0 com

Legasi Bekas Bekas Kekasih

Cerpen ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu, organisasi atau pertubuhan dahulu, kini dan selamanya

Hmm…. Itulah hari yang membahagiakan, aku bangun dan selaut bantal selimut sekeliling aku. Kepala terasa berat lain macam sahaja, penghawa dingin berkerja keras menghembus dari malam semalam. Ah! Sudah 3 hari berturut-turut aku tinggal sebumbung, sebantal, sekelambu dengan Maya. Oh! Lupa. Maya tu kekasihku. Macam biasalah, sudah dua tahun kami berkapel-kapel, maka Maya tak segan lah aku masuk keluar rumah dia.

Ah! Rasa macam aku sudah berumah tangga dengan Maya. Hakikat rumah yang aku menginap itu milik mak ayah Maya. Mereka ada urusan di luar negara kata Maya. Line clear lah untuk aku hidup macam laki-bini dengan Maya. Pagi-pagi ini memang muka aku berminyak sakan. Tambah pula malam semalam antara malam yang agak liar bagi aku dan Maya, maka kulit sawo matang itu makin dahsyat merembes minyak. Aku bangun dan mencapai beg.

Dalam beg itu penuh dengan baju, seluar dan boxer. Semua yang aku bawa untuk dipakai semasa menginap di kediaman nombor dua aku. Tapi bukan pakaian yang aku nak cari dan Maya yang masih selonggok atas katil takkan terkejut pun bila melihat aku tanpa sehelai benang. Aku sibuk mencari oil-buster-paper. Alah, aku pun tak tahu nama sebenar, tapi itulah yang dipanggil oleh Aliah. Kertas kecil warna biru berukuran dalam 3cmx5cm kerap aku sagat atas kulit muka. Terutama bahagian longkang hidung tu, atas batang hidung atas kening; semua tempat tu banyak keluar minyak. Adanya oil-buster-paper ni macam magik pula. Minyak atas muka tadi diserap sampai kertas itu bertukar jadi lutcahaya gitu. Wah! Sekelip mata aku berasa selesa dengan muka yang kurang minyak.

Ini semua Aliah punya pasal. Dia yang mengajar aku menggunakan oil-buster-paper selepas mendengar aku merungut pasal kulit kuat berminyak. Apabila dia recommend tu, aku terasa macam metroseksual pula. Apa kejadah aku nak usung kotak kecil itu merata tempat semata-mata nak lap muka. Lebih baik pakai tisu muka, sudah memadai. Namun, satu hari aku lembut hati dan bawa juga sekotak sampel yang diberi Aliah. Bila lepak dengan member-member dan terasa muka naik geli sebab berminyak, aku pelan-pelan pergi cari tandas, kunci pintu dan jaga line… aku usha kiri… aku usha kanan… sudah yakin macam tak ada orang, aku mengetip keluar sekeping oil-buster-paper dan menolak-nolak kertas itu di antara lekuk hidung sebelah kiri… Ah!!! Tiada siapa yang dapat menafsir nikmat ketika itu. Kemudian aku menyagat itu di lekuk hidung belah kanan pula. Ahhh!!! Dan melihat kertas oil-buster-paper itu makin lutcahaya memberi ekstra kenikmatan. Dalam hati aku menyumpah: Nyah engkau minyak kulit!!!

Sekian lama, aku menjadi peminat oil-buster-paper ini. Aku makin tak segan menggunakannya. Bila lepak dengan kawan aku selamber mengetip sekeping dan menyagat pada tempat yang aku rasa ada telaga minyak. Zap! Zap! Zap! Settle masalah muka berminyak, aku mampu tersenyum girang dengan penuh keyakinan seperti remaja dalam drama swasta. Aliah memang mengambil berat pasal aku. Dia tahu aku ni lelaki yang mengambil remeh pasal benda-benda kecil, maka, dialah yang selalu mencubit debu kipas di atas bahu. Dialah yang menarik keluar rambut luruh dalam nasi. Dialah yang mengaut keluar semut mati dalam minuman aku. Namun semua itu hanya tinggal kenangan. Aku bergaduh besar dengan Aliah, aku syak dia ada orang ketiga, dan kami break sebulan sebelum ulang tahun pertama hubungan couple kami. Yang tinggal kenangan hanyalah oil-buster-paper.

Maya pun bangun dari lenanya. Ah! Dengan rambut dia yang berserabai tu, aku akan usha dia lantunan imej cermin, ketika ini dia sedang mengeliat sakan. Maya ada sesuatu daya pemikat, natural beauty, dah tiga pagi aku bangun sebelah Maya, dan air mukanya itu selalu lembut dan selalu sejuk dipandang“ Why are you looking at me? “

Aku melemparkan satu senyuman padanya. Dia sedar aku mengusharnya. Lepas itu aku khusyuk menyagat oil-buster-paper pada muka. Aku menjawab “ cannot ah? “

Di dapur, Maya sibuk menyediakan sarapan untuk aku. Dia membuat sandwich. Aku pun bangun dan bersemangat hendak membantu. Ah! Sandwich itu begitu mudah. Aku mula mengatur daun selada, aku memenyek sedikit mayonis pada roti, adalah aku tabur sekali dua lada sulah kemudian Maya datang memberhentikan perlakuan aku “ sayang, please, you duduk dekat meja makan, sekejap lagi I hidang sandwich ni”

Ya! Tak ada sapa-sapa ajar aku buat sandwich, cara aku susun atur mungkin tak ikut tertib dia. Aku mundar mandir duduk di meja makan dan akhbar sudah terbentang depan mata. Aku terus ke ruangan intisari rancangan. Aku belek intisari rancangan. Umm, ada apa yang menarik agaknya? Namun, mata aku tertarik pada kotak soduku. Pada awal waktu soduku menjadi kegilaan segelintir lapisan masyarakat, aku agak meluat dan menyampah. Apa ini soduku? Kotak-kotak kosong, diisi nombor melintang, membujur, menegak kesitu kesini. Tapi Zilla lah yang mengubah perspektif aku terhadap soduku. Masa aku tengah hangat bercinta dengan Zilla, aku ada berjanji untuk bawa dia ke taman holikultur di Bukit Widuri melihat bunga-bugaan eksotik. Ditakdirkan hujan dan aku bersama Zilla terperangkap dalam kenderaan. Al-Maklum, di kawasan bukit tanah tinggi itu bukan ada McD atau KFC untuk disinggah, dan aku memilih untuk tunggu sampai hujan renyai.

Zilla perlahan-lahan mengeluarkan senaskhah akhbar dan sebatang pen. Dia mengisi satu demi satu kotak dengan berhati-hati. Kadang kala nampak jarinya bengkok lurus bengkok lurus bagai menghitung sesuatu. Mula-mula aku naik baran kerana girlfriend aku sendiri mengikuti satu fenomena yang aku agak meluat. Aku tidak menunjuk rasa meluat terang-terang, cuma menyimpan dalam kebuk bertekanan tinggi didalam hati ini. Namun, Zilla itu seorang yang pandai mencairkan ego. Kalau ego aku itu bagai seketul mentega; Zillalah kuali panas. Dia mengajar aku bagaimana nak main soduku. Sejak kejadian di Bukit Widuri itu, aku masih lagi sombong-sombong ayam hendak melayan soduku. Namun, bila melihat kotak soduku dan klu yang diberi itu, otak aku geliga menyusun nombor… otak aku dipenuhi nombor, dari 1 ke 9. Sampai satu tahap, aku mendapatkan pen dan mencatit nombor itu dalam kotak yang sepatutnya.

Hari ini aku sudah tak segan bermain soduku. Mana saja aku jumpa kotak soduku, aku mengisinya sekadar mampu. Lepak dengan member-member pun aku akan bawa sebatang pen dan sebuah akhbar tabloid yang menampilkan kotak soduku. Ah! Itulah nostalgia bersama Zilla yang masih lagi aku ingat sampai saat ini. Soduku itu peninggalan legasi Zilla. Zilla break dengan aku selepas dia mendapat tawaran untuk bekerja di Wilayah Selatan; asalnya kami mengikat janji untuk menjalinkan long distance relationship yang kukuh. Sayang, kami cuma bertahan selama sepuluh bulan sebelum Zilla memberitahu dia sudah punyai kekasih hati baru disana.

