0 com

Perang di Pintu Sebelah


Cerpen ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu, organisasi atau pertubuhan dahulu, kini dan selamanya

Kalau aku bersama ayah sudah tentu aku sekarang sedap menjamah ais-krim haagen-danz, milkshake Selfrado atau Lecka-lecka. Oh! Untuk Lecka-lecka mereka tidak panggil ais-krim, kerana bukan krim yang aku jamah, tapi buah-buahan. Realfruits! Aku boleh merasa atas lidah aku biji benih kiwi atau strawberi dan mengigit-gigit sampai lumat kemudian aku telan. Tapi sekarang aku bersama nenek. Nek Yah aku panggil dia, dia tidak mengerti apa itu gelato,setiap kali aku sebut gelato dia buat muka pelik dan aku takut dia salah faham gelato itu gelatin lemak babi, tapi gelato bukan gelatin. Aku tak nak dia salah faham ayah menyuap aku benda yang haram. Dalam ugama, perkara haram yang menjadi sebahagian daging kita akan dijadikan bahan bakar di neraka kelak.

Ayah suka bercerita sebelum aku lelap tidur. Setiap malam ayah duduk diatas katil menhampiri aku dan melurut dahi aku dan mula bercerita, macam-macam cerita ayah dan hebat kisahnya itu menjadi inspirasi untuk aku menulis karangan di sekolah rendah. Kadang kala ayah membiarkan kisahnya tergantung dan aku tidur dalam kebingungan. Malam esok, dia sambung kembali kisahnya. Pernah suatu ketika ayah memberitahu aku tentang Nek Yah. Dia bercerita bahawa Nek Yahlah yang mengasuhnya sejak kecil. Apa itu mengasuh? Ayah berkata mengasuh itu seumpama menjaga,taking care dan ayah mengaji hingga ke University of Sheffield. Apa itu mengaji? Dan ayah tersenyum menjawab mengaji itu study.

“ Dia punya ayah sibuk kirija “ Nek Yah menghulurkan aku ais-krim yang dicedok dari kotak aluminum yang menumpang belakang motor kapcai. Dikotak itu ada kad tertera pelbagai rupa dan bentuk, aiskrim untuk dipilih. Aku tengok budak lain menunjuk-nunjuk pada kad itu dan Apek Seng akan mengeluarkan aiskrim itu dari pintu kecil atas kotak aluminum. Aiyo! Ini budak manyak lambat mau pilih, Apek Seng kemudian menghulur tangan dalam kotak aluminium menyodok dan menonyoh pada wafer. Inilah aku menjamah aiskrim yang tiada biji benih strawberi mahupun kiwi. Wafer pula keras dan rapuh sampai berterabur bila aku gigit.

“ Habis mengaji, ayah dia balik itu jam masa ekonomi tadak elok punya “ terang Nek Yam kepada Apek Seng. “Woo… itu tahun simbilan puloh lapan punya ekonomi ka? “ Ayah pulang dengan rasa hambar kerana waktu itu susah untuk dapat kerja. Tiada banyak yang dilakukan ayah sewaktu itu selain menghantar surat sana sini dari rumah Nek Yah. “ Ayah dia manyak susah hati, saya suruh dia kasi sabar, tapi ini darah muda woo… manyak angin punya! “ tambah Nek Yah. “ Lu bagitau anak lu suro dia datang sini saya kasi aiskrim tulun itu angin, suma olang susa ma itu tahun 98 ekonomi tulun, gua sendili sudah mau jual ini bisnes tau ka! “ Apek Seng mengeruh. Aku melihat budak lain cerdas bermain dengan jonkat-jongkit, aci-ligan dan gelongsor. Aku teringin bermain sekali, ada seorang budak disitu berkata “ Adam! Jom main galah panjang! “ kemudian dia berlari tenggelam dalam keramaian budak lincah lain yang asyik seronok bermain. Nek Yah mengenggam erat sebelah tangan aku sambil berborak dengan Apek Seng. Seolah tidak membenarkan aku pergi bermain.

Ibu pun kuat berborak. Dia berborak dengan Auntie Christine apabila dia mendadan rambut di salah satu Saloon di Plaza Damaz. Mereka akan duduk bersebelahan atas kerusi saloon yang besar dan berwarna hitam. Aku suka Plaza Damaz dan tiap-tiap minggu aku akan menemani ibu kesana. Tapi ibu akan memberi kelonggaran untuk aku duduk di luar saloon dan bermain dengan PSP yang aku bawa dari rumah. Aku tidak tahan dengan bau spray dan asap-asap yang keluar dari mesin mereka yang pelik dan serba bising.  Sering juga auntie Christine membawa anaknya Bernard. Aku berkawan rapat dengan Bernard dan kami akan bermain multiplayer game bersama-sama kerana dia juga mempunyai sebuah PSP yang dibawa dari rumah. Sesudah jemu bermain PSP, aku akan datang semula pada ibu yang masih petah berborak dengan auntie Christine digerumuni mesin-mesin bising dan lelaki memakai kemeja ketat hingga puting mereka membonjol, geli aku melihat mereka mengurut-urut kepala ibuku. Ibu akan menghulurkan duit untuk aku membeli bangels bersalut caramel yang ada dijual beberapa tingkat bawah saloon yang bising dan berbau toksik itu. Dan aku bersama Bernard akan berlumba siapa sampai dahulu

“ Tapi ayah dia ada kurang angin itu masa dia jumpa emak dia” dan Nek Yah bercerita pasal Ibu, seorang yang suka memakai baju putih dan seluar hitam. Aku bosan kerana itu seumpama unifom sekolah aku namun bila aku bertanya ibu “sayang Adam this is what I do… you want to see ibu wear something else, wait until weekends ok?” Iyalah, bapa sudah baru saja menjejak kaki ke tanah air dari mendaki menara gading, tatkala hati terpaut pada dara yang tidak mengenal masa melintas dalam kotak hatinya. Iryani. Maha-Suci itu bijak menyusun. Ibuku berkata ayahku seorang yang romantis dan menghiburkan hatinya, Menurut ibu, ayah seorang yang mempunyai daya rekacipta yang tinggi. Ayah gemar origami dan dia akan membuat origami berbentuk setangkai bunga atau buah hati dan menyelit dalam purse atau diselit celah rambut Iryani, ibuku, apabila tiada mata yang memerhati .Ibu tahu dalam hatinya, Asan, bapaku itu membuka lembaran yang tidak syak lagi akan membuahkan ikatan perkahwinan  “ Itu jam ramai orang tanya, bila Asan mau kahwin? “

“ Itu Asan mana mau ambil berat itu kahwin ma… kirija takdak, duit takdak, mana boleh mau kahwin dia kata” kata Nek Yah “ Tapi dia sayang itu Iryani “ aku menoleh pada Nek Yah kerana dia baru saja menyebut nama ibuku. Sudah dua minggu aku tinggal bersama nenek,aku rindukan ibu. “ Saya, tahun 1998, kirija cikgu punya, ajar bahasa inggelis, tadak kena buang kerja punya, arwah Hussain, laki saya kerja dengan MIDA pun tadak kena tendang. Ini Asan kasi mengaji jadi arkitek, tapi belum dapat kirija, dia sudah pening woo. Dia cakap itu kerajaan sudah korup, bikin tender projek masuk poket kroni, dia cakap tadak guna dia jadi arkitek… “

“ Haiya! Ini Asan manyak angin wooo! “ Apek Seng berkata, berdengus dia sejurus menangkap perenggan terakhir Nek Yah. “ Tapi tengok ini hari dia sudah hidup senang. Itu projek jambatan nombor2 dia dapat punya “ terang Nek Yah, kami antara dua orang manusia yang bangga dengan Asan ketika itu. Tapi aku hairan mengapa Nek Yah berbangga dengan bapaku, tapi banyak juga dia komplen tentang ayahku. Aku gembira Nek Yah dan Apek Seng sudah selesai berborak dan Nek Yah terus memimpin tangan aku menuju ke taman kominuniti. Disitu ada playground dan alat permainan yang sebahagian daripadanya rosak serta berkarat. Kalau ayah, sudah tentu dia membawa aku ke padang hijau di stadium untuk menyaksikan perlawanan Manchester United atau Chelsea yang bertandang ke Negara. Nanti ayah dengan ceria akan bersalaman pemain liga Inggeris ini dan mengambil foto bersama mereka. Aku juga tidak terkecuali. Pernah sekali aku didukung oleh Diedier Drogba dan ayahku girang mengambil foto. Foto itu ada di rumah aku di Sierramas. Bukan di rumah Nek Yah.

