid dari Filipin sampai” “Ishk…tak payah panggil maid… mak boleh asuh saja Hanum tu…” Kalsom berkata sambil menyedok gula dari balang “lagipun kak Rohanah kau tu tak nak bersalin lagi…dia cakap dah cukup tiga orang anak” Fatanah menangguk. “Sunyilah rumah ni tak ada cucu lagi… kalau Hanum tinggal sini berseri sikit rumah ni” Kalsom merenung anaknya dari ekor mata. Fatanah mengambil teko berisi air kopi ke ruang tamu. Kemudian beredar kembali ke dapur dimana Kalsom sibuk memotong kek dan menyusun kuih dan snek. “ Hanum dah sampai 100 hari ke?” “apa?” “ Hanum dah sampai 100hari umur dia?” “ Tak kira pula hari,,,tapi masuk semalam dah cukup tiga bulan tepat…” “Ah! Eloklah tu kita buat pulut kuning untuk kesyukuran dalam minggu ni” Farhanah mendengar dengan teliti sebelum berat suaranya membalas: “Perlukah kita buat pulut kuning tu?” “Eloklah buat… bagi jiran-jiran di Shah Alam ni, boleh juga buat lebih bagi jiran-jiran di sana” merujuk kepada kejiranan Nur Fatanah dan Yahyazit.
Malam pertama, Yahyazit sudah tidak tenang duduk di rumah mentuanya. Pukul 10 malam semuanya senyap dan sepi. Nur Farhanah merangkak disebelah suaminya sambil berbisik: “you dah tidur?” “how am I supposed to sleep when Im not even tired yet” “ Untuk orang tua, waktu-waktu macam ni kira paling lewat”, mundar mandir muka Fatanah tidak dapat dilihat dalam kegelapan itu, tapi dia bersuara juga: “my mom suruh buat pulut kuning untuk Hanum” “Hah! Bagus tu, buat lah, tomorrow I keluar duit, kita buat agih-agih dekat jiran kita sekali” “Sayang, I thought you are going to make a stand” “What stand?” “Pulut kuning tu amalan tradisi, agama pun tak suruh kita berbuat macam tu… silap-silap pulut kuning ni bid’ah… amalan yang ditokok tambah”
Terdiam sebentar keadaan dalam kamar laki-bini berkenaan. Fatanah tahu dalam diam itu suaminya berfikir sejenak, sebelum dia berkata: “I think it’s a great idea, buat makan-makan sikit…sekali sekala, just assume it’s a kenduri” , Nur Fatanah memahami keadaan suaminya. Dia menamatkan perbincangan itu, malam itu benar-benar sunyi, Hanum sedikit tidak merengek. Keesokannya Yahyazit dan Nur Fatanah meninggalkan Shah Alam untuk ke tempat kerja masing-masing.
Pukul 7:20 petang Fatanah kembali ke rumah orang tuanya dan disambut Kalsom yang mendukung Hanum yang nampak seperti sudah puas tidur. “Haa… mommy dah balik…mommy dah balik” kata Kalsom sambil menunujuk-nunjuk kepada motokar yang dipandu oleh Fatanah. “Kesian anak mak, malam ni papa takde…tak boleh sembang-sembang dengan dia”
Azan berkumandang, Kalsom berkata “Isk… jom masuk cepat-cepat”, di rumah Fatanah dan Kalsom ke dapur dimana secawan teh telah tersedia. Duduklah mereka dua beranak “ Mak dah contact caterer yang buat pulut kuning tu, dia berkelapangan… Cuma nak confirm numbers saja. Jiran Fatanah berapa ramai”
“ Tak payahlah agih-agih dengan jiran Fatanah, buat untuk orang disini cukuplah” terang Fatanah yang kini makin enggan menunujukkan minat akan ide membuat pulut kuning oleh ibunya. “Eh, kenapa pula? Jiran-jiran sana pun mesti tahu Hanum is your bundle of joy… pulut kuninglah cara tradisi kita” Fatanah tersenyum seketika, jarinya meniti atas mulut gelas berisi teh sebelum berkata: “Mama… kita bersyukur dengan kelahiran Hanum, dia sihat dan selamat…tapi why pulut kuning? Betulkah tradisi kita atau tradisi turun temurun yang dibawa sejak zaman tok nenek kita belum beragama Islam lagi?”