“ Here is your breakfast! “ Maya datang meletakkan sepinggan sandwich sambil mencium pipi belah kanan. Ketika dia mencium pipi itu, dia sibuk mengunyah sandwich air tangannya itu. Bau ketulan ayam itu menusuk hidung aku. Ummm…. Lazatnya. Lahap sungguh cara aku makan. Maya sendiri terkaku melihat cara aku makan, kemudian dia ketawa berdekah-dekah sambil mengusap sideburn aku. Gemar betul jari-jemari Maya itu bermain dengan sideburn aku.

Lepas makan, macam biasa, tekak aku mula terasa gatal. Gatal hendak merasa kepulan asap rokok. Dalam poket aku, ada sekotak rokok berserta pengetip api. Aku berjalan mundar mandir ke balkoni bilik Maya, sedia maklum, Maya tahu aku hendak merokok. Sudah banyak kali dia mengugut untuk meninggalkan aku kalau aku masih tegar merokok. Namun, daya penarik aku telah membuatkan Maya naik lembik tengkok dengan aku. Sampai hari ini dia tak meninggalkan, malah, makin hari makin rapat adalah.

Setahu aku, rokok ini aku dekati semasa tingkatan2. Aku dan rakan teringat akan Cikgu Abdul Aziz. Dia adalah coach sofbol itu sering meletakkan dua kotak rokok diatas tebing simen astaka sekolah menghadap padang ketika kami sibuk berlatih. Pada satu hari Cikgu Abdul Aziz bercakap pasal asam pedas ikan pari yang dilahapnya disyaki kurang bersih, membuatkan perutnya meragam sakan. Sampai kemuncak, dia sudah tak tahan lagi, Cikgu Abdul Aziz sekadar mencampakkan dua kotak merah kearah aku dan bergegas ke tandas guru.

Nakal tidak nakal, aku sempat mengambil tiga batang rokok. Apabila Cikgu Aziz tiba, tidak ada apa lagi yang melegakan dalam dunia ini dari kesempatan melepaskan segala bahan buangan dalam kantung perutnya. Ringan kantung perutnya itu lebih terasa berbanding ringan tiga batang rokok yang kami curi. Apa hendak dirisau, sekotak masih belum dibuka

Sejak hari itu, aku menjadi perokok rasmi. Dan setiap dari kami ada sebiji lighter bersiap-sedia untuk menghidup bara rokok yang bakal disedut. Sekian lama aku merokok, genap tujuh tahun, Yaya muncul dalam hidup aku. Sumpah, Yaya adalah perempuan yang paling daring dan adventourous yang aku pernah bawa masuk dalam hidup aku. Dia tak pernah mengugut untuk meninggalkan aku kalau aku merokok, malah, dia sekali akan duduk sebelah aku dan merokok sampai bibir naik kelabu. Kelab dan parti itu sinonim dalam hidup Yaya. Hampir setiap malam dia akan ke temasya muda mudi berdansa dan kadang kala mabuk mabuk. Aku ada juga ikut pada awal perkenalan, namun, semakin lama, semakin naik muak dengan tabiat kelab, dibiar saja Yaya bersuka ria.

Yaya memperkenalkan aku dengan pengetip api Zippo. Aku hairan mengapa harus berbelanja berpuluh-puluh, malahan beratus untuk pengetip api berbadan aluminum. Pengetip api aladin yang aku pakai silih berganti selama tujuh tahun pun sudah cukup efisyen untuk menghidup bara api rokok. Ah! Mengharapkan sekadar glamor apa gunanya? Tapi aku perhati pengetip api itu diselit dalam beg tangan Yaya dengan penuh versatil dan elegan. Sesekali aku memperosek beg tangan Yaya, pengetip Zippo itu bagaikan harmoni bersama telefon bimbit, aksesori, spek lalat dan kotak rokok Yaya.

Namun, aku masih mempercayai pengetip api aladin yang serba boleh itu. Sampai satu masa aku ingin mengisap rokok di tepi pantai dan angin bertiup kencang. Berkali-kali pengetip api aladin itu gagal untuk menghamburkan api, asyik percik percik api. Yaya terus menghulur pengetip Zippo nya dengan api yang sedia ternyala. Sungguh, nyalaan api Zippo itu lebih stabil. Amerika dan gimik teknologinya kadang-kadang buat aku binggung. Apabila rokok aku dah mula bernyala dan berasap; Klap! Sekelip mata kepala Zippo itu tertutup mematikan api tadi.

Kata Yaya, pengetip api Zippo itu kalau dijaga dengan rapi, boleh tahan sehingga bertahun-tahun. Bahan apinya juga boleh ditambah.Yaya mengajar aku mengisi bahan api, dan makin aku suka dengan konsep Zippo ini. Benar kata Yaya, pengetip api yang ada dalam tangan aku sekarang dibeli dari zaman aku tengah hangat bercinta dengannya. Namun, itulah satu-satunya kebenaran yang keluar dari mulut Yaya kot. Selepas itu, aku dapat tahu Yaya dalam senyap-senyap menjalinkan hubungan sulit dengan jejaka dari Norway bernama Emmerick Van Olfsun, yang ditemuinya di kelab malam. Betapa gembiranya Yaya, apabila menjalinkan hubungan dengan orang Norway sampai tidak mengaku Malaysia ini tanah tumpah darahnya. Habis semua rakan Emmerick Van Olfsun dalam Facebook itu menjadi kawannya juga, tapi haram Yaya tak pernah bersua dengan mereka. Celaka! Bergaduh besar juga aku dengan Yaya selama 3 bulan tanpa henti sebelum semuanya berakhir.

Maya terkedek-kedek datang memeluk aku dari belakang “sayang, you dah mandi? “

Terkejut juga aku, sudah dua batang rokok aku perhabis, tak segan Maya datang memeluk aku dalam bau asap yang sering kali tidak digemarinya. “ Not yet “

“ You want to shower together gether? “

“ No… you go first ”, dalam keadaan perut yang kenyang, aku tak bergegas mandi awal. Maya kemudian memberi kucupan pada pipi kiri dan beredar masuk rumah.

Selesai mandi, aku duduk menghadap televisyen. Maya sibuk bersama komputer ribanya. Aku mengambil sebalang kacang tanah dan mula mengunyah. Maya mencubit manja lengan aku. Rupanya dia ada masalah untuk login dalam messengernya. Aku kemudian duduk disebelahnya dan mencuba depan mata kepala aku sendiri. Ya. Memang benar ada masalah. Maya naik muncung kerana dia benar-benar hendak online dan chat bersama rakan-rakannya.

Aku senyap dan berfikir sebentar; kemudian aku bawa Maya ke satu laman web; Veebo.com, disitu dia boleh online andai kata sambungan internetnya tidak stabil atau aplikasi messenger itu sudah dikekang daripada berfungsi seperti biasa. Maya tersenyum dan berterima kasih. Dalam hati aku berterima kasih dengan Fadila, pelajar jurusan sains komputer yang aku pernah tackle dan dapat. Fadila datang sebelum Zilla, Yaya selepas Aliah. Ketika hangat bercinta dengan Fadila, dia kerap berchatting dengan aku. Dia ini memang kekasih yang paling jimat yang aku pernah jumpa. Aku rasa kalau aku bawa jumpa dengan emak, mesti emak aku sepintas suka dengan si-Fadila ni. Dia tidak mampu bergayut, dan memperkenalkan aku dengan veebo, sekaiype dan messenger. Semuanya membuatkan kami mudah berkomunikasi tanpa berbelanja lebih.

Siang melabuhkan tirai, maka, Maya bagaikan seorang isteri yang mengutamakan kebajikan suaminya sudah mengemas katil dan menyerikan diri. Wah! Merah menyala sekali pakaiannya malam itu. Merah tanda agresif. Merah tanda satu malam yang menyeronokkan menanti aku. Perlahan-lahan aku mengesot diri keatas katil macam ular sawa lepas telan anak kambing. Aku tersenyum girang dan Maya membalas senyuman itu. Maya menguraikan ikatan rambutnya, aku dah naik derau darah “ sayang, I nak tengok phone you “

Dengan malas-malas, aku menghulurkan telefon itu pada Maya. Dia tersenyum dan mula menyelak menu telefon berkenaan “ sayang, game apa yang best? “

Dalam keadaan baring, aku kemudian menunjukkan game berjudul Mega Pong X-3000. Maya girang bermain permainan itu sambil aku memerhati dari tepi. Minit demi minit berlalu. Jam demi jam. Sah! Maya kekasihku itu memang sudah gian bermain Mega Pong X-3000.