Rumah Nek Yah berbeza dengan rumah di Sierramas. Rumah Nek Yah tidak berbau potpourri, bau-buan di rumah Nek Yah ini mengikut keadaan, selepas goring ikan maka bau ikan gorenglah satu rumah, kemudian bau itu beransur hilang. Rumah di Sierramas itu berbau wangi dengan potpourri. Tak cukup dengan itu ibu akan meletakkan sepasu bunga segar dalam bekas kaca jernih berserta air. “ Ibu, we should let a goldfish swim inside the water” aku menggila mau melihat ikan emas berenang dalam menyelinap antara tangkai bunga. “ No, sayang goldfish isn’t supposed to be in flower bowl, they supposed to be in fishbowls “ ibu mendekati aku dan bertanya “did recently ate chocolates? “ aku menoleh-noleh kemudian dia memeluk aku, aku tahu ibu gusar comot aku melekat pada baju putih bersihnya itu.

“ Cik Yah oi! Sibuk bawa cucu, menantu mana?“ aku tak faham apa menantu itu. Bunyinya seperti hantu. Amat menakutkan terutamanya ketika aku berjauhan dari Sierramas. Namun ayah ada juga menerangkan menantu itu merujuk kepada daughter-in-laws atau son-in-laws. Ayah berkata kalau aku sudah berkahwin dan mendapat anak apa jua jantina, dan apabila dikahwinkan, si-pasangan anak itu jatuh pangkat menantu. Aku bertanya macam mana anak boleh datang/muncul/lahir? Ayah tersenyum dan mengusap kepalaku “someday you’ll know

 Menantu pada Nek Yah sudah semestinya merujuk kepada ibuku “ Oh! Cik Umairah! Iryani, dia sibuk… “

Iryani ibuku berkerja selaku seorang peguam. Sebab itulah pakaiannya itu sering dua tona. Hitam dan putih. Sekali-sekala sahaja aku boleh melihat ibu memakai pakaian berwarna selain hitam putih adalah sewaktu hari minggu. Tiap-tiap malam ibu akan berada dalam biliknya dan mejanya dipenuhi kertas dan buku. Berbeza dengan ayah dimana mejanya berselerak dengan kertas-kertasnya besar dan tertera bemacam lukisan, kertas-kertas ibu dipenuhi tulisan, tulisan, tulisan dan banyak tulisan.. Sekarang aku sudah habis makan aiskrim dan menoleh dan mendengar dari hujung telinga. Nenek bercakap pasal Ayah.

Ayah seorang idealis. Pernah sekali lewat tahun 1998, ibu-bapa Iryani, Nek Jah dan Tok Dollah makan malam dirumah yang aku tinggal sekarang, menurut Nek Yah,aku pun belum lahir lagi ketika itu dan Iryani, ibuku belum berkahwin dengan ayah. Ayah berseloroh betapa teruknya kerajaan yang memerintah dan menuduh kerajaan memerintah sebenarnya punca segala malapetaka ekonomi merudum itu. Tak tahu mengapa, tapi ayah dikatakan mempunyai kemarahan yang munasabab terhadap kerajaan ketika itu. Ayah secara halus merujuk kerajaan sebagai ‘lanun’, ‘jinggo’ dan ‘ baruah’. Pengalamannya belajar di luar negara mendedahkan dirinya kepada kebebasan bersuara, ketelusan dan kesama-rataan.

Ayah seorang yang mampu mencampur baur rasa marah dan gembiranya. Ayah ketika itu menzahirkan niatnya untuk berkahwin dengan Iryani disaksikan oleh Tok Dollah dan Nek Jah sendiri, tapi dia memohon satu tempoh agar dia boleh menyambung belajar dan mengambil lesen demi membuka sebuah firma arkitek sendiri. Nek Jah dan Tok Dollah ketika itu menyahut baik dan berharap hanya yang terbaik kerana Iryani itu anak bongsu mereka. Asan menzahirkan rasa segannya kepada Nek Yah dan Tok Hussain kerana tahun 1998 itu bukanlah sesuai sangat untuk berkenduri kendara apatah duit hantaran yang harus ditanggung kedua orang tua itu menyedari Iryani sendiri lepasan sarjana muda dalam bidang bukan calang-calang orang boleh melakukannya. “ Insyallah, Tuhan buka pintu rezeki lepas kahwin nanti “ namun ayah dikatakan lebih petah bercakap dari ibu “ Tahun 1998 tahun orang merusuh… bukan tahun orang kahwin”

Tatkala Ayah menyebut akan ‘harapan baru’ yang diimpikannya. Dia takkan membenarkan dirinya berkerja dibawah telunjuk ‘lanun’. Dalam susun alur keturunan itu harus ada anjakan yang akan mengeluarkan mereka dari takuk lama. “ Seperti keturunan kita dulu-dulu membajak tanah bertani, meneroka dan membela ternakan, hasil mereka dibeli mengikut harga kerajaan. Sekarang mak-ayah bekerja selaku government servant, gaji pencen mengikut ketetapan kerajaan, sekarang sudah tiba waktu untuk kami cari makan bukan mengikut huluran kerajaan. Tapi dengan cara betul “

Tidak ada sesiapa pada malam itu mengerti apa itu ‘harapan baru’ dan apa itu ‘cara betul’ yang diuar-uarkan Asan. Tok Hussain berkerja dengan MIDA yang terang-terangan menjadi tangan kerajaan dalam pembangunan industri tempatan. Nek Yah selaku guru sudah tidak syak lagi mencurah bakti atas gajian kementerian pelajaran. Tok Dollah walaupun memerah keringat dengan Bank Duniaputra ketika itu yang urustadbirnya  lebih berdisiplin dan ala-swasta, namun, dia tidak lupa Bank Duniaputra itu diasaskan kerajaan dengan niat menyimpan modal orang Melayu dalam pelbagai bidang ekonomi. Nek Jah bekerja selaku jururawat dengan sebuah hospital swasta yang majoriti sahamnya milik kerajaan melalui cabang perniagaan yang dipanggil Khazanah seperti itulah. Dan kerajaan meletakkan syarat agar banyak tempat diberikan untuk orang macam Nek Jah bekerja.

Maka, kerana kebergantungan Nek Jah dan Tok Dollah kepada kerajaan, dia mampu jua mendidik dan menghantar Iryani ke luar negara. Kini giliran Iryani mahu juga mahu menyahut ‘harapan baru’ yang dilontarkan oleh Asan. Ibu juga terdedah kepada demokrasi-barat, kebebasan bersuara dan kesama-rataan. Mereka berdua memegang erat cita-cita akan menjadi generasi Melayu yang dipacu oleh liberalisasi dan bukan lagi golongan tongkat besi. Generasi yang tidak perlu menadah tangan pada kerajaan untuk kenaikan gaji atau tempat dalam institusi tertentu. “ Saya rasa kalau mak silap pangkah, mesti mak kena hantar ke Bario atau Lahad Datu” usik ayah kepada nenek aku.

“ Aku biasa juga pangkah yang bukan jenis kita sekarang ” kata Nek Jah kepada Umairah, rakannya itu. Aku asyik menyaksikan budak-budak lain bermain di taman komuniti itu. Mereka sungguh buas. Tahu jonkgat-jongkit rosak mereka nampaknya bermain police and theif . Budak-budak disini panggil police sentry saja, lebih ringkas “ Adam, jom main police sentry! “ budak tadi muncul lagi girang sambil menjerit sebelum berlari semula kepada sekumpulan rakannya dan tenggelam bersama mereka.

