Kematian Sasterawan dan Sastera
Selamat Tahun baru 2012!
Jika dikhabarkan, berita ni tak
seberapa baru. Saudara Azizi Haji Abdullah sudah pulang ke Rahmatullah pada
Ogos tahun lalu. Siapakah gerangan ini sampai peninggalan dia tak ada
meninggalkan apa-apa berita, dan apa signifikannya terhadap dunia mahupun tanah
air? Tidak mengapa, saya takkan demonize
anda semua ni cetek, ortodoks atau singkat akal. Memang anda tidak sesekali
bersalah jika tidak mengenali tokoh sastera ni, lagipun di dunia ini ada 7
billion penduduk, mana mungkin kita ada masa nak meratapi kematian setiap
orang.
Beberapa bulan sebelum pemergian
Azizi Haji Abdullah saya ada pergi mencari buku hasil tangan beliau. Berjudul ‘
Daerah Beta’, merata pustaka buku di Sungai Petani saya jenguk. Setiap pustaka
terkemuka di Sungai Petani ni saya singgah dan bertanya dan bertanya buat
beberapa kali memastikan buku itu benar benar tiada, kalau tiadapun, bilakah
masanya akan ada, bila stok baru hendak sampai? Apakah mereka tahu mana mana
kedai buku lain yang ada buku ini dalam tangan?
Sedihnya tidak ada satupun
pustaka yang menyimpan bukunya, malah staf staf mereka menggaru kepala lagi-
siapa tu ‘Azizi Haji Abdullah’? Dia sememangnya seorang penulis tapi apa malap popularitinya
berbanding Ahadiat Akasha? ( saya pun kurang pasti ejaan namanya ) dan penulis
lain yang nama penanya serba kontemporari dan berbunga bunga.
Allahyarham Azizi Haji Abdullah
memang tidak gemerlapan seperti novelis lain, tapi sejak saya terbaca novel ‘kawin-kawin’
hampir sepuluh tahun dahulu, saya kagum dengan keunikan cara beliau menulis,
penampilan kisah yang sinis tanpa mengguris dan susun ayat yang beralas tapi
berbisa membuatkan saya terfikir bahawa sastera Melayu ni taklah seklasik yang
selalu kita gambarkan.
Sesudah meronda satu Sungai
Petani dan selesai menjenguk semua pustaka termasyur di pekan ini, saya
berhenti mencari. Dari kebarangkalian ‘ada’, harapan saya lenyap menjadi ‘tiada’
.Gamaknya saya harus ke Kuala Lumpur dan menjejak kaki ke pejabat besar Dewan
Bahasa Pustaka dimana buku itu dicetak dan dijual. Alangkah sedihnya Saudara Azizi
Haji Abdullah jika mengetahui tiada kedai buku di kampong tanah lahirnya ini gagal
menjual buku nukilannya? Sungai Petani, Bandar terbesar paling hampir dengan Kampung
Bukit Meryam, Kota Kuala Muda ( tempat
lahir beliau), tidak ada satupun menjual buku ‘daerah beta’– namun, inilah
hakikatnya,di Malaysia ini amat susah untuk mendapat judul tertentu bahasa
Melayu walaupun Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.
Saya tak mahu menunding jari pada
sesiapa, realitinya pustaka buku sekarang ini ghairah mencari keuntungan.
Pustaka buku tidak layak lagi dipanggil dengan nama itu, lebih baik saja
dipanggil ‘kedai buku’. Bila saya perhatikan, buku yang mereka simpan
kebanyakannya buku ulang kaji pelajaran. Bersepah buku buku ini, ditindan
sehingga setinggi semeter kerana buku inilah yang menjana keuntungan.