“ Yeeeeesss!!! “ Maya berteriak. Rupanya Maya mendapat Top5 high-score dalam permainan itu. Terbeliak juga mata aku, tidak pernah pula aku khusyuk bermainan permainan itu sampai mendapat high-score

“ Syang, Syirah ni siapa? “ rupanya high-score Maya hanya layak mengisi tempat ketiga. Tempat pertama dan kedua diisi dengan nama SYIRAH. Aku terdiam. Aku masih terdiam dan aku tak mampu berkata apa-apa.

“ Sayang, who is this SYIRAH ???“ Maya bertanya lagi. Aku pernah memberitahu yang aku pernah ada bekas kekasih tapi namanya Sulaiha, dan aku memberitahu dialah satu satunya bekas kekasih dan aku berpura-pura yang aku serik untuk bercintan dan kedatangan Maya adalah rahmat besar untuk aku.

“ Sayang, explain to me who is SYIRAH??? Who’s holding your phone for hours? You know it takes hours to gain top score ok… “ Ah!!! Aku masih terkelu. Malam keempat menjanjikan tragedi. Aku boleh saja menipu yang itu adalah anak saudara aku yang gian bermain game semasa hari raya Aidilfitri, namun, Syirah itu memang betul pernah jadi kekasih aku. Suhaila pun bekas kekasih aku. Begitu juga Zilla ‘Soduku’, Yaya ‘Zippo’, Fadila ‘Veebo’ dan Aliah ‘oil-buster-paper’.

Malam itu juga aku dihalau keluar dari rumah nombor2 aku. Legasi Maya adalah terajang di belakang badan semasa aku terbongkok-bongkok mengutip boxer yang dicampak keluar.


0 com

Bicara Ibu dengan Anak


Cerpen ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu, organisasi atau pertubuhan dahulu, kini dan selamanya

“ Mak mahu beli shades lah… “ demikian kata mak tatkala mata aku sibuk menunggu lampu isyarat bertukar ke hijau. Terangkat kening aku.kerana apa yang mak baru saja luahkan. Tapi traffic light yang mempunyai countdown timer itu menunjukkan tinggal 88saat lagi. Jenuh nak menunggu.

“ Mak mahu beli shades yang kembung tu… yang very huge tu “, tatkala baru kening aku terangkat tertarik sekali dengan dahi berkerut. Terselak juga nampak gigi taring aku. Shades yang dimaksudkan mak tu tak lain tak bukan spek lalat

“ Baru matching dengan tudung mama“, kata mak lagi. Aku mengalih melihatnya. Terlihat senyuman mak yang menunggu respons. Aku senyap. Aku diam tak kata sepatah apa pun. Tapi membalas senyuman mak, dan beralih melihat kedepan.

Aku cuma standby kaki pada pedal klac dan tangan mengenggam batang gear. Agar tidak terhegeh-hegeh bila kereta mau digerak sejurus lampu isyarat menunjukkan lampu hijau. Silap-silap kena hon. Aku ditugaskan untuk menghantar mak ke satu parti pyrex di Taman Tun. Kelmarin sudah aku bawa mak singgah ke kedai tekstil kain Burhanuddin Aryana. Demikianlah tugas aku tatkala mula cuti semester membuka tirai. Bertabur tugas aku sebagai drebar. Drebar untuk emak aku sendiri.

“ Mak nak beli shades yang both sides yang macam nak bercantum di tengah “, aku mengangguk sahaja. Tanda aku faham. Bukan setuju. Kerana pilihan mak itu acap kali bertepatan dan kena pada tempatnya. Tapi kali ni macam ada yang tak kena.

“ Abang setuju tak? “ tanya mak melihat aku mendungu senyap. Oh, aku tersentak sikit. Memang mak nak pendapat aku. Angguk saja tak guna. Mak mahu aku berkata sesuatu, komen, kritik, pendapat pendek kata mak mau aku bersuara.

Mundar mandir aku nak jawab. Apakah perlu cermin mata yang besar macam mata lalat itu? Mak baharu saja minggu lepas membuat keputusan untuk memakai tudung, itu, aku terima dengan baik dan penuh syukur. Tapi sekarang mak mahu pakai tudung dan cermin mata gelap yang kembung. Yang menutup segala kening, mata, sebahagian bawah dahi dan sebahagian atas pipi? Kenapa mak aku tidak pakai purdah arab sahaja? Yang menutup penuh segala pipi, dahi,dagu, kening dan hidung. Yang ada jaring untuk menjenguk kemana kaki hendak pijak di tanah agar tak tersungur atau tersilap pijak.

“ Amboi, macam tak setuju saja “ balas mak. Ah! Mengapa mak berpendapat sebegitu? Kacau. Kacau.

Namun, aku control riak muka. Tidak ada meluat, tidak ada terkejut. Cuma berfikir dalam.

Dulu mak cukup angin kalau dia bertanya sesuatu tapi aku diam tak berdenyut. Namun, mungkin kerana umur aku dah meningkat, maka, mak sedikit pun tak marah. Apa gunanya aku mempunyai mak yang tersengih gembira, tapi cuma terlihat sebaris giginya tersenyum, namun matanya dilitupi sagugus cermin mata gelap yang macam mata lalat itu? Terkebil juga mata aku bila berfikir macam tu.

“ Bukan mak nak pakai selalu… cuma masa driving saja, silau matahari “, balas mak sambil menekan sesuatu pada telefon bimbitnya. Aku pula baru melepasi traffic light 88saat tadi dan perlu merempuh 4 lagi simpang sebelum sampai di Parti Pyrex Auntie Fuzziah Johannsen di Taman Tun.

Auntie Fuzziah pengelola parti pyrex ini memang seorang yang lantang memberi pendapat, kalau tidak ditanya pun, diberi juga pendapat. Tak syak, mak akan bertanya jua pada Auntie Fuzziah. Al-maklum, dialah penjual pyrex top-ten di seluruh pelusuk tanah air. Produk kegemarannya pasti akan diendorsenya mati-matian. Aku sememangnya tidak boleh berdiam: “ Tak perlu kot, mak… “

Namun kalau mak ambil nasihat dari Auntie Fuzziah Johannsen yang sering membaca hasil esei feminis barat, mungkin dia berkata apakah ada peraturan yang menetapkan wanita tak boleh cabut bulu kening? Kenapa tak boleh poligami? Kenapa tak boleh yoga? Tak boleh itu ini. Dulu wanita tak boleh mengaji ilmu tinggi-tinggi, dahulu wanita tak boleh undi, dahulu wanita tak boleh memandu. Memandu!? Auntie Fuzziah cukup angin dengan negara zaman kini yang masih meletakkan kekangan terhadap wanita memandu kereta. Memandu!? Lagi anginlah kalau wanita boleh memandu, tapi tidak bebas untuk memakai cermin mata dalam apa jua bentuk dan paten idaman hati. Namun, aku tak meletakkan kekangan kepada sesiapa, aku cuma beri pendapat selaku anak kepada mak. Itu sahaja.

“ Nanti abang balik kolej nanti, mak sure banyak driving “ kata mak membahasakan aku sebagai abang selaku anak sulung dalam rumah.

“ Mak pakai yang kecil dan cukup syarat nak elak silau cukuplah “, aku menyuarakan pendapat. Sebab itu adalah perbicaraan antara aku dan mak, aku memberitahu apa yang tersemat dalam fikiran aku: “ Saya tahu mak, memang nampak bergaya dan stailo bila pakai tudung dan spek lalat ni, tapi pakai shades yang sekadar menjalankan function cukuplah, ustaz pun pernah ajar kita bersederhana… “

Mampus kalau Datin Rushidah dengar apa yang aku lepaskan tadi. Sudah tentu dia akan menembak alasan aku dengan betapa ceteknya mentaliti aku. Apakah salah membeli spek lalat yang bukan saja mengurangkan silau, tapi juga meningkatkan gaya dan keterampilan? Apakah seseorang umat Islam mampu membeli kenderaan Mercedes, tapi ditegah melakukan demikian kerana Mercedes itu simbolik dengan citarasa mewah? Sepatutnya kita cuma membeli sebuah kancil 600cc kerana kenderaan itu sudah cukup untuk melaksanakan tugas untuk bergerak dari poin-A ke poin-B?