Umairah terbeliak biji matanya. Apakah undi itu rahsia? Haish! Disebut-sebut pula di taman komuniti yang petang itu dilimpahi dengan berpuluh-puluh pelawat. Bahaya! Sungguh bahaya! “Saya nak bagitau ni, tak ada apa pula bencana yang jadi… Bario pun tidak, apatah lagi Lahad Datu, anak lelaki aku tu kuat dengar cerita orang sangat…”

Nek Jah, nenek ku sebelah emak, amat terpesona dengan aura Asan. Seolah terpancar sinar harapan itu dari matanya dan bersetuju ada perlunya anjakan ini. Maklumlah, ketika itu sudah dua puluh lima tahun  berkhidmat sebagai nurse. Asalnya dari hospital besar dan disitu dia sudah dapat merasa bahang bahawa jururawat itu bagaikan dianak-tirikan dalam banyak profesyen yang berkaitan perubatan dan kesihatan. Bila kerajaan menaikkan harga petrol, doktor sahaja menerima elaun minyak dan dia masih menagih harapan untuk COLA demi meringankan beban. Tok Dollah sudah tiga puluh tahun bekerja dengan Bank Duniaputra dan sudah dua kali bank itu harus diselamatkan melalui bail-out oleh kerajaan, dan Tok Dollah sedar kali ketiga Bank Duniaputra tenat tiada peluang lagi bagi institusi itu untuk diberi talian hayat. Lewat tahun 1998 adalah tahun bank-bank bergabung, dan dalam penggabungan itu ramai yang sudah dan bakal menjadi korban. Tok Dollah masih belum menjadi korban, tapi kalau sempat, dikira-kira dalam kepala otaknya untuk mengambil opsyen perletakan jawatan secara sukarela. Nek Jah dan Tok Dollah masing-masing fikir ada wajar Asan melaksanakan ‘harapan baru’. Keluar dari kekangan dan telunjuk ‘baruah’, ‘jinggo’ dan ‘lanun’ dari Putrajaya. Mencari rezeki dengan cara yang Asan berhujah: ‘cara betul’

Namun, Nek Yah menyebut pada rakannya bahawa ayah seorang man of his word, dia benar-benar berjaya memulakan sebuah firma arkitek dan dengan disiplin yang tinggi, dia mendapat projek perumahan dan perbandaran baru, dan sebahagian daripadanya adalah projek mega yang belum ditangguh kerajaan. Begitu juga dengan ibuku, Iryani dimana tiap-tiap pagi dia akan memandu kereta ke sebuah wisma, disitu mereka menyemak dan menyain dokumen undang-undang. Diberitahu bahawa firma guaman yang ibu aku berkerja adalah terbesar di Asia Tenggara yang dikepalai oleh seorang peguam bernama Zaid.  Tahun itu firma ibu bekerja  dihujani durian runtuh tatkala kerajaan ‘jinggo’ dari Putrajaya dikepalai seorang firaun utara menyuruh mereka menyemak banyak dokumen undang-undang.

Sesudah empat tahun ibu-ayahku berkahwin, aku beserta Nek Yah, Nek Jah, Tok Dollah dan Tok Hussain mengerjakan umrah.Ayah selalu berbisik kepada aku bahawa tak ada ibu-bapa yang lebih gembira di atas muka dunia daripada mereka yang dibawa umrah oleh anak-anak sendiri. Aku cuma menupang gembira untuk tok-nek aku. Ibu-bapaku seolah-olah tidak punyai had ketika itu, dan mereka sudah mencapai ‘harapan baru’ mereka. Aku ketika itu masih kecil lagi dan ketika itu ayah membeli rumah di Sierramas, kawasan yang Nek Yah samakan sebagai taman orang kaya pencen.  Retired millionaires’ ranch. Ketika itu aku masih bersekolah tadika.

“ Bagus sebenarnya anak jantan aku dengan si-menantu berpakat “ “ Alhamdulillah”seorang anak, sebuah rumah dan dua-dua berkerja cari makan dengan cara betul. Nek Yah kemudian mengucapkan selamat tinggal pada Umairah. Sempat lagi kawan Nek Yah mengusap kepala aku sambil berkata “sayang cucu Yah ni memang comel”  

Kerana Nek Yah menghidap sakit urat, Nenek tidak digalakkan memandu walaupun ayah ada membeli Nek Yah sebuah kereta yang kini tersadai di garaj rumah Nek Yah. Rajagopal dijadikan prebet sapu nenek dan aku. Rajagopal sentiasa berada dibawah pokok besar yang redup menunggu pelanggan berpotensi. Rajagopal akan menyelak akhbar tamil sambil menunggu dan dia akan bergerak apabila ada daun luruh yang jatuh pada Toyota Corona 1988nya itu untuk menguisnya. Sungguh jarang kini untuk bertemu orang mengguna model Corona itu, terutamanya zaman kini dengan kenderaan yang dipacu enjin hidbrid. Sistem GPS, Injap-masuk-boleh-laras, run-flat tyres. Pernah sekali dalam perjalanan ke rumah Nek Yah, tayar kereta ayah tertusuk paku, aku dan ayah amat terkejut akan bunyinya seolah kami terlanggar bonggol konkrit, aku tak tahu macam mana bunyinya, tapi terkejut juga aku apatah ayah yang sedang memandu. Ayah keluar dari kereta dan meraba-raba tayar itu dan mengesahkan ada paku sudah tertusuk. Sudahlah ketika itu lewat malam, entah ditengah lebuh raya negeri mana. Ayah sepatutunya bercerita tentang kisah menarik sambil menyelimut aku.  Adventur seorang budak dalam alam fantasi di rumahku, di Sierramas, tapi sebaliknya, aku dan ayah bergegas balik kampong ke rumah Nek Yah. Ayah menyelak buku manual dan mendapati dalam kes kecemasan tayar itu mampu berputar walaupun tertusuk paku. Ayah ketawa padaku dan berkata “ Oh boy! It’s a runflat tyre! 

“ Cik Yah, bila ini cucu balik?  Hensem betul cucu ni macam Tok Hussain!“ kasihan Nek Yah terpaksa mengulang cerita berkali-kali. Aku dihantar ayah pada satu malam yang agak lewat. Malam yang tayar kereta ayah tertusuk paku itu. Dan aku sudah dua minggu duduk di rumah Nek Yah dan aku rindu ibu. Ayah juga. Kenapa aku berada disini, bukan di Sierramas? Ke Plaza Damaz? Mana Bernard?

“ Papa mama dia mana pergi? “ Rajagopal bertanya lagi, enjin Corona 1988 itu berderum kuat tatkala Rajagopal menekan pedal, dan teknologi lama itu masih mampu mengikhtiar daya tujah untuk membawa Nek Yah yang kurus dan bongkok, aku yang halus dan Rajagopal yang buncit hingga kancing bajunya hendak terburai itu kedepan menuju destinasi.  “ Aiyo Rajagopal, emak bapa dia memang kasi pening kepala la ini masa” terang Nek Yah. “Dua-dua sekarang telefon tadak mau angkat” tambah Nek Yah, Rajagopal terbeliak mata seperti mak cik Umairah tadi, mahu terbonjol keluar.

Kemudian perbualan Nek Yah sesama Rajagopal seumpama berbisik dan makin tenggelam dalam deruman enjin Corona yang lebih bising dari lajunya. Seolah ada perkara yang mereka nak rahsiakan dari pengetahuan aku

Ibu dan bapaku dalam proses peceraian. Mengapa harus Nek Yah berbisik! Ketika aku berada di international school ada terdengar kawan-kawanku yang bercakap tentang ibu dan ayah mereka going saperate ways. Berita itu diambil oleh kami seolah seperti majlis berkhatan atau saringan BCG/Rubela, semua itu datang sekali dalam seumur hidup tanpa diduga. Awal tahun, Alice berkata ibu dan ayahnya going saperate ways.Kami mengangguk dan bermain kejar-kejar, bergelak ketawa dan bergurau senda dengan Alice jam berikutnya.

Auntie Christine ibu Bernard pun sebenarnya sudah gone saperate ways. Namun, Bernard tetap bermain PSP dengan aku tanpa sebarang kelainan yang aku sedari. Seminggu selepas itu, ketika aku diajar bermain flute semasa kelas muzik, Richard berkata mommy-daddynya going saperate ways. Seminggu kemudian seorang lagi rakanku, Habur Singh, berkata mama dan papanya going saperate ways. Syed Danial yang ayahnya terkenal selaku pemilik konglomerat perniagaan akan going saperate ways. Hah! Hari ini tiba giliran aku? Aku harus ke sekolah dan memberitahu semua yang aku sudah menyertai kelab gone saperate ways! Namun, ada juga kawan-kawanku yang datang tidak memberitahu apa-apa tentang mak ayah mereka going saperate ways. Kenapa dengan mereka ini?

“ Aiyo! Kesian ini cucu Hussain, comel, kecil lagi… “ kata Rajagopal, kemudian Nek Yah menghulurkan wang sebagai upah membawa kami ke pulang. Aku hairan kenapa warga disekeliling Nek Yah ini amat terkesima apabila tahu ibu-ayah aku hendak bercerai. Apakah Nek Yah ini orang penting di negeri yang aku tumpang ini? Apakah ayah aku seorang artis di sini ketika dia sebaya umur dengan aku hingga semua mengenalinya? Kenapa semua orang kenal Tok Hussain sedangkan dia sudah lama meninggal!? Pelik betul orang sini.

Malam itu ayah pulang dan aku memeluknya dengan erat. Dia membawa aku sekilo coklat impot dan aku bergegas membuka dan mengunyahnya satu demi satu. Kemudian ayah beredar bersama Nek Yah. Mereka bercakap sesuatu di satu penjuru rumah. Nek Yah dilihat seperti menangis teresak-esak dan ayah kelihatan sugul. Nek Yah mesti marah ayah kerana telefon bimbitnya amat sukar untuk ditembusi. Aku pun mahu menghempas perasaan marah kerana sudah lama aku tak dapat mendengar suaranya.

Kemudian Nek Yah bersama ayah mendekati aku. Tidak seperti ibu, ayah tidak kisah aku dipeluk tatkala mulut berlumuran coklat. “ Adam, my boy, I want you to concentrate on your studies “ Aku awalnya tercungap-cungap tapi menangguk juga kepala melihat keseriusan air muka ayah “ Nek Yah is going to put you into school over here” mendengar itu, aku terus berteriak “ I don’t want to school over here, my school is in Sierramas! “ aku memeluk erat Ayah “ Listen, Adam” aku menoleh pada ayah “ this is the place where I was born, and it has brought out the best of me! Sure it will bring out yours! “ ayah tersenyum. “ I miss ibu”. Ayah menoleh pada Nek Yah, dan Nek Yah makin teresak berteriak. Apa yang dah terjadi ni?

 

Genap setahun aku bersekolah disini, kali terakhir aku mendengar cerita tentang ayah bahawa dia membelanjakan ratusan ribu untuk mendapat hak penjagaan aku. Nek Yah selalu memberitahu ayah itu seorang man of his words dan berjuang untuk nasibnya dengan sepenuh hati. Namun, nasib malangnya ayah bukan kerana malapetaka, tapi disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh dirinya sendiri. Seperti orang yang sukarela terjun telaga dan berbangga dia mampu keluar sendiri. Nek Yah meberitahu aku agar tidak mewarisi sifat komplikated seperti ayahku. Idealis dengan ‘harapan baru’nya sedangkan bukannya dunia ketika itu bukannya putus harapan. Cuma pudar dan perlu digilap kerana harapan dulu itu lebih cerah sinarnya.

Tiap-tiap malam selepas maghrib sebelum Isya’,Nek Yah akan mengajar aku mengaji Iqra. Selepas habis baca Iqra, Nek Yah selalu berpesan kepada aku, dan pesanan ini diturunkan sendiri oleh Tok Hussain, bahawa dalam dunia ini kita harus memelihara tiga perkara. Tiga perkara itu adalah alif (agama), ba (bangsa) dan ta (tanah air), dan gagal memelihara mana-mana dari tiga perkara itu, kita layak disamakan seperti sampah atau debu kayu.Astagfirullah, aku tak mahu menjadi sampah… apatah lagi debu kayu.

“ Apa cerita ini Adam… Saya nampak dia ada suka dengan ini tempat ” kata Rajagopal. Aku dan Rajagopal kini makin akrab dan kerap bertukar buah fikiran sesama kami. Aku menyuruh Rajagopal menukar kenderaannya kepada kereta hybrid yang lebih mesra alam kerana aku melihat Corona 1988 (tahun yang aku belum lahir) itu lebih banyak memuntahkan asap. Rajagopal suka dengan idea aku, dan berazam mahu mendapatkan sebuah kenderaan habib. Hybrid lah! Aku membetulkan Rajagopal

“ Okeylah… dia ada suka ini tempat “ Nek Yah berkata sambil mengusap-gusap belakang kepala aku “ Kak Yah, saya mau tanyalah, ini bukan mau singgung perasaan hati Kak Yah… apa sebab ini ibu-ayah Adam bercerai? “ Rajagopal memperhati aku melalui cermin belakang.

Nek Yah terdiam. Lama juga dia diam. Ayahku Asan tiada orang ketiga, sama juga dengan ibuku Iryani. Aku tak pernah juga melihat ayah mengangkat tangan pada ibu. Ayahku seorang arkitek yang bersemangat dan ibuku seorang peguam yang tetap pada prinsipnya. Apakah kerjaya punca mereka bercerai? Atau Bandar Bandar besar itu tempat yang tak sesuai untuk orang yang sudah berkahwin? Tidak! Tidak! Kenapa bercerai?

“ Entahlah Raja… saya susah mau fikir ikut cara mereka dan dunia mereka, mereka ni orang muda lagi advance dan sofistikated lah” terang Nek Yah, kali ini tidak berbisik berahsia kerana hal ayah-ibu sudah maklum aku ketahui ”Tapi apa yang Kak Yah tahu, sepanjang duduk sini kerja sama kerajaan… cerai itu satu benda malu tau, lagi orang tau lagi malu, muka tadak tau mana mau letak… macam taboo. Saya rasa sana serupa rutin saja kalau tak sependapat mau parting ways “ tambah Nek Yah “ Sikit benda tadak jalan, mau start new beginning… Sikit benda tadak jalan, mau start new beginning… bukan mau cari apa punca masalah “

0 com

Inas Tatin (Bahagian 1)


Cerpen ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu, organisasi atau pertubuhan dahulu, kini dan selamanya

Mat Rodzhi naik kuyu mata merenung, Anje duduk diatas peha. Tahu haram disisi ugama untuk seorang bukan muhrim duduk dalam keadaan berkompromi sebegitu, namun Mat Rodhzi makin teruja makin kuyu mata disertai dengan senyum senyum nipis. Anje tersenyum pada Mat Radzi dan menyoal teman lelakinya“ Apa yang you fikir sekarang?”

Mat Rodhzi lembik menggeleng kepala, cuma untuk ditembak oleh Anje soalan yang serupa “Apa yang you fikir sekarang? ” . Mat Rodhzi tak faham mengapa  dia punyai riak muka seorang pemikir. Sedangkan otaknya tenang bak air dalam lopak memandang wajah Anje yang anggun itu.  “ Apa yang you fikir sekarang? “ sekali lagi Anje menyoal sambil memintal mintal hujung rambutnya.

You! “ Anje menjerkah sambil menjolok bahu Mat Rodhzi.Kuyu matanya diganti dengan mata terbuka luas. Jelas, Anje sudah naik meluat akan perangai kebudak-budakkannya. “ You… kita dah lama ada relationship”

“Habis tu? “

you masih duduk diam macam katak bawah tempurung berahsia dengan semua orang..” Anje muncung sambil membelek hujung rambut yang dipintalnya, berkerut dahi seumpama masalah itu amat kronik. Hebah? Kenapa perlu hebah? Mat Rodhzi hairan mengapa perlu hebah. Dia mahu hubungannya bersama Anje serba low-profile. “ Kita dah lama duduk diam-diam, I rasa dah sampai masa you berterus terang dengan orang sekeliling you yang kita ada relationship

“ Orang nak tahukah kita ada relationship? “ Tanya Mat Rodhzi. “ Sayang, I buat internship ramai jantan jantan tempat kerja tu tanya I ni sudah berpunya atau belum… Semua ushar I daring saja… Sebelum apa-apa, baik kita suluh dan terangkan keadaan “ sekali lagi Anje menjolok dada Mat Rodhzi, kali ini dengan lebih keras menunjukkan dia serius.

“ Orang perlu tahukah kita ada relationship? “ Tanya Mat Rodhzi “Sayang, ini commitmentseriously I rasa macam incomplete bila I ada boyfriend yang malu-malu kucing nak mengaku satu benda yang obvious” Anje yang masih diatas peha Mat Rodhzi sambil menggerunas keluar tahi kuku jarinya pula.

Mat Rodhzi menghela nafas panjang. kemudian melihat pada Anje: “ Okay, I buat announcement on our second month anniversary ”, reaksi Anje tersentap sebentar dan jelas tampak gembira. Terkinja sebelum memberi kucupan pada pipi Mat Rodhzi. Dia kemudian bangun dan menarik tangan Mat Rodhzi “ Lepas tu kita sama-sama pergi Bali okey? Okey? Okey?

Di zaman serba canggih, sekali klik dan satu dunia tahu dia sudah ada hubungan dengan sesiapa.Namun sengaja Mat Rodhzi menunda hingga sepuluh haribulan kerana ada hati yang hendak dijaga dari terguris.Ada kawan lama yang dia tidak mahu hilang.Ada kisah silam yang kembali menghantui.

Ah! Ada satu nama yang terlintas. Mat Rodhzi membelek telefon untuk mencari nombor seseorang. Ya… seseorang yang perlu mengetahui permasalahan dirinya. Ya… D… DL….DLM….Doctor Love Melbourne… seorang pakar yang sering menjadi tempat rujukan Mat Rodhzi. Untuk sebarang kemusykilan dan was-was dalam soal perhubungan.Dialah yang afdhal hingga ke Melbourne untuk menimba ilmu cinta. Pasti DLM akan ketawa hu ha mendengar masalahnya. Kerumitan Mat Rodhzi pasti dijangkakan seperti sisa makanan celah gigi.Namun, Mat Rodhzi menebalkan azam dan terus merujuk kepada DLM.  

“ DLM… aku ni Mat Rodhzi… dimana aku boleh cari kau? “

“ Sentiasa boleh, mana-mana jua kau mahu… Kalau tak mengapa orang panggil aku Doctor Love Melbourne? “

“ DLM… aku mahu minta pertolongan dan nasihat kau… Aku ada kesulitan…”

“ Bertenang dahulu… ambil nafas dalam dalam… cerita satu per satu “

“ Aku dah gembira bercouple dengan seseorang perempuan bernama Anje… “ terang Mat Rodhzi.

“Ahhh… bagus…dulu kau komplen gersang enam tahun. Kau monyok solo-molo, sekarang dah ada teman wanita… tahniah“ DLM dari hujung talin mengangguk.

“Tapi aku nak kena hebah dalam fesbuk dan semua kawan yang aku ni bercouple dengan Anje. Itu adalah permintaan yang sulit untuk dilaksanakan “ jelas Mat Rodhzi dengan suara seperti meneran tahi keras.

“Sulit? Mudah saja Mat Rodhzi kalau kau nak simpan dua… ada kaedahny….”DLM meraba raba dagunya.

“ Bukan aku nak simpan dua… masalahnya Inas Tatin “

Inas Tatin. Perkenalannya dengan Mat Rodhzi bermula enam tahun dahulu.Ketika mereka menghadiri kem apresiasi kebudayaan kalau tidak silap.Dari situ hubungan mereka menjadi lebih akrab dan intim. Bagi Inas, Mat Rodhzi adalah lelaki yang menghiburkan dan selalunya kelakar. Maka, dia gemar dipelawa Mat Rodhzi kemana saja.Inas ada kemahuan mendengar Mat Rodhzi bercakap dan bercengkerama.Sedih atau gembira, dulu hingga kini, Inas sedia mendengar.Kadang kala Mat Rodhzi ini tidak dapat diduga.Mengikut emosi dan muram.Bebal pun ada.

 “ Kak Yam..apa maksudnya bila lelaki tak reply mesesj kita” memang itulah cara Inas menyebut kerana lidahnya pendek. Rakan-rakannya berkata Inas memang comel kerana dikurnia tuhan sebegitu rupa.

“ Maksudnya, dia sibuk dengan perempuan lain… beralih angin…lelaki ini sepsis lemah nak bahagi perhatian secara adil” kata Kak Yam yang berbadan besar, suara garau dan kulit sedikit gelap. Sememangnya dia tak pernah berhubungan dengan lelaki, bukan kerana Kak Yam sombong. Sesungguhnya lelaki akan takut melihat kelibat Kak Yam. Bila Kak Yam bersuara, tahulah dalam radius 15meter ada hamba tuhan yang sedang bercakap.Dan Kak Yam beberapa kali ‘meghentam’ lelaki yang tidak berlaku adil kepada teman-temannya sampai ada kalanya lelaki itu terkapai-kapai malu besar.Dalam talian telefon mahupun hidup-hidup.

“ Inas jangan mudah percaya dengan lelaki… Inas kena ada set a distance “ Kak Yam menerangkan kepada Inas yang isipadunya hanya separuh dari badannya. “ You know, set a distance” tapak tangan Kak Yam kedua-duanya didepa tiga-empat kali seumpama ada kotak berat yang mahu dilonjak.

“ Kita tak mahu makan hati… Kita tak mahu makan dalam… sakit tau makan dalam! “ terang Kak Yam, sekali sekala berdengus akibat melarat masalah resdung yang dialami sejak zaman sekolah rendah “Kita berfikir pasal X… X pula fikir pasal Y….Apa baruah namanya tu? “ tambah Kak Yam lagi, berdengus, mengenggam kedua-dua belah tangan seperti seorang ahli tinju. Oh! Betapa sengsaranya makan dalam.

Inas terkelip kelip mata.Lantas mencapai telefon bimbitnya.Dengan harapan sedang dia asyik berbual dengan Kak Yam tadi, ada mesej yang masuk. Bagi Inas, tidak elok kalau membuat kawan kita tertunggu-tunggu. Namun, dihembus nafas panjang kerana tidak ada mesej yang diterima. Inas Tatin sambung menulis, ada kerja yang hendak dihantar kepada pensyarah lusa.Musim peperiksaan pun sudah dekat.

“Lolos” – 10 Hari Lagi

Tepat sepuluh hari lagi sebelum Mat Rodhzi harus menunaikan janjinya pada Anje untuk membuka pekung hubungan mereka untuk pengetahuan dunia. Mat Rodhzi singgah ke kediaman Aspalela. Aspalela adalah teman rapat kepada Inas Tatin suatu ketka dahulu, Mereka pernah berjiran dan bersekolah sekali, sampailah zaman universiti dimana mereka berpisah haluan. Aspalela mungkin faham akan fiil dan tata emosi rakannya sudah sekian lama bersahabat. DLM turut serta dalam perjumpaan rahsia ini.

“ Alahai. Kau datang sini cuma nak tanya aku pasal Inas Tatin? “ Aspalela berkerut dahi. Apa tidaknya. Inas Tatin kerana kisah itu macam membuka kembali parut luka lama.Al-maklum Aspalela berebut lelaki dengan Inas Tatin.Siapa lelaki itu kalau bukan Mat Rodhzi sendiri.Si mata kuyu itu.

“ Hai! Kenapa aku ni jadi macam tempat rujukan eh? Kau nak cari perempuan lain ganti Inas Tatin, kau carilah “ awal-awal rasa cuak Aspalela sudah berganti dengan membuak buak nanah amarah kerana Mat Rodhzi bengong itu datang cuma nak melukut dan menanya bagaimana untuk menolak Inas Tatin agar dia tidak berasa kecil hati. Bukankah itu masalah peribadi Mat Rodhzi? Kalau Inas Tatin ditolak ketepi sedangkan dalam kisah lalu, kecil hatinya tidak diambil kira– sejuk juga hati dikira hadir Mat Rodhzi demi meminta rujuk masakan masih terasa kehangatan sayang Aspalela pada Mat Rodhzi.

“ Tolonglah Aspalela… awak sendiri tahu keadaan bila Inas merana? “ demikian pujuk Mat Rodhzi.DLM dari belakang menangguk angguk bersetuju. “ Aku bukan nak minta restu… aku datang nak consult, bukan Inas Tatin pernah jadi kawan rapat kau? Bukan begitu?“

“ Kali terakhir Inas Tatin kena reject dengan lelaki, dia meraung depan kami… kawan rapat dia…ramai pulak tu “ jelas Aspalela. Berlembut hati jua mempelawa DLM dan Mat Rodhzi kedalam rumah “Eee…muka dia macam kena rasuk bila dia teriak” tambah Aspalela. Aspalela bercerita akan insiden Inas Tatin yang menelefonnya pada pukul 3 pagi “That time, when she called me… awal awal dia tak nangis tau… “

DLM mengangguk angguk. Mat Rodhzi menelan hingus mendengar al kisah Inas Tatin ditolak buat kali pertama. “Dia bagitau macamana Ikhlas;; bawa dia ke Pangkor… bawa dia ke Perhentian.. bawa dia ke Desaru…” Aspalela petah bercerita “ Time dia cerita tu I tak concentrate sangat… 3 in the morning…I separuh sedar kot“

“ Lepas tu Inas teriak dalam telefon tau…. Teriak kuat… I fobia siot…I terus terkelu. Inas tengah elok-elok cakap dengan I tetiba suara dia tenggelam dalam teriak dia… I rasa macam nak campak telefon sebab suara dia bunyi scary sangat… sudahlah pukul 3 pagi “

Lepas tu?

“ I rasa bapak dia datang, cakap dalam telefon… bapak dia macam Hello! Hello! I tak berani jawab, I terus letak telefon “ Aspalela meneguk air teh yang dibancuhnya, Mat Rodhzi dan DLM kusyuk memerhati. “ Esok tu I pergi sekolah… that time secondary school… I tengok mata Inas Tatin dah lebam. I rasa dia nangis banyak sangat” sekali lagi Aspalela menghirup teh dan menambah “you tak tau lagi Inas Tatin memang semenjak tu demam tiga bulan berturut-turut, badan dia surut jadi macam aneroxic… Semua sebab that boynama Ikhlas tu”

  “ I rasa itulah perkara yang paling dahsyat berlaku dekat kawan I…. I sendiri penah ada cintan-cintan dengan lelaki, but, in the end of day, bila we broke up, I teruskan hidup saja” sambung Aspalela. “Inas lain cerita… dia ni jenis yang susah nak dapat, bila susah nak dapat susah nak lepas… dia macam obsess tau. Hari-hari bahagia dia kongsi cerita peribadi dia dengan kami… sampai kami naik meluat…Sampai kami panggil dia minah obses“

“ Tapi, bila dia sedih kena aniaya… satu patah pun dia tak cakap dengan kami Dia diam sepanjang masa“

“ Apa kata kau buat tak tahu saja Mat… aku sure satu hari dia lupa… dunia 360darjah, banyak benda boleh jadi sekeliling dia…” kata DLM memberi cadangan.

“ Celupar betul mulut kau… aku takkan boleh tengok best friend aku kena aniaya tau… Walaupun kitaorang memang pernah argue sebab Mat Rodhzi” tempik Aspalela dengan pitching suara yang tajam. Mat Rodhzi membetulkan kolar bajunya dan berdehem selaku subjek jejaka terhangat.

Eventhough kalau kau let go Inas Tatin pun,bila Inas Tatin jiwa kacau, kau wajib berurusan dengan Kak Yam pula ” tambah Aspalela sambil menghirup teh.

“Kak Yam? Aha, Inas selalu cerita tentang Kak Yam. Dia member aku dalam fesbuk? Dia nampak macam friendly saja “ duga Mat Rodhzi.

“ Kak Yam tu macam Kak Long. Dia ni kakak paling besar dan lantang antara lingkungan kawan-kawan Inas Tatin. Silap langkah kau boleh kena malu besar dengan Kak Yam… mulut dia laser kelas A gitu” jelas Aspalela. “ Semua orang tahu Inas Tatin tu budak lembut… tak pernah kata ‘tak’… Tapi, Tuhan Maha Adil, Kak Yam diletak sekampus sebilik dengan Inas Tatin….apa Inas Tatin rasa, Kak Yam tahu… Bila Inas malu, Kak Yam yang serbu!“

 “ Silap besar kau add Kak Yam dalam fesbuk… esok dia tahu Inas Tatin jiwa kacau, kau jangan terkejut member kau turun dari 300 ke 280 ke…270 ke… “

“ Uih! Macam mana pulak tu? “

“ Cara Kak Yam main angin tiada tandingannya, sekejap saja kawan-kawan Inas boleh benci kau macam kau ni si-perogol. Assuming Inas redhalah kau pergi nak berkapit dengan perempuan lain, Kak Yam tak biar kau terlepas macam tu saja” jelas Aspalela, matanya menjegil dan nada suaranya serius. “ Yang duduk diam, ditarik keluar. Yang duduk diluar, diajak bersuara, yang bersuara dimaki-maki! “

Paih! Cukuplah untuk hari itu, Mat Rodhzi keluar dari rumah Aspalela dengan makin berserabut kepala otak.DLM mendiamkan diri. Mat Rodhzi merayu agar tiada sepatah pun akan keluar tentang perbincangan merekadiberitahu kepada sesiapa.  Aspalela memberi jaminan perjumpaan mereka ini kekal rahsia dari pengetahuan Inas.Cukup untuk hari itu.

Inas Tatin dalam hidup Mat Rodhzi – 9 Hari Lagi

Untuk hari kedua, DLM masih bersama Mat Rodhzi memberi nasihat dan kaunseling.Kediaman Mat Rodhzi seumpama ‘pusat operasi’.Petang berkenaan berlangsunglah pertemuan tiga penjuru.Rakan sepersekolahan Mat Rodhzi bernama Zuckry telah dipelawa ke ‘Pusat Operasi’ selaku penasihat nombor dua setelah DLM diamanahkan menjadi penasihat nombor satu.Duduklah mereka bertiga dalam niat baik untuk membantu Mat Rodhzi yang serba tidak mampu itu. Setakat ini tiada formulasi yang terbaik lagi

Komputer senantiasa terpaut pada internet mengumpul feedback orang yang mengenali Inas Tatin dan senantiasa mengawasi statusnya masakan Inas itu kerap meluahkan perasaan melalui fesbuk. Status pada pagi itu: “Inas Tatin thinks she will get what she always wanted, soon”.

“ Apa maksud Inas ni? “ soalan berkenaan dituju kepada para penasihat Mat Rodhzi “ tolong rungkai rahsia disebalik status fesbuk Inas ni…”

“ Mesej ni, mesej biasa… minggu ni orang dapat gaji, aku rasa parents dia nak belikan dia sesuatu, hadiah? Jam? Rantai? dan Inas ni luahkan secara spontan “ jelas DLM,Zuckry mengesahkan jikalau ibu bapa Inas adalah penjawat jawatan awam, mereka mungkin menerima bonus yang diuar-uarkan perdana menteri minggu lepas. Ya! Memang ibu-bapa Inas adalah penjawat jawatan awam.Sah, ada kena mengena dengan pembelian material.

 “ Apa sebenarnya hubungan kau dengan Inas Tatin? “ DLM menyimpang topik melihat Mat Rodhzi yang duduk serba tak diam.

“ Kami? Alamak… macam nilah… kami jumpa enam tahun dulu, kami jadi intim dan kami seronok keluar sama-sama sampai hari ni kami rasa macam berpasang-pasangan “

“ Kira kau tak pernah mendeklarasi apa-apa kan? “

“ Tak, sesekali tak pernah… tapi kami buat perangai macam kami dah declare. Tapi sekali pun kami tak pernah declare…”

“ Habis tu…bila orang soal hubungan korang berdua? “, maka terdiam Mat Rodhzi dengan pertanyaan itu. Diusap dagunya lima enam kali dan biji matanya melilau entah ke mana. Mat Rodhzi menjawab “ Kami jawab on the way

On the way ke mana?”

On the way alam berkasih sayang… Bila ada masalah, kami tak berhubung… dua tiga minggu juga kami tak bertegur …lepas tu okey balik“ jelas Mat Rodhzi.

“ Biasalah dekat Malaysia dan merata Negara-negara maju dan sedang membangun… hubungan kau dengan Inas Tatin ni omputih panggil open relationship

“ Ya…lebih kuranglah…. Apa yang kami buat tu… boleh qualify tahap kekasih, tapi hakikatnya, kami kawan saja“ tegas Mat Rodhzi, “ tapi, aku melayan dia macam kekasih aku…. Banyak juga rahsia aku Inas tahu… Banyak juga rahsia dia aku tahu“ tergaru-garu Mat Rodhzi ketika meranka ayat. Mahu letak dimana Inas Tatin dalam hidupnya?.Kerana hubungan mereka bak laut, ada pasang surutnya dan Inas itu seumpama perahu yang dipaut pada tunggul jeti.Ada masanya tinggi dan ada masanya rendah.Ada masanya kabur, tenggelam dalam kabus.

“ Dalam kes kau Mat Rodhzi, aku yakin selama ni kau buat Inas sebagai cushion? “  DLM membuat satu pernyataan yang membuat Mat Rodhzi tersentak. Apa Kushen? Lucah dan cabul betul mulut DLM.

Cushion… Bila badan mengah-mengah… kau duduk atas kushen… Bila bahu terasa sengal… Bila kaki terasa kebas, kau duduk atas kushen…“ sekali lagi Mat Rodhzi tersentak dengan pernyataan DLM. Apa yang DLM nak beritahu ni?

“ Jangan lah buat muka pelik bila aku sebut kushen kushen ni… bukan aku bermaksud kushen yang kau nak baring betul betul… Cuma orang yang kau jumpa bila kau rasa down… Inas Tatin tu suka dengan kau, hari-hari dia tunggu kau, jawab panggilan kau, balas SMS kau…Yang engkau, ada pula musim-musim nak panggil dia, balas SMS dia “ hujah DLM, “sudah tentu banyak jasa Inas pada engkau…”

“ Tapi sekarang, sudah ada Anje, habis madu sepah dibuang …hehe“ terang DLM.

Celaka! Pedih betul ayat DLM, kalau pungguk merindu bulan; gusi DLM seumpama mengidam penumbuk yang bakal memecah memancanjut nyut nyut darah hidup darah merah. Sial! Inas memang penyeri hidup sepanjang 6-tahun gersang Mat Rodhzi. Dia mendengar rintihan dan melayan pelawaan, dan sekali sekala mengiring sekatil sebantal, tapi, dia kawan yang baik dan tujuan DLM dibawa masuk dalam masalah ini kerana Inas Tatin tak mahu dilukai.

Pit! Pit! Anje menghantar SMS.Sweetheart! I rindu dekat u, nak jumpa! Acap kali Anje menyumpah segala rasa sayangnya melalui SMS dan kebersediaan untuk mencurah apa yang ada demi kebahagiaan mereka berdua. Api yang menjilat-jilat hati Mat Rodhzi tadi muda reda.Tapi kegusaran menyeliputi Inas Tatin masih belum terlerai.Tinggal lapan hari lagi sebelum hubungannya dan Anje bakal dihebohkan sekaligus pasti memutar dunia Inas Tatin 360 darjah.

Enam tahun gersang adalah bila Mat Rodhzi tidak mendapat perhatian dunia, segala usaha Mat Rodhzi untuk mendekati perempuan lain ditolak sahaja. Inas Tatinlah yang sering berada disebelahnya.Demam batuk, Inas Tatinlah yang bertanya. Mat Rodhzi ni seumpama orang batu yang terceruk dalam gua, yang bakal terkejit-kejit pedih mata kalau terlebih matahari mengena mata.Inas Tatin adalah insan yang berlahan-lahan bawa Mat Rodhzi keluar dari gua berkenaan. Dan apabila sudah tidak pedih lagi dengan cahaya luar, Mat Rodhzi berlari bebas.Lupa tangan yang pernah pimpinnya keluar.

“ Dia bukan cushion aku… kadang-kadang pun aku jadi cushion dia dalam keadaan dia bermasalah, aku dengar, aku dengar dan aku dengar… “ jelas Mat Rodhzi “ Kami saling rapat, intim dan mengenali, dan masuk tahun ketujuh… aku dirahmati tuhan untuk jumpa dengan Anje… kekasih aku sekarang… “

“ Samalah tu… habis madu sepah dibuang. Tuhan pun nak duga kau“ balas DLM.

Celaka! Bukan… bukan habis madu sepah dibuang.Inas Tatin bukan kekasih awal dan akhir.Dia cuma persinggahan. Persinggahan? Cheh! Teruknya ayat persinggahan tu….Tidak sesuai…Menggeleng-geleng kepala Mat Rodhzi kerana dia baru sahaja nak tersembul dari mulutnya bahawa Inas Tatin itu ‘persinggahan’.

“ Oh! Dalam bahasa omputih, orang panggil stepping stone…. Inas Tatin itu hanya sekadar batu loncatan sebelum kau sampai ke puncak matlamat kau… iaitu… Anje betul tak?Betul tak?“ jelas DLM.Panas hati Mat Rodhzi terasa DLM ini dari hari pertama seumpama membetulkan Inas Tatin sahaja.Bukankah DLM dipanggil untuk menyelesaikan masalahnya?Zuckry ketawa terkekeh-kekeh.

Pagi pagi cari bala – 8 Hari Lagi

Asal pagi itu, Mat Rodhzi sebenarnya terkejut dari tidur.Kantung air kencing sudah berdenyut-denyut hendak perlu dikosongkan.Terkeng-kang Mat Rodhzi menerpa ke bilik air dengan kain pelikat buatan Indonesia sudah terburai sepanjang jalan.Ah..lega tak terhingga tatkala kantungnya habis menyah segala air kencing. Dalam mundar mandir hendak pulang ke kamar, televisyen kakak pula hingar memainkan rancangan Oprah sambil berteriak sakan tetamu Oprah Winfrey mencerita bahawa dirinya dianiaya kerana cinta.Sekian lama mereka berkahwin.15tahun lamanya sehinggalah ditolak.

Hah! Orang bercinta dah sampai berkawin sampai 15 tahun boleh bercerai? Apa hubungan aku dan Inas Tatin cuma enam tahun takkan melakukan kerosakan hingga begitu radikal kan? Dalam kuyu-kuyu mata Mat Rodhzi, dia berfikir sejenak.

“Yang engkau termenung ni kenapa? “ soal Kak Dora. 

“ Rodhzi… nak kemana pagi-pagi ni? “ kelibat Mat Rodhzi berpakaian kemas dan berbau wangi membuatkan ibunya tersentak “… mahu jumpa Inas ya? “

Ya! Inas yang melekat dalam hidupnya selama enam tahun, sudah tentu melekat jua dalam pengetahuan ibunya tentang hal ehwal mereka berkepit sana sini. Lantas, untuk megelak disoal selidik oleh ibunya dengan lebih mendalam, Mat Rodhzi menjawab “ Ya, mak “

“ Kirim salam mak pada Inas okay… ajaklah dia singgah rumah “ pesan ibu Mat Rodhzi kepada anak lelakinya itu

I think she’s a very sweet girl “ demikian bisik sok sek ibunya dengan kak Dora. Tertangkap oleh telinga Mat Rodhzi yang kemudiannya berkeromot mulut.

Pagi berkenaan, Mat Rodhzi mahu bertemu dengan Ikhlas.Seorang hamba tuhan yang pernah menjadi kegilaan Inas Tatin.Ikhlas mungkin ada jawapan bagaimana dia menolak Inas Tatin, sekaligus meloloskan diri.Bukan dia tidak mengenali Ikhlas.Selama ini cuma ego sahaja yang buat dia tebal muka dengan Ikhlas.Kalau hendak ditambah tolak, memang Ikhlas lelaki yang lebih tinggi tanjak rambutnya, luas bahunya dan tinggi nilai macho berbanding Mat Rodhzi yang bermata kuyu itu.Masakan, Inas Tatin tak menggilainya satu ketika dahulu.

“ Dulu kau pernah ada affair dengan Inas kan? “ selamba Mat Rodhzi membuka topik. Mat Rodhzi eksyen meletakkan dirinya seangkatan dengan Ikhlas, liga-liga jantan hangat yang mampu menolak pujaan seorang peminat.

“ Bukan affair “ tegas Ikhlas. “ Aku tak pernah ada apa-apa dengan dia “

“ Takkan macam tu kot? “

“ Memang, Inas tu kawan yang baik, dia lawa… dia manja, dia petah bercakap, tak boring sebenarnya bercakap dengan Inas … tapi ada banyak perkara yang semua lelaki kena tahu pasal Inas, dia bukan macam perempuan lain“ jelas Ikhlas. Mat Rodhzi mencondongkan kepala dan mendengar dengan teliti.

“Inas seorang kawan yang cerdik. Masa SPM dulu dia ambil 10 subjek tapi dapat 9A, satu lagi B – berkurung juga dalam rumah untuk seminggu berturut-turut“ terang Ikhlas.

“  Lagi satu, Inas Tatin itu anak angkat dalam keluarga dia… Bapa saudara aku doktor mengkhabarkan kerana dialah handle mak Inas bersalin 21 tahun dulu “ jelas Ikhlas “ Bapa dia eksiden malam sebelum Inas keluar perut, kritikal, bapa saudara akulah yang tolong azankan Inas;kena pula ibunya pun tak panjang umur terkena infeksi teruk sesudah bersalin . Innalillah“ terkesima Mat Rodhzi selama enam tahun tidak dikorek pula kisah asal usul Inas.Gadis itu amat kuat berahsia.

“Mak ayah tiri Inas masa dulu pula ada 4 orang anak laki… masuk kelima mereka dikurnia anak perempuan. Mereka teramatlah gembira. Malangnya, anak perempuan itu survive sampai 36jam sahaja. Inalillah “

“Dalam hospital sama, bapa saudara aku yang menenangkan mak bapa tiri Inas dan mempelawa mereka untuk menjaga Inas jikalau mereka sudi “

“Alhamdulillah, mereka sudi dan hari ni Inas besar jadi anak dara yang baik, rapat dengan mak dia… sekali-sekala hypersensetive“ tersenyum Ikhlas sesudah sebak mencerita kisah sedih Inas, “saya masih ingat dia merajuk kawannya panggil dia Minah Obses”

“Semenjak aku tahu kisah dia anak yatim piatu, aku beransur kurang bercakap dengan Inas… banyak batasnya bila kita berhubung dengan anak yatim ni… aku tak mahu tanggung dosa – Aku harap kau amanah jaga maklumat ni, Wa’uallahualam kalau Inas sudah dibertahu bahawa dia seorang anak angkat… itu mesti jadi satu perkara yang berat untuk Inas telan, aku harap jangan beratkan lagi masalah yang dialami dalam hidup dia….“ Mat Rodhzi mengangguk-angguk kepala, menunduk kerana dirasakan pipi itu bakal berlinang dengan air mata.

“Aku mensyorkan kau jangan aniaya Inas Tatin… Kalau dah enam tahun tu…baik you all berhubung hingga ke peringkat seterusnya, macam aku selalu dengar yang kamu berdua nion-the-way?“

on-the-way…ya..insyallah “ Mat Rodhzi tidak menerangkan pula on-the-way kemana.

Enam tahun sudah cukup panjang kah?.Malah, perempuan yang merengek dalam siri Oprah Winfrey pagi tadi ditinggalkan selepas 15 tahun. Apa cerita ni?

 

Gila, Sewel, Tiga Suku – 7 hari lagi

Di ‘Pusat Operasi’ (kediaman Mat Rodhzi), Bukit Mahawangsa

Status Inas Tatin pada hari itu dikesan bertukar. Kali ini tertera sebaris ayat baru: Inas Tatin sometimes made stupid decisions

“ DLM, tolong rungkai apa maksud tersirat status fesbuk ni? “ lantas DLM bagai menyelak kitab cinta terkelip-kelip mata sebelum membuat pengesahan bahawa mesej itu tidak ada kena mengena dengan Inas terbau busuk kentut Mat Rodhzi yang mahu lolos dari dirinya.

Mat Rodhzi enggan menelan alasan DLM bulat-bulat, maka dihentam lagi:” macamana kau boleh sahkan selamat? “

Zuckry menerangkan tentang mini konsert malam semalam yang dihadiri oleh majoriti rakan Inas Tatin dimana Inas sudah berkecuali atas alasan tertentu.Besar kemungkinan tindakan Inas berkecuali sudah membuatkan dia menyesal. Biasalah, dalam zaman moden ini semua remaja mahu berketrampilan havoc. Namun, Mat Rodhzi tidak faham mengapa Inas Tatin mahu berkata begitu. Kerana Inas Tatin adalah gadis yang mengambil hal-ehwal gig, konsert dan shows secara dingin.

DLM berpendapat Inas Tatin mahu menjaga hati perasaan rakan yang menjemputnya.Inas Tatin berpura-pura menyesal dan berkata sebegitu.Walaupun, benar Inas Tatin secara batinnya mengambil dingin tentang ajakan, jemputan dan undangan ke majlis muda mudi.Kerana itulah muncul pernyataan stupid decisions.

Saat itu Mat Rodhzi mengangguk kepala dan menerima rasional status fesbuk Inas Tatin.Namun gusar Mat Rodhzi jikalau status itu bertukar.Bila-bila masa boleh bertukar.

“ Hmmm… stupid decisions….Stupid decisions “ DLM berkata, berjalan setapak dan dua sambil menghirup air dari mulut cawan. Dia seolah berfikir sesuatu.Kemudian dia mengunjur setapak dua lagi.

“ Mat Rodhzi, aku cadangkan kau buat Inas Tatin rasa serba salah dengan dirinya. Seolah-olah dia memilih kau ni salah satu dari stupid decisions “jelas DLM.

“ Tapi…aku ada beritahu Inas Tatin yang aku ni jenis gila-gila, sewel… Aku rasa Inas Tatin masih ingat masa aku awal-awal jumpa dia… “ rupanya Mat Rodhzi lebih awal dapat menjangka tuntas fikiran DLM.

“ Hah! Gunakan alasan tu… kalau Inas Tatin awal-awal maklum kau jenis gila-gila remaja, sewel, tiga suku… maksudnya kau ada kemungkinan tinggalkan dia tanpa perihal nak beritahu dia “ terang DLM sambil mengangkat kening, seperti seorang peguambela yang mengajar klien untuk mengelak tuduhan salah laku guna kuasa cinta. “ Itu kesilapan Inas… 100% silap dia. Dia dah dengar dari mulut kau, dialah yang silap langkah” berkerumut mulut DLM mengesyorkan usul kepada Mat Rodhzi.

Gila-gila, sewel dan tiga suku.Itu yang berdengung dalam kepala Mat Rodhzi.Itulah tiket, lesen, passpot dan merit bagi dirinya untuk meloloskan diri dari Inas Tatin.Campak Inas Tatin jauh-jauh agar dia boleh memulakan satu hidup baru bersama Anje.Memainkan peranan baru selaku boyfriend yang serba romatis tanpa gangguan masalah silam. Pit! Pit! Sweetheaaartt! Aaah! Anje tiap-tiap hari merugut mahu menghebah kepada seluruh dunia yang Mat Rodhzi bertakhta di hati.Muwaah!Walhal, Bukan Mat Rodhzi tak janji. Dia berjanji akan berbuat demikian sebelum sepuluh haribulan. Masuk hari ini tinggal tujuh hari lagi.Inas Tatin turut menghantar mesej demi mesej demi mesej. Mat Rodhzi jawab hingga termampu sahaja.Dia beransur kurang membalas.

Tambah DLM lagi, dengan menggunakan alasan tadi, Inas Tatin bakal pasrah jua. DLM menasihati Mat Rodhzi supaya dalam jangka masa dua tahun lagi, Mat Rodhzi buat suatu pengakuan bahawa zaman gila-gila, sewel dan tiga sukunya sudah berakhir untuk membersihkan nama. Anggaplah keputusan lalu itu keputusan kebudak-budakkan yang kurang matang.

Mat Rodhzi disaat itu dihembus kekuatan baru untuk meloloskan diri affairnya dengan Inas Tatin. Ya! Dia makin bersemangat untuk bersemuka dengan Inas dan memberitahu yang sebenarnya dia sudah menemui orang baru dan semuanya salah dan silap Inas kerana tidak peka akan gila-gila remaja,sewel dan tiga-suku dirinya. Yah! Mat Rodhzi memegang telefon bimbitnya, bersedia untuk melaksanakan janjinya pada Anje untuk menghebahkan segalanya. Lebih awal! Lebih bagus!

DLM turut mengesyorkan masalah Inas Tatin yang acap kali menghantar SMS untuk berpacaran, beli belah dan tengok wayang atau mahu berbual bicara boleh dihindari dengan satu alasan yang konkrit: keluarga

“ Bila kau bagi alasan yang bertema kekeluargaan, perempuan akan rasa secure dan assume kau ada dalam rumah, walhal, kau pergilah dating dengan Anje, YM dia “ DLM sekali lagi berpidato seumpama pegumabela

“ Maksud kau? “

“ Bila Inas meleret hantar SMS nak tanya itu ini, ajak kau kesana kemari, kau bagi alasan tolong bapa kau atau tolong mak kau, temankan kakak kau, kenduri bapa sedara atau birthday anak sedara… semua tu alasan bersangkut paut dengan keluarga“ tegas DLM hingga herot dagunya “ Keluargalah yang diutamakan dahulu. Family first!

“ Bukankah itu menipu? “ soal Mat Rodhzi

“ Haish! Rodhzi, ini adalah cara paling gentle nak tolak Inas jauh-jauh dari ruang kehidupan kau… Bukankah kau cari aku atas niat mahu lupakan Inas secara halus”

“Hah! Inas Tatin hantar aku SMS lah! Apa aku nak buat ni DLM!? “ bergegar telefon bimbit Mat Rodhzi sampai terangkat dirinya.

“ Hah! Cakaplah kau kena teman kakak kau beli tepung-tepung sikit nak buat cupcake. Ini omputih panggil alibi “ terang DLM. Dalam hati Mat Rodhzi ada rasa bengang juga dengan tingkah lagu DLM yang merujuk semua definisi kepada omputih. Mat Rodhzi pun belajar di kolej berbuku teks bahasa omputih jua, dia tidak janggal langsung berbahasa omputih. Dia fasih berbahasa omputih. Poorah!

Di Pusat Beli-Belah Ampivillion, Kota Raya

Pit! Pit! Mesej Inas Tatin dibalas dengan pantas.Di hadapan Inas adalah Kak Dora.Dan mereka secara kebetulan berjumpa dan memilih untuk duduk sebentar di kafe menghadap jalan untuk menikmati minuman sejuk.Sesungguhnya perbincangan mereka tidak tertumpu pada Mat Rodhzi, adik kandung Kak Dora.Tetapi lebih tertumpu pada bargain dan sale barangan di kompleks beli belah.

Mesej Mat Rodhzi berbunyi: HI, ERM SORRYLAH, I SKRG TEMAN KAK DORA, ADA HAL SKIT, GET BACK TO U LTR.

Inas melihat Kak Dora dan tersenyum. Sepanjang tiga jam Inas bersama Dora, tanpa Dora itu terlepas dari pandangannya. Hah! Tidak mengapa. Pulang Inas ke hostel dengan muka yang amat muram pada petang itu.Kak Yam semestinya menjadi orang pertama yang menghidu ada perkara yang tak kena dengan Inas.

Kak Yam bertanya Inas: “Kenapa moody saja ni? “

Lantas, Inas menoleh mukanya tabg masam-masam sebik itu dan menerangkan “ Sekali jadi penipu, selama-lamanya jadi penipu “ Inas a kepalanya, ini mesti ada kaitan dengan Mat Rodhzi.