Fatanah sedar, dia sudah lebih vokal menolak cadangan ibunya. Kalsom. Dia tidak mahu ibunya terguris perasaan, namun Fatanah mahu ibunya tahu bahawa dia mempunyai pegangan dan urus tadbir institusi keluarganya sudah di-overhaul jauh berbeza dari apa yang dilaksanakan Kalsom terhadapnya. “ Well, pulut kuning tu offering, bukannya kita persembahkan pada pokok, tunggul batu atau tembusut?”
“ Saya tak setuju mak… dengan cucu lain, mak boleh buat pulut kuning, tapi not with Hanum… kami syukur dengan cara seadanya,,, tapi bukan dengan offerings of pulut kuning” terang Fatanah, sebiji-sebiji bait ayat itu disusun agar ibunya tahu akan pendirian kukuhnya. “Nevermind” Kalsom beredar dari dapur, berseorang Fatanah di dapur sambil mengetip hujung kuku jarinya.
Prof. Musa bapanya tidak akan sesekali masuk campur. Fatanah sudah masak dengan fiil bapanya; hendak buat pulut kuning buat saja; tidak mahupun tak mengapa. Semakin Fatanah berfikir tentang bapanya yang khayal berlayar di dunia intellektual, makin Fatanah yakin bapanya itu seorang freethinker. Ayahnya pernah berkata: “Ilmu Allah s.w.t itu seumpama air laut yang terisi di muka bumi, tapi yang dapat dikecapi manusia seumpama air yang dikaut oleh paruh seekor burung, I never wanted small things like pulut kuning bother me” kalau ditekan jua ayahnya untuk masuk campur, dia sudah tentu berkata: “ It doesn’t matter which religion you subscribe, what god you believe or whose testament you read, as long as it’s good will, then its fine”
“Awak dah mempertimbangkan keputusan ni secara masak-masak?” saudara pengurus melihat tepat pada wajah Nur Fatanah. Dia mengangguk. “Awak ni antara staff yang terbaik kami ada… keputusan ni amat berat untuk kami terima” Ah! Saudara pengurus begitu bermain perasaan, namun Fatanah sedemikian lama bercadang berbuat demikian. Cukuplah setakat ini. Hanum adalah komitmen baru hidupnya. “Well then, thanks a lot and we appreciate your service with us”, keputusan itu diambil tanpa pengetahuan Kalsom mahupun suaminya.Fatanah berhenti kerja.
Sebaik pulang dari rumah, Fatanah serta merta melipat pakaiannya berserta pakaian Hanum sekali dan dimasukkan kedalam beg. Baby cot turut dirongkas dan dimuatkan dalam but kereta. Nur Fatanah mahu pulang, dia tidak mahu lagi bermuka-muka dengan ibunya hanya kerana isu pulut kuning. “Eh! Kenapa awal sangat balik? Maid dah sampai ka?” “Saya balik dulu mak, buat masa ni saya cuti panjang jaga Hanum…” Fatanah tersenyum sebelum menghulur tangan untuk menyalam ibundanya. Prof. Musa dengan bingkai cermin mata luruh di batang hidung mengangguk-angguk merestui keputusan anak perempuannya pulang sambil melambai-lambai manja pada cucunya Hanum itu.