Ah! Lantang sungguh Datin Rushidah ni. Aku kerap juga duduk satu sofa bersembang dengannya ketika lawatan sekeluarga. Lantang orangnya. Bukan aku anti dengan perempuan yang sering bersuara dan outspoken ini. Pejuang kemerdekaan kita pun terdiri dari golongan wanita yang lantang bersuara, kalau ditegah bersuara pun mereka kerap mengutus surat tanda mereka tidak bisu di hati.Aku pun kalau boleh mahu mencari bakal kekasih yang lantang menyuarakan buah fikiran macam Datin Rushidah ni.

Datin Rushidah pun bukan calang-calang orang. Kenderaan yang membawanya dari poin-A ke poin-B adalah sebuah Mercedes CLS warna emas pudar yang dihadiahkan suaminya. Selalu juga aku berselisih dengannya di pekan tak kira tengah rembang atau hampir maghrib, dia akan memakai spek lalat dan tudung kepala, memecut laju. Aku melambai tangan padanya, haram dia tak balas lambaian aku. Mungkin kerana dia kusyuk memerhati jalanraya ketika memandu, atau kerana spek lalatnya sudah mengikis jarak penglihatannya. Hanya tuhan saja yang tau.

Bagi mak, apa kurangnya. Bila aku pulang ke kolej, BMW 630i yang aku gilap tiap-tiap pagi di garaj itu bakal mengaum dan meluncur kesana kemari untuk aktiviti harian mak. Namun, seeloknya, aku tak mahulah melihat mak memandu kenderaan itu dalam keadaan hidung terpacak 60darjah ke langit, mulut muncung dan spek lalat yang menjangkau dahi itu. Biarlah orang lain mahu berkelakuan sebegitu rupa, aku sebagai anak berpendapat emak lebih elok tidak memakai spek lalat. Away from the crowd

“ Tak perlu memacak hidung bila driving mak… silap-silap tombol signaling pun mak tak nampak “, tambah aku.

“ Alah, mak naturally ada hidung mencacak kan? “ mak melawak selepas mendengar pendapat aku; “mak makin berserilah dengan shades tu “

“ Eh,kalau muka basah dengan air wudhu’ pun sudah cukup tambah seri tau “, aku menyakat mak. Berani aku menyakat sebegitu kerana ini adalah bicara mak dan aku. Berdesing telinga Auntie Snazzi Muluk kalau dia dengar tu.

“ Disposable is normal “ demikian kata Auntie Snazzi Muluk kepada mak. Dia berpendapat apa jua fesyen yang menjadi kegilaan kini akan bersilih ganti.

“ You know, dulu I pernah ada hairstyle like Lady-D gitu “ kata Auntie Snazzi sambil memintal rambutnya di hujung jari kelingking. Maka, pemakaian spek lalat itu adalah sebahagian daripada natural flow dunia fesyen. Datangnya disambut, perginya tidak berbunyi.

“ You know in fashion, you never ever want to be a follower “ tambah Auntie Snazzi pertengahan 40-an membelit lidah waktu menyebut ayat ‘never ever’ itu. Semacam ada batang buluh miang dalam mulutnya.

Aku ada setuju juga dengan idea disposability yang diperkatakan Auntie Snazzi. Idea Pakai-buang sesuatu trend. Dari bebob ke disco ke hip-hop ke shuffle. Tanyalah Auntie Snazzi sendiri. Dia seorang yang fashion conscious sekali. Anak daranya pula ditingkatkan keupayaan menjadi fashion knowledgable kerana dia memasukkan anaknya ke bidang rekaan fesyen di sebuah kolej.

Darah muda. Dulu aku lihat anak dara Auntie Snazzi kerap berpakaian warna terang menerang bersama seluar baggy dan kasut luar biasa besar, zaman itu katanya zaman hip-hop. Lepas tu dia gemar pula bercelak, gelap keliling kelopak mata sampai aku tak cam mana satu anak mata dan putih mata anaknya, katanya zaman gotik. Sekarang dia gemar pula pakai t-shirt lusuh dengan grafik serba serbi merentang dada, katanya indie ala KAMI lakonan Liyana Jasmay. Wah. Inilah disposable. Dari semasa ke semasa bertukar ganti.

“ Ramai orang dah pakai macam tu, macam dah jadi trend “, demikian tambah mak. Sememangnya dah jadi trend, bisik hatiku. Aku terus memandu melepasi satu lagi traffic light. Kali ini tak ada countdown timer.

Bukannya aku jadi jelik, aku pun sendiri pernah terloncat mendengar lagu backstreet boys. Dulu pun aku angguk kepala dengar lagu too phat. Lambat atau cepat; ya atau tidak mengikut trend pakai spek lalat tu, mak boleh dikecualikan untuk memilih. Biarlah fesyen, trend, fenomena, kegilaan ( apa jua mereka panggil ) jadi natural flow, tidak perlu dilihat macam tsunami yang mewajibkan kita berganjak kerana kehadirannya. Sampai masa, spek lalat ni pergi jua.

Sudah sampai di Taman Tun, dan para mak cik sedang menunggu dalam rumah banglo 8-kamar Auntie Fuzziah untuk melansungkan parti pyrex mereka. Datin Rushidah berdiri di pintu, Auntie Snazzi turut berada melambai pada mak aku. Itulah bicara pendek dengan mak. Nescaya, kalau para mak cik parti pyrex itu tahu topik bicara aku dan mak seterusnya menerpa aku dan menyoal 10 alasan mengapa spek lalat itu tidak patut dipakai mak aku, haram satu alasan aku takkan boleh kemuka.

Tidak salah disisi undang-undang sivil mahupun syariah. Aku juga tak menantagoniskan orang pakai spek lalat ni. Namun, aku berasa lebih baik mata emak tak diselangi dengan spek mengelembung macam mata lalat itu.

“ Mak, sepasang mata mak dah cukup cantik dah mak, tak perlu kot “ demikian aku berkata. Mak senyum, dan melihat kehadapan dengan pipi merah padam. Berfikir sesuatu agaknya. Auntie Fuzziah berkerut dahi menjemput di pintu kereta sambil memakai spek lalat kerana cahaya matahari terik memancar.

0 com

Kapsul



Cerpen ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup, mati, dahulu mahupun kini

Hos: Terima kasih kerana sudi datang untuk sesi temu ramah, prof

Prof : Terima kasih

Hos: Prof, saya amat kagum boleh duduk disini bersama prof dalam pertemuan empat mata ini.

Prof: Ya, saya pun amat menghargai jasa orang disini yang sanggup menjemput saya kesini sudah sekian lama saya menceburi bidang saya. Tak lupa, jasa peribadi ( *Prof menunding ibu jari pada hos ) saudara untuk mengagumi segala kerja saya.

Hos: Prof… saya sudah sekian lama membaca tentang hasil kerja prof, sudah 40tahun prof menceburi bidang surgeri dan kimia. Apakah mendorong prof untuk tekun dan konsisten dalam bidang ini?

Prof: Saudara sebut tadi membaca hasil kerja saya? Siapa yang berjasa menerbit hasil kerja saya?

Hos: Erm… silap saya… lebih kepada bawaan mulut bahawa prof adalah orang atau figure yang amat berjaya dalam bidang bio-kimia. Prof pada umur 28 telah membongkar satu penemuan yang para saintis menganggapkannya suatu keajaiban. Suatu yang mustahil tetapi berlaku juga. Prof menemui sejenis ubat yang diberi nama KAPSUL:-D.

Prof: Ya. Tidak sangka itu turut dicatit dalam sejarah bahawa saya adalah orang yang menemui satu formula kimia yang membolehkan orang yang murung atau tidak mampu tersenyum untuk senyum kembali. Tidak kira apa sebab yang membuatkan seseorang manusia itu tidak mampu tersenyum. Mungkin psikologi, mungkin penyakit atau mungkin fizikal. Tapi, setelah mengambil KAPSUL :-D, mereka akan mampu tersenyum.

Hos: Adakah kapsul ini seperti pil kuda, ecstacy dan pil khayal?

Prof: Tidak sama sekali. Saudara kena melihat penciptaan pil ini dari sudut yang positif. Cuba bayangkan seseorang itu terkena penyakit strok dan mulutnya sudah herot dan tidak mampu tersenyum seperti biasa, maka, kemurungan yang dilalui itu akan membuatkan pesakit strok itu hilang semangat mahu hidup. Setiap ahli keluarga pun akan rasa jelik melihat muka yang murung, maka, apakah satu pengertian besar kalau pesakit strok itu mampu tersenyum. Walaupun mengalami strok yang sudah membengkokkan mulut

Hos: Apakah ubat ini bermain dengan saraf dan boleh merosakkan saraf para penggunanya?

Prof: Tidak sama sekali. Para saintis agak terkejut apabila kapsul ini mula dikeluarkan kerana ubat ini langsung tidak kena mengena dengan saraf mahupun otak. Dari kajian bertahun-tahun yang saya lakukan, ubat ini berjaya memberi kejutan ke arah otot sekeliling pipi, dagu dan gusi ( *prof meraba dagu, pipi dan bibirnya ) untuk tersenyum.

Hos: Apakah gila namanya jika pengguna pil ini tersenyum sendirian.

Prof: Oh, bukan begitu. Setiap kali seseorang individu makan kapsul ini, maka dia boleh memilih bila dia mahu tersenyum. Ingat, saudara, sindrom gila itu lebih kepada ketawa. Semyum tidak pula membawa kemudaratan, malah, jikalau kita mampu tersenyum sepanjang mana yang mungkin itu adalah rahsia awet muda. Persepsi senyum seorang diri itu adalah gila silap sama sekali. Saudara boleh rujuk mereka yang berkata sedimikian itu gila. (*prof tersenyum seketika )

Hos : Oh. Namun jikalau pengguna kapsul ini tidak mahu senyum, apakah respons mimik muka?

Prof: Mereka takkan menunjukkan mimik muka sebik, sugul mahupun murung. Seolah mimik muka sebegitu tidak pernah wujud dalam kamus hidup mereka. Pendek kata, samada mereka ceria tersenyum ataupun berwajah neutral.

Hos: Apakah pengenalan ubat ini berlawanan dengan kuasa tuhan?

Prof: Saya tidak berpendapat sebegitu, saya lebih berpegang kepada idea yang mengatakan senyum itu adalah sedekah, sedia maklum, pernyataan tadi sudah termaktub dalam agama.

Hos: Prof akan menjalankan hukuman mati tidak lama lagi atas kesalahan melakukan jenayah yang berunsur penganiayaan, apa komen prof?

Prof: Saya redha dengan penilaian dan penghakiman orang diseliling saya. Dan saya akan hadapi hukuman berkenaan dalam masa dua minggu lagi.

Hos : mengapa prof sanggup melakukan satu penganiayaan yang sungguh kejam?

Prof: Kejam? Saya rasa saudara sendiri akan takut mahu duduk dan menemuramah saya dalam pertemuan empat mata ini. Adakah saudara nampak saya sebagai orang yang mampu menghempuk kerusi kayu ini pada muka saudara sampai pecah? Adakah saya mampu menusuk pen ini dalam kerongkong saudara sampai saudara berlumuran darah? Saya berumur 58 tahun kini. Saudara kena faham. Pernyataan kejam itu bukan sesuai untuk saya.

Hos: Namun, prof adalah penjenayah, sudah ditahan dan akan menjalankan hukuman…

Prof: Saudara rasa orang yang bersalah itu selama ini sengaja memilih untuk menjadi jahat? Saya rasa saudara silap besar melabel mereka sebegitu rupa. Apa orang yang senyap itu lemah dan lembik? Apa orang yang tidak berkawan ramai dipulau oleh masyarakat? Sesungguhkan fikiran saudara cetek belaka.

Hos: Saya mohon untuk menarik balik pernyataan saya tadi. Saya minta maaf.

Prof: teruskan

Hos: Berbalik kepada jenayah yang prof lakukan genap sepuluh tahun dahulu, difahamkan prof telah menemui dan menyebarkan VIRUS :-C, atau dalam bahasa saintifiknya ‘colonus dashus-C’yang amat mudah berjangkit dan membuat penghidapnya tak mampu tersenyum sama sekali. Mengapa prof tergamak melakukan satu penciptaan yang begitu merosakkan?

Prof: Saya fikir orang tersenyum ini menjadi terlalu mabuk dalam senyuman mereka.

Hos: Maksud prof?

Prof: Sebelum saya berlepas ke luar negara untuk menimba ilmu bio-kimia 40 tahun lalu, saya berada di lapangan terbang dan disekeliling saya, saya ternampak individu seumpama saya yang akan melanjutkan pelajaran. Mereka semua digerumuni rakan yang tergelak, tersenyum dan berpelukan. Saya berasa hairan kerana tidak pula dihantar sebegitu rupa, maka saya sisihkan gerak hati itu untuk terus ke luar negara dan menimba ilmu supaya bila saya pulang, saya akan digerumuni oleh ramai orang yang ikhlas tersenyum, tergelak dan ketawa bersama saya…

Hos: teruskan

Prof: namun, bila saya pulang untuk cuti panjang, saya terperangkap dalam satu keadaan dimana saya bagai disisih. Semua yang turun kapal terbang disambut bahagia dengan gelak ketawa, tangisan gembira dan hadiah pelbagai bentuk.Saya bagai angin yang menyusup diantara ratusan manusia yang menanti dan dinanti disitu. Namun, saya memberitahu diri saya bahawa saya akan mendapat layanan sebegitu rupa suatu hari nanti. Maka, saya terus berkerja keras…Semua rakan yang menuntut diluar negara kembali sini dengan album foto homecoming mereka. Namun, bila saya jejak tanah air sendiri, tidak pernah ada deretan rakan, mahupun seorang yang akan bertanya khabar. Manakan mampu saya berbuat album sebegitu rupa.

Hos: hmm…

Prof: Saya memberitahu diri saya bahawa mungkin jasa akan membuatkan saya diingati dan dikelilingi orang. Saya berazam tidak mahu menyisihkan diri dari sesiapa mahupun disisihkan, jadi, saya akan menghulurkan pertolongan dimana yang saya mampu, menolak dimana saya mahu. Saya cuba melibatkan diri dalam apa jua keramaian yang dijemput. Namun saya ada juga menebal muka ke keramaian yang tidak dijemput cuma untuk mencari kenalan baru, namun strategi saya itu tidaklah seberapa menjadi kerana mereka yang saya kenal nampak tidak mahu ‘melekat’ pada saya. Mereka cuma cuma berborak sejam-dua dan kemudian lupa akan saya esok hari. Kemudian terdengar bisik-bisik dibawa angin bahawa saya sekeras-kerasnya tidak dijemput ke keramaian tertentu. Apa wujud kebencian kerana saya menjadi mesra?

Hos: Adakah prof ini gila status atau gila mahu disanjung? Salah satu?

Prof: Sudah 20 tahun saya buat penyelidikan bio-kimia. Saya bukan mahukan satu patung besi dibuat dengan nama saya tertera dengan besarnya di kakinya. Bukanlah saya mahu sebatang jalan di ibu kota diberikan sempena nama saya. Saya cuma mahu menjalani hidup seperti manusia biasa juga. Saya mahu orang bertanya khabar dengan saya secara bersemuka. Saya mahu orang menjemput saya dalam majlis keramaian mereka, dimana saya boleh mencurah ilmu saya dalam perbualan mereka daripada berborak kosong. Saya mencipta KAPSUL:-D, itupun saya tidak namakan formula itu atas nama saya kerana bukan publisiti yang saya mahukan. 100tahun lagi majoriti orang takkan tahu siapa pencipta KAPSUL:-D kerana tiada nama saya di formulanya seperti Bernoulli, Phytogoras, atau Pasteur. Rata-rata pengguna berpuas hati, tapi, apa yang mereka lakukan lepas dapat menikmati rasa tersenyum melebar? Mereka pergi buat gathering di restoran ternama dan mahal belaka dan mula mengambil foto dan poskan dalam facebook seumpama mereka malu mengaku mereka mempunyai babak sedih dalam hidup mereka.

Hos: Bagaimana prof tahu mereka tak ada babak sedih dalam hidup mereka?

Prof: Saya tidak katakan mereka TIDAK mempunyai babak sedih, saya cuma lihat mereka ini amat malu mahu mengaku mereka ada kesedihan dalam hidup mereka. Mereka mula bisik-bisik dalam kemabukan mereka tersenyum bahawa orang yang sunyi dan muram ini tidak ada kehidupan. No life. Menjadi satu darjat baharu bagi yang mampu tersenyum dan tidak mampu senyum. Mereka mabuk dalam senyuman sehinggakan mereka menyisih mereka yang tidak mampu tersenyum.

Hos: Maksud prof, prof kini menyebelahi orang yang tidak mampu tersenyum pula? Bukankah prof mahu sangat orang tersenyum melalui formula KAPSUL:-D

Prof: Niat saya membuat KAPSUL:-D adalah untuk membuat orang yang muram tidak disisih atau dipandang rendah oleh masyarakat. Kajian psikologi pun telah membuktikan senyum itu kunci untuk menjalinkan talian persahabatan dan melembutkan hati orang untuk mendekati kita. Namun, persahabatan kini tidak semudah secangkir senyuman. Saya mendengar anak muda yang tidak didekati semata-mata tidak mempunyai kenderaan. Orang perempuan suri-rumah tidak didekati kerana lengan mereka tak ada emas bergantang-gantang sampai ke siku. Kontraktor murah senyuman takkan dapat kontrak kalau tidak kenal ‘orang dalam’. Senyum bukan sesuatu yang signifikan dunia sekarang ni. Selama ni mereka makan pil itu cuma untuk dimabukkan sahaja.

Hos: Adakah sebab prof membuat VIRUS:-C atau colonus dashus-C adalah untuk dendam? Kalau benar, siapakah dendam prof sebenarnya?

Prof: Perlukah saya sebut sekali lagi. 20tahun lamanya. Kalau saudara ada anak, maka anak itu sudah mampu memberi sekurang-kurangnya hadiah untuk saudara dan membuat saudara tersenyum. Saya berjasa melalui penciptaan KAPSUL:-D selama 20 tahun. Selama 20tahun itulah saya memberi senyuman kepada orang. Namun, saya bagai ditimpa musibah. Reunion saya tidak dijemput, keramaian saya dilupakan, kalau diajakpun sekadar pemetik butang kamera sahaja, sedangkan orang lain yang masuk gambar. Ikhlas, saya terasa saya tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Saya bukanlah minta patung besi rupa saya dibina atau sebatang jalan di kotaraya dinamakan sempena saya mahupun kapsul saya. Maka, pada umur 48, saya membuat keputusan mematikan penyelidikan KAPSUL:-D dan secara diam-diam saya membuat VIRUS:-C supaya orang yang selama ni asyik gembira dan melihat orang yang muram sebagai darjat mereka yang lebih hina merasakan akibatnya menjadi muram pada diri sendiri.

Hos: Maka, VIRUS:-C cuma membawa kemudaratan sahaja. Bolehkah dikata sebegitu?

Prof: Saya sendiri sedang hampir menemui VIRUS :-X ataupun colonus dashus-X supaya saya boleh mendiamkan manusia yang kenal rapat dengan saya. Ada segolongan mereka yang sanggup mengeluarkan anasir buruk agar orang yang baru mahu berkawan dengan saya menjauhi dan membatalkan niat untuk berkawan dengan saya. Tapi saya tidak berkesempatan. Selepas sepuluh tahun keluar masuk mahkamah, barulah mereka memutuskan hukuman mati untuk saya.

Hos: Akibat penularan VIRUS:-C, maka artis sudah tidak dapat berkerja dan mengusahakan industri mereka. Pelawak sudah tidak boleh bergiat dalam bidang mereka. Salesman apatah lagi badut di sarkis harus meletakkan jawatan mereka. Ramai yang tidak sama sekali berkait dengan hidup prof terkena bencana virus ini. Peguam tertinggi memberikan prof peluang untuk melepaskan diri dari tali gantung kalau prof bersetuju mahu mencari penawar VIRUS:-C untuk kebaikan sejagat. Apakah prof mahu menerima tawaran hakim tertinggi ini?

Prof: Sehingga saat terakhir hukuman pun saya tidak akan menerima tawaran itu. Manusia alpa. Manusia malu mengaku mereka sunyi. Sunyi itu jijik. No life kunun-kununnya. Manusia memilih kawan mengikut status, gaya hidup,keturunan, apa mereka boleh tawar, besar-kecil rumah mereka. Sekarang, kita boleh lihat semua bermuka cebik, dan berasa peritnya gembira-gembira mereka hidup dalam status tinggi, mereka tercebik masam muka, sugul dan tahu betapa mahalnya harga senyum itu. Saya menerima hukuman yang ditetapkan. Biar manusia diklasifikan dalam satu riak muka.

Hos: Setelah mendengar penjelasan prof, nampaknya prof membuat keputusan mengikut emosi. Bukan mengikut lunas rasional.

Prof: Saudara, saya tidak kisah kalau saudara berpendapat sebegitu. Saya gemar mengulangi ayat ‘jasa’. Kalau saudara tidak diletakkan tempat sepatutnya oleh orang sekeliling, barulah saudara sendiri tahu betapa lancarnya dan tidak teragak-agak saya membuat keputusan itu sepuluh tahun lalu.

0 com

Kapkek


Cerpen ini adalah rekaan semata-mata. Tidak bersabit dengan mana-mana individu, organisasasi dan syarikat samada dulu mahupun kini.


“ Mak isla nak claim duit… beli acuan cupcake “, demikian kata Risla. Anak dara 21 tahun itu yang baharu saja pulang rumah. Tengahari panas-panas terik itu, Mak cik Menon sibuk membetulkan anting-anting dan mencari sepatu untuk gathering bersama mak cik lain menjamah di restoran eksklusif ala-english style. Datang pula si-Risla anak dara berbaju t-shirt dan jeans ketat terkedek-kedek mau minta claim. Mak Cik Menon memperosek beg tangan dan menghulurkan anaknya not berwarna ungu. Senyum melebarlah Risla sambil meluahkan “sayang mommy” dan menerpa dia ke dapur.

Mak Cik Menon pun tak ambil peduli sangat. Dia kenal sangat perangai anak daranya itu. Bulan lepas dipinta sebuah kamera digital yang beratnya menjangkau 2kilo. Badan kamera itu serba hitam dan kanta fokusnya bak muncung tapir yang ditakik. Boleh pula muncung itu dipisah dan diganti. Masa itu aktif sungguh si-Risla itu keluar rumah. Kunun-kununnya untuk mengambil foto dirinya dalam pelbagai perspektif senario kehidupan harian secara serba spontan. Terhegeh-hegeh minum kopi di bistro disuruh rakan snap dari sudut itu dan sudut ini. Dari celahan cawan kopi berjenama mahal. Dari cermin luar kedai. Tersingihlah Risla dari pipi ke pipi dengan kaca mata gelap tint warna coklat semacam selut cair.

Namun disedari perbuatan itu menzahirkan rasa tidak selesa rakan-rakan yang terasa bagai kuli memikul kamera dua kilo. Maka Risla mengambil gambar sendiri, kali ini kamera digital yang nipis belaka, kamera 200gram. Kamera 2kilo itu dibiar berhabuk dalam kotak. Ah, benci Risla kerana perasaan diambil gambar itu lebih syiok berbanding mengambil gambar. Apa bila
flash dibuka, biji matanya jadi macam toyol. Apa bila flash ditutup, mukanya jadi kabur macam kapur blackboard dicalit laju, macam palesit kena jampi. Apabila ada tripod dan flash ditutup, mukanya jadi pucat overexposure. Apabila ada tripod, flash ditutup dan masalah overexposure tiada lagi, maka lemak dibawah dagu pula terselak. Kena pula jatuhan fringe rambutnya kurang 60darjah. Sial!

Rakan-rakan Risla ada mensyorkan jenama Olimpos kerana gambar yang dijana nampak begitu fotogenik dan kurang kabur. Dibeli Olimpos, namun jauh dari fotogenik dan kurang kabur. Kemudian, ada sekelompok rakan-rakan mensyorkan jenama Kudak. Atas alasan foto yang dijana warnanya lebih berseri. Olimpos itu diberi pada adiknya, Boboy dan kamera Kudak pula dipakai. Namun, Kudak pun tidak memenuhi citarasa matanya yang mahukan gambar mampu memberi impak maksima. Dia mahu foto dirinya mempunyai aura dan melambangkan dirinya remaja yang serba aktif dan lincah. Siang mahupun malam. Dalam mahupun luar rumah.

“ Boboy, datang sini jap! “, maka turunlah boboy yang umurnya dalam lingkungan budak baru baligh dengan peluhnya berbau milo. Al-maklum, budak baru baligh badannya kuat merembes peluh. Maka tersipu-sipu boboy masuk dapur sambil menggaru belakang tengkok: “ Apa dia kak? “

“ Boboy, ambil boboy punya kamera… kakak nak buat
cupcake ni… “, boboy teruja sedikit dengan niat baik kakaknya itu mahu buat cupcake. Tambah pula, cupcake menjadi makanan kegemarannya, buat masa itu. Dulu diketagih biskut Famus Amus. Tak kurang 300gram biskut Famus Amus ditapau sekali beli.Al-maklum biskut coklat itu mahal belaka selain memekatkan lagi rembesan peluh boboy yang baharu baligh itu. Nasib baik mak cik Menon ibunda boboy dan Risla itu tidak berkira bab-bab duit. Tambah-tambah lagi bab makan anak-anaknya.

“ Okei kak”, kata boboy, mundar mandir berundur ke biliknya. Tapi langkahnya seumpama terbantut seketika. Dia berpatah dan menerpa pada Risla

“ Kakak mau buat
cupcake ke? “ bulat mata boboy bersoal. Risla dengan segala paket tepung penaik, sarung kertas, acuan cupcake, air siap disukat, mesin pangacau dan mangkuk pengadun tersedia atas meja itu melihat tepat pada boboy. Lepas itu mata hitamnya dituju ke langit sambil berkata : “ Duhhh…. What else “. Pinggul dalam jeans ketat itu tersenget kiri ke kanan ke kiri. Entah dia pikap perangai itu dari zaman menonton Lizzie Mcguire kot.

“ okei “ barulah boboy beredar ke biliknya untuk mengambil kamera digital Olimpos yang dihadiahkan Risla suatu ketika dahulu. Risla didapur sibuk mencurah air dan menyediakan adunan untuk percubaan membuat cupcake pertamanya. Dia mengakui dia gemar
cupcake.

Gemar itu berputik semenjak rakan-rakannya di kolej pun terpaut dengan rasa manis dan ke-‘cumil’an cupcake dalam bekasnya yang kecil dan tersendiri. Seni icing di muka cupcake pula menambahkan rasa ke’chumil’an. Setiap kali ada temasya hari lahir, maka ternga-nga mulut Risla memuji memuja “ooo… cumil… cumil…. Cumil”. Tatkala, terkinja-kinjalah Risla mahu men-
associate-kan dirinya dengan cupcake.

Cupcake itulah hidupnya. Kira kalau Risla berdiri dihadapan cermin
make-up, lantunan imej itu haruslah cupcake yang simboliknya kecil, manis dan mudah dinikmati dimana jua. Risla berkira-kira kalau dia serius menjadikan cupcake itu matlamat dan nawaitu hidupnya, dia mampu men-komersialkan cupcake. Digabungkan dengan daya seni dirinya yang kini pulun membaca tentang Salvator Dali dan Andy Warhol, Risla pasti akan memulakan satu fenomena seni dan makanan yang belum pernah disaksikan di tanah air.

“ Kak, nak ambil gambar sekarang ke? “ boboy muncul kembali di dapur.

“ Sekejap “, Risla menurunkan
fringe rambutnya itu menutup dahi dongganya. “ Okei “

Kerana menggoreng ikan senohong, asam pedas ikan pari cicah pucuk paku atau membuat gulai isi ikan merah itu kurang glamournya dari membuat cupcake. Maka, percubaannya itu mahu difotografkan dan dikamirkan dalam satu album, dipos dalam
facebook buat tatapan rakan-rakan. Bukti Risla ini bukanlah takut akan peralatan dapur dan berkemampuan menilai cupcake dari sudut berbeza. Kerana cupcake itu sudah menjadi nawaitu dan matlamat hidupnya. Samalah dengan muffin dan brownies tiga empat tahun dahulu, namun mereka yang lain sudah lama dibuang jauh dari sudut hati.

“ boboy amik gambar dari tepi cabinet tu, bila kakak kacau
mixture tu, boboy snap “ arah Risla pada adiknya. Boboy mengangguk-angguk. “ Boboy ambil banyak gambar tau…” arah Risla sekali lagi kerana sudah tahu ada banyak gambar itu akan kabur, bergegar atau nampak gemuk.

Resipi dari laman web sudah dicetak dan ditampal pada badan peti ais KELVINATOR. Risla sudah khatam resipi itu dua tiga kali, namun dicetak sahaja takut-takut ada kemusykilan yang boleh membuat kulit kepalanya terasa gatal. Tiga perisa cupcake dipertaruhkan; caramel, strawberry dan vanilla. Laman internet yang dirujuk ada rekomen perisa pandan serai, tongkat ali, butter prawn dan herba tradisional. Namun, Risla memilih perisa yang lebih
mainstream dan uptrend.

“ Boboy ambil gambar kakak dok isi acuan ni… bagi
background nampak oven tau! “, maka boboy sebagai adik mithali ikut sahaja. Terkang-kang sana sini dia mensnap gambar kakaknya yang dalam percubaan pertama membuat cupcake. Risla yakin dia bakal melakar sejarah dengan cameo-nya dalam bidang cupcake yang serba sedap, manis dan cumil. Pasti mak-ayahnya akan memuji rasa sedap cupcake sulungnya itu. Sampaikah hati mak-ayah nak kata tak enak?

“ Boboy ambil gambar kakak ni “, kata Risla sambil menyumbat salah satu jarinya dalam mulut. Menguji rasa icing yang bakal menghias muka roti cupcake. Oh! Tak terkeru kelazatannya itu sehingga kelopak mata belah kiri terkatup rapat. Satu lagi foto, kelopak mata kanan pula terkatup rasa sambil batang jari mencerin jolok kedalam mulut. Yum! Yum!

“ Kak… boboy lapar lah… bila kek cawan nak siap “ kata boboy. Risla mengushar pelik adiknya. “ Kek cawan…? Hehhe, sapa ajar boboy cakap kek cawan”, berkerut kening Risla dengan rambut diikat rapi.

“ Cikgu Bahasa Malaysia…Habis tu? “ boboy merenung kembali kakaknya.

“
Cupcake lah… “ jawab Risla sambil terus menyediakan adunan. Peluh mula meniti batang tengkok. Aisey! Rupanya Risla sedar bahawa syiok menjadi orang melahap cupcake berbeza dengan siksa orang yang pulun membuat cupcake. Pengajaran yang sama seperti dia membeli kamera 2kilo dahulu dan menyuruh orang mengambil foto berbanding dia mengambil foto sendiri. Apa-apa jelah.

Sejam berlalu, dan
batch pertama cupcake berperisa caramel sudah siap. Tersenyum melebar Risla kerana buah tangannya itu dihasilkan tanpa cacat cela. Alhamdulillah! Dibubuh icing mengikut paten idaman hati. Salah satu cupcake itu diletak atas tapak tangan dan ditala pada kanta kamera. Sebelah tangan lagi menunjuk tanda ‘peace’. Biji mata hitamnya pula dihala ke langit.

Risla sudah memasang cita-cita membeli
holder cupcake, agar dalam satu foto, bolehlah sedozen kek cumil ini disusun dan difotografkan sekaligus. Ah! Tak sabar nak tunggu mak dan ayahnya pulang dan menikmati buah tangannya itu. Menari-nari anak Risla di dapur. Namun pergerakan agak terhad dalam jeans ketat itu. Boboy pula menaruh harapan mahu mencuba buah tangan kakaknya itu. Risla mahu menjemput dua tiga orang rakan untuk mencuba cupcakenya berserta secawan kopi susu disisip dengan gosip kolej termutahir.

Boboy mengapai tangan dan mengambil salah satu kek cawan. Dia menikmati perlahan-lahan. Bibirnya menjadi comot tatkala icing dan krim berlaga dengan mulutnya. Nasib boboy yang baru baligh itu belum tumbuh misai lebat. Masakan penuh krim bawah hidungnya.

“ Sedap tak?” tanya Risla yang sibuk menyediakan
batch kedua cupcake. Giliran perisa vanilla pula. “Sedaaaaap” jawab boboy sambil menjilat-jilat bahagian atas muncung mulutnya. Kerana cupcake itu lebih besar dari bukaan mulutnya.

Risla mengambil peluang itu untuk melihat kembali foto yang ditangkap oleh kamera digital Olimpos milik boboy. Lepas ini, gambar itu harus di
transfer dalam laptop untuk proses turasan dan seleksi, kemudian barulah dibawa masuk kedalam facebook. Tersengih-sengih Risla sendirian. Boboy pula sudah masuk cupcake keduanya.

Tetiba terdengan bunyi dentuman menghempap lantai, disusuli dengan bunyi sudu. Risla yang tadi tersengih-sengih macam hilang akal itu tersentak. Dia terus menjenguk ke dapur dan mendapati boboy sudah terlentang atas lantai tidak bernafas. Sisa
Cupcake keadaan separuh kunyah bercampur air liur berhamburan di lantai. Liat dan bersepal, Risla mencapai adiknya dan mencucuk-cucuk pinggang adiknya. Menggertu dua tiga kali sampai pasti bahawa adiknya itu tidak bergurau senda. Mengetahui adiknya sudah pengsan, Risla terus menelefon ambulans.

Di hospital, Risla berjumpa dengan mak ayahnya. Doktor memberitahu bahawa boboy mengalami penyakit batu karang dan kini dalam tahap kritikal. Memperlukan pembedahan segera. Punca
gallstone yang dialami boboy disebabkan oleh melamine yang terkandung dalam kuantiti tinggi dalam produk tenusu dari China. Risla yang masih berair matanya macam pernah terdengar perkataan ‘melamine’, walaupun dia kerap menonton Star Muvvie dan EmbTV melalui Assthrow, namun sekali sekala dia tertekan saluran berita terdengar pembaca menceritakan tentang skandal melamine.

Encik Torab, bapa kepada boboy memberitahu doctor agar perkara ini dirahsiakan dari pengetahuan orang yang tidak berkenaan. Mengapa? Tanya doctor yang berkerut keningnya. Maka Encik Torab menarik kolar putih secara perlahan ke suatu sudut hospital:
Can we talk in privacy? Doktor yang merawat boboy itu membawa Encik Torab ke satu bilik yang ada privacy.

DUA BULAN SEBELUM BOBOY PENGSAN

Encik Torab sedang menyain dokumen-dokumen di pejabatnya. Ketika itu muncul satu arahan dari urusetia tinggi kementerian untuk mennyah-stok produk yang diuji dan disah mengandungi melamine. Banyak syarikat besar yang produknya disah mengandungi bahan tenusu dari China harus ditarik balik dan dinyahkan.

Salah satu syarikat besar multinasional adalah X DAIRY. Syarikat ini harus menyah-stok bernilai kira-kira puluhan juta ringgit. Encik Torab lah yang akan menjatuhkan tanda tangan dimana penguatkuasa akan turun padan dan mengutip stok ini untuk dinyahkan.

Pak Yusuf, si-kerani menyusup masuk ke bilik Encik Toorab dan menyerahkan sampul coklat berukuran 420mmX297mm. Dia berkata bahawa isi sampul itu penting dan harus dirahsiakan dari mereka yang tidak berkenaan. Memang Encik Torab sudah dapat bau bahawa itu adalah tawaran/habuan/sagu-hati untuk menggunakan kuasa yang ada pada dirinya untuk memberi ‘pengecualian’ supaya produk X DAIRY dikecualikan dari tindakan nyahstok seperti yang disyorkan.

Tidak ada pula ditulis nama syarikat itu, namun, orang tengah yang beurusan dengan Encik Torab itu adalah pekerja kontrak yang diupah oleh X DAIRY. Dikhuatiri Encik Torab melaporkan perkara ini pada agensi pencegah rasuah, maka, makin parahlah masalah X DAIRY yang sudahpun dibebani dengan masalah melamine. X DAIRY seboleh-boleh tidak mahu berhubung terus dengan Encik Torab. KECUALI, kalau dia berminat untuk membantu.

Tidak disangka, Encik Torab mahu membantu. Maka produk X DAIRY terlepas dari tindakan nyah-stok yang diarahkan bawah kuasa Encik Torab sendiri. Untuk minggu pertama; Encik Torab disuap RM15,000. Masa itu Risla menjadi anak bertuah dan dihadiahkan dengan kamera 2kilo semi-professional. Mak Cik Menon dihadiahkan anting-anting bersalut emas. Boboy dengan 300gram Famus Amusnya. Minggu kedua RM10,000 dipam masuk. Risla mendapat kamera Olimpos dan Kudak-nya.

Namun, atas dasar sayang keluarga sendiri, Encik Torab ada mencetak satu senarai produk yang betul-betul mengandungi melamine termasuk produk X DAIRY yabg dibiarkan di pasaran. Senarai ini dicetak dan diletakkan pada badan peti-ais KELVINATOR untuk dirujuk. Namun, Risla mahupun Mak Cik Menon terlepas pandang. Resipi cupcake Risla sudah ditampal atas senarai melamine itu.

DI HOSPITAL ;

“
Please doctor, do not include this in your medical report that my son had complications of melamine, I’ll personally pay the medical bill if needed, no need to refer to my department “ bisik Encik Torab.

“
Indeed, if you pay your medical bills, they will surely suspect you Mr.Torab. At this point I cannot help you except to offer best treatment for your son “
“
I’m not going to be involved in this… many died of melamine you know “ tambah doktor itu.
0 com

Ambitious October Uprising. Its On!


Finally, I have ruled out a concrete guideline/roadmap/plans for my intermediate duration aim, It’s the October Uprising which I am referring to. A leap of stance which may be noticeable to my dear friends and saudaras. Yes, it is like a new year resolution, instead this one is made on second half or the year ( mid June ) which targets spanned on to October. The prime aim of OU would be “preparing the basis for a stable and solid relationship” in other words, I would have been prepared to usher new relationship by the target month. This basically means; a new relationship itself can start during October itself, perhaps later (2 or 3 months, but not early ), so, that is what OU prime target was.



Yet, the whole principle of OU itself is not wholly about having a lover by October, but it has aims to improvise myself as well, like killing birds with one stone, OU is indeed a self-improvising drive which aims were nothing more than leading to positivity of living. OU also moves beyond the individual boundaries. OU shall sees me improving ties with friends and winning the hearts and minds of my parents which seems declining since 2003. The first five aims that I have self-imposed inside OU are:-

  1. Less talk, more work: talking is actually revealing weakness. Instead of too much talking and moving lips with just hot air coming out, time can be compensated with actions which resulted in appreciation and respect.
  2. Live Frugal! : In the days where Malaysia living cost is spiking like durian thorns, there is nothing else than to cut cost and review the way of living to allow better savings and putting limited resources on vital, important and prioritized matters
  3. Courtesy + Caring: I get temperate easily, so I guess, I need to further have more caring and courtesy inside of me, to rejoice and expect a return which is much more fulfilling.
  4. Glasnost : Being frank in almost everything I tell, in the sense of hiding, non-pretentious and honest to everybody around me.
  5. Sporting : Indulge myself in more sporting activities, to keep the body fit and mind healthy.
Amongst the motto for OU are: "may the sun shine again", yet I have seen the possibilities of OU that went to extent of more than 'ending single life by October' as it would turn to be a 'tragedy october', so, I concluded that OU would be having periphery motto. Two of them, first is "rekindling hope, its on!" and the third is "a rush of fresh air awaits"

Well, October, here I come!
0 com

Gambir and its various purpose

My trip to Sarawak made me stumbled upon something unique and hard to be found elsewhere. Imbued within its name, the Gambir Sarawak is sensationally known for its function to enhance the sexual intercourse length to say…. 2 or 3 times longer?

Well, I neither tested nor ‘mythbust’ that. But, what I observed can be a little shocking. This sought after traditional herb/remedy(?), are capable of reducing ulcer pains, blisters pains, toothache, bee sting and also used by tattoo maker as sort of painkiller.

The wonders of Gambir Sarawak, from the exotic rainforest rich state of Sarawak. Available in ready-to-use miniature glass liquid edition or dried prepare-it-yourself chunks. Hmm… handy and useful.

Holy macro bitch in a box!


Up close and personalGenie in a bottle
Be patient honey…. Read the instructions, available at the back
The 3+1 combo: Both Armani Exchange wallet and Gucci handbag friendly
1 com

Yada, yada, yada...


Welcome to smalltalk.

Basically this is the sister blog to Tudya ( tudya.blogspot.com ), which are smaller in entry sizes and covers about petty, small, tabloid or even useless matter. It would be the exact opposite of Tudya. So... drop by if u want to take things lightly, because smalltalk takes it to the centrestage.

Thank you... and have a nice day!