Para pelajar ingin mendapat
keputusan paling cemerlang dalam peperiksaan, kerana tempat tempat ke universiti
amat terhad, dan yuran ke institusi swasta amatlah mahal dan saban hari saban
meningkat. Keputusan cemerlang mingkin boleh menjamin tempat ke universiti tapi
apa pula cerita dengan biasiswa? Maka keputusan mestilah ekstra cemerlang dan
buku-buku inilah dicari dahulu apabila masyarakat kita menjenguk ke kedai buku.
Selain alat tulis serba lengkap untuk peperiksaan.
Penerbit makin galak menjual buku
ulangkaji mereka,dengan cetakan terkini tiap tiap tahun dan persaingan makin
hangat dengan penerbit berlumba lumba menunjuk bukti penulis buku ulangkaji
mereka datang dari latarbelakang yang hebat ( contoh; bekas penulis kertas
peperiksaan ) sebagai pemangkin
kredibiliti
Dengan berlakunya trend ini, apakah nilai buku sastera
Melayu yang lebih bersifat intellectual
macam ‘daerah beta’ tulisan Azizi Haji Abdullah berada? Bila saya bertanya di kedai
kedai buku, mereka cuma menunding pada sebuah rak berdebu penjuru ruang dalaman
kedai itu, di ceruk dimana saya perlu berjalan lebih dan keadaan yang kurang
cahaya, disitu bukunya dibalut plastic tapi berdebu. Ada yang nasib lagi
malang, tidak berbalut dan bintik bintik kuning mula naik di penjuru tiap tiap muka
surat. Hanya sebuah buku bagi setiap tajuk;mahu beli sila ambil, kalau tak mahu
sila tinggalkan.
Hendak memupuk minat kepada
sastera pun amatlah susah. Mereka hanya dilempar dengan novel novel yang mereka
sendiri tidak gemar baca. Malah jawapan pada kertas peperiksaan berkenaan
dengan komponen sastera adalah ‘archtypical’,
analisis itu sudah dilakukan orang lain, mereka hanya perlu merumuskan. Dari
segi prioroti pun , tidak berbaloi membaca novel melayu yang sampai beratus mukasurat,
kertas Bahasa Melayu Cuma layak mendapatkan pelajar dengan sebuah ‘A’. Ada
pelbagai lagi kertas yang mampu memberikan ‘A’ yang boleh memberikan maximum efficiency kepada waktu
pembelajaran mereka. Otak pula diperam dengan fahaman ‘mari berlumba siapa
dapat banyak A’ , maka, subjek Bahasa Melayu merupakan subjek yang efficiency paling rendah kalau hendak
menghayati setiap baris ayat dalam novel itu. Apatah lagi hendak difikirkan
aplikasi komsas dalam hidup seharian yang serba kompetitif, makin rendahlah
sastera dalam prioriti.
Kerana itulah buku ulangkaji
pelajaran amat laku seperti cakoi panas. Buku ini adalah rumusan,
mempercepatkan proses untuk tamat belajar dan merangkul sebanyak mungkin ‘A’s’
yang ditawarkan. Guru pula tak endah kalau mereka melihat anak muridnya
menunjukkan minat luar biasa terhadap sastera. Bagi guru tidak ada signifikan
kalau anak muridnya tiba tiba mengeluarkan nama seperti Abdullah Hussein?
Shahnon Ahmad? Faisal Tehrani? Othman Che Chin? Yang pentingnya syllabus perlu dihabiskan mengikut
ketetapan masa. Bercakap pasal potensi, hendak seribu daya tak hendak seribu
dalih. Google kan ada?
Di Internet, karya sastera Melayu
tidak mendapat sambutan yang hangat. Cuma review oleh blog blog yang dibuat
secara ringkas dan kasual. Tiada database
yang berpusat seperti Wikipedia untuk Sastera Malaysia. Dan semua ini adalah
peristiwa peristiwa yang akan menghala kepada kematian Sastera dengan gaya yang
senyap, seperti permergian Saudara Azizi Haji Abdullah, tanpa sebarang berita.
Dan tiada siapa akan meratapi pemergian sebegini.