Nur Fatanah melintasi rak yang disusum dengan foto kenangan ketika keluarganya menetap di Bristol. Terdetik dalam hatinya: “ 10tahun di Bristol dan ibunya bercakap tentang nyawa datang selepas 100hari, bubur asyura dan pulut kuning? “
Sampai di kediaman, jam menunjukkan pukul 12 malam. Fatanah pantas memasukkan baby cot untuk Hanum agar tidak melengahkan waktu tidurnya. Di dapur Fatanah terserampak dengan suaminya Yahyazit yang hanya bertuala. Rambutnya masih basah dan butir air masih bertaburan atas kulit “You bath in these late hours? “ Tanya Fatanah sambil melihat jam di pergelangan tangan. Putih pucat juga muka suaminya dengan bibir terketar menjawab: “It was hot, I need to cool down…” sebelum bunyi flush jamban kedengaran membuat Fatanah sedar bahawa bukan mereka dua laki-bini sahaja berada dalam rumah itu. Terdengar daun pintu dibuka sebelum suara mengilai: “Yaaaaannnnng, mana tuala ni… I sejuk” lantas Fatanah berlari menuju ke kamar mereka dan menemui seorang wanita yang menumpang kasih terlarang. “So, this made you hot?”
Fatanah berlari hempas pulas meninggalkan rumah. Seperti dalam filem, Yahyazit yang bertuala mengejar untuk menghalangnya, namun satu tamparan padat diberikan pada pipi suaminya itu sambil Fatanah berteriak “I thought we’re in this together!!!” “I’m sorry” teriak itu deras dan sudah tentu jiran-jiran disitu mendengar, tambahan pula 12 malam adalah waktu yang senyap dan sepi.
Tahun-tahun berikutnya merupakan tahun yang perit bagi Nur Fatanah. Masih tidak tertanggal dalam kepalanya bahawa Yahyazit seorang suami yang ideal. Hinggakan mencari orang gaji, dimahukan yang dicucuk. Fatanah yakin buat masa itu hal-ehwal keluarganya menuju ke arah kesempurnaan utopia yang diidamkan. Dia mahu dua orang anak, menyambung karier, memasukkan Hanum ke kolej di luar negara dan merancang untuk pencen awal. Manusia hanya mampu merancang. Kalsom seringkali berkata “kalau buat pulut kuning tu, at least jiran disana tahu both of you husband and wife with a child… baru laki tu malu nak bawa masuk perempuan”, bagi Prof.Musa, dia mengambil perkara ini dengan lebih tenang. Dia menghadiahkan Fatanah dengan sebuah buku berjudul Casualties of Change. Buku itu ditulis sendiri oleh Prof.Musa menyentuh kisah manusia yang cuba membawa perubahan tetapi gagal dalam usaha mereka. Mereka seperti John Fitzgerald Kennedy dan Martin Luther King
Bapanya mencatit pada buku berkenaan nama Fatanah berserta sepotong kata hikmat “ignorance is bliss”. Fatanah merenung jauh. Imunisasi Orang gaji? Pulut Kuning? 100hari? Andaikala dia tidak terlampau mengambil berat dan membiarkan segala itu berlangsung, sudah tentu bala tidak berlaku.
Buku Casualties of Change nukilan Prof Musa berkata dalam proses manusia mengubah tabiat, tradisi dan cara pemikiran lama, sudah tentu kehilangan dan korban mahu tidak mahu bakal berlaku. Fatanah tidak pasti bahawa dia antara Casualties of Change. Namun buku itu menghembus semangat baru dalam dirinya.
“ Ya, boleh saya bantu” Tanya perempuan bergincu tebal duduk disebalik meja depan berlatarkan logo syarikat konglomerat.
“Saya datang untuk temu duga kekosongan jawatan disini” kata Nur Fatanah berbusana kemas, yakin bertenaga, sopan bertudung; bertepatan dengan imej yang mahu dibawa syarikat konglomerat itu. Hanum berdiri dengan ibunya “You sit here, mommy is going for interview, behave yourself” “Yes mommy” pipi Hanum dicubit, masih montel hanya kulit sudah beransur putih.
0 comments:
Post a